Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Bernard L. Madoff | |
---|---|
![]() Bernard Madoff | |
Status | Banduan #61727-054 di Metropolitan Correctional Center, Bandar Raya New York, NY.[1] |
Warganegara | ![]() |
Pendidikan | Hofstra University (1960) |
Pekerjaan | Broker saham, penasihat kewangan (bersara), bekas pengerusi NASDAQ |
Majikan | Bernard L. Madoff Investment Securities |
Terkenal kerana | Skim Ponz, bekas pengerusi NASDAQ |
Pasangan | Ruth Alpern Madoff |
Anak-anak | Mark Madoff (ca. 1964), Andrew Madoff (ca. 1966) |
Pertuduhan jenayah | Penipuan sekuriti, penipuan nasihat pelaburan, penipuan pos, penipuan talian, pelaburan haram, kenyataan palsu, sumpah bohong, melakukan pemfailan palsu dengan SEC, pencurian dari pelan faedah pekerja |
Penalti | Hukuman dijadualkan pada 16 Jun 2009; maksimum 150 tahun di penjara dan ganti rugi $170 bilion |
Bernard Lawrence "Bernie" Madoff (IPA: [ˈmeɪdɒf] "mei-dof") (lahir 29 April 1938, di Bandar Raya New York) ialah seorang ahli perniagaan dan bekas pengerusi bursa saham NASDAQ berbangsa Amerika Syarikat, yang mengaku bersalah[2] kerana melakukan penipuan pelaburan terbesar yang pernah dilakukan oleh satu orang. Pada 12 Mac 2009, Madoff mengaku bersalah atas 11 tuduhan jenayah menipu ribuan orang pelabur melalui skim Ponzi besar-besaran. Pendakwa raya menganggarkan kerugian para pelanggan termasuk keuntungan palsu bernilai hampir $65 bilion.[3][4] Walaupun mula-mulanya dikurungkan dalam empernya di Manhattan, namun Madoff pun dipenjarakan setelah rayuannya diterima di mahkamah terbuka. Beliau mungkin terpaksa menghabiskan sisa-sisa hdiupnya dalam penjara, serta diarah membayar restitusi sebanyak $170 bilion.[5][6]
Madoff menubuhkan firma Bernard L. Madoff Investment Securities LLC di Wall Street pada tahun 1960, serta menyandang jawatan pengerusi sehingga beliau ditahan pada 11 Disember 2008.[7][8][9] Selama ini, reputasi beliau teramat bagus, sekaligus membolehkan para pelabur termasuk badan amal Yahdui mengamanahkan berbilion dolar padanya.[10][11][12][13] Firma Madoff merupakan salah sebuah perniagaan penggerak pasaran terbesar di Wall Street (keenam terbesar pada tahun 2008),[14] yang selalu berfungsi sebagai penyedia "pasaran ketiga" yang memintasi firma "pakar", melaksanakan arahan atas kaunter secara terus dari broker runcit.[15] Firma tersebut juga mempunyai bahagian pengurusan pelaburan dan nasihat yang menjadi tumpuan siasatan penipuan.[16]
Menurut aduan persekutuan yang asli, Madoff mengakui firmanya menghadapi "liabiliti sebanyak kira-kira AS$50 bilion."[17][16][18] Pihak pendakwaan menaikkan anggaran jumlah wang penipuan dari $50 bilion ke $64.8 bilion, berdasarkan jumlah dalam akaun-akaun yang dipegang oleh 4,800 pelanggan Madoff pada 30 November 2008.[19] Madoff mengakui bahawa, pada 10 Disember 2008, beliau mengaku kepada anak-anaknya bahawa bahagian pengurusan aset firmanya merupakan suatu skim Ponzi yang besar, dalam erti kata lain "satu penipuan yang besar."[20] Maklumat ini pun diserahkan kepada pihak berkuasa.[17][21] Pada hari kemudiannya, ejen-ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menahan Madoff lalu menuduhnya dengan satu kiraan penipuan sekuriti. Lima hari selepas ditahan, aset-aset Madoff dan firmanya pun dibekukan, sementara seorang penerima dilantik untuk menangani kes berkenaan.[22] Sebilangan pelabur, wartawan dan pakar ekonomi telah mempersoal kenyataan yang dibuat oleh Madoff bahawa beliau tidak mendapatkan bantuan sesiapa pun dalam apa yang dilakukannya selama ini. Pihak penguasa undang-undang terus menyiasat sekiranya ada orang lain yang melibatkan diri dalam skim penipuan Madoff.[23] Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa menjalankan siasatan terhadap amalan perniagaan Madoff sejak tahun 1999, yang dibidas kerana diuruskan secara tidak cekap.[14][15]
Madoff pernah menjadi seorang dermawan yang menduduki lembaga pengurusan di beberapa pertubuhan tanpa untung, yang kebanyakannya pernah mengamanahkan pembiayaan kewangan kepada firmanya.[24][25] Beliau merupakan bekas Bendahari Kebangsaan Kongres Yahudi Amerika. Kejatuhan dan pembekuan aset-aset peribadi dan firmanya telah meninggalkan kesan dalam perniagaan, pertubuhan amal dan yayasan seluruh dunia, termasuk Yayasan Amal Robert I. Lappin, Yayasan Picower, dan Yayasan JEHT yang lingkup akibat skandal ini.[24][26][27][28]
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
|date=
(bantuan)
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) Ralat petik: Tag <ref>
tidak sah, nama "usa today" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)