Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Bum (Arab: بوم ) juga dikenali sebagai dhangi di India,[1] ialah sejenis dhow, kapal layar tradisional Arab. Bum ialah dhow laut dalam yang bersaiz sederhana.
Dhow jenis ini mempunyai dua tiang layar dengan layar lateen, buritan yang meruncing dan bentuk keseluruhan yang lebih simetri berbanding dhow jenis lain. Bum Arab memiliki haluan tinggi berbanding bum India.[2] Bum menggantikan baghlah dan ghanjah yang lebih bera dan lebih sukar dikemudi. Bum kebanakannya dibina di India dan Kuwait dan digunakan kebanyakannya di pesisir pantai Arabia, Pakistan dan Afrika Timur.
Pada masa kini terdapat bum yang dipasang dengan enjin terutamanya di wilayah Teluk Parsi. Sebuah bum layar penuh dipaparkan pada jata Kuwait, menekankan peranan penting yang dimainkan dhow kepada negara itu di mana ia digunakan dalam perdagangan mutiara dan perdagangan lain.[3]