Knowledge Base Wiki

Search for LIMS content across all our Wiki Knowledge Bases.

Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.

Barbeku di pesta jalan raya di East Village, Bandaraya New York. Pesta ini yang dikenali sebagai Ternera a la Llanera berasal dari kawasan paya Colombia.
Barbeku disediakan di Patagonia, Argentina
Tong barbeku di atas sebuah treler. Barbeku ini diadakan sempena parti awam besar di Bandaraya Kansas. Kuali leper di rak atas menampung hamburger dan hot dog yang telah digril ketika arang masih panas. Gril bawah digunakan untuk memasak rusuk babi dan "ayam mabuk" secara perlahan.

Barbeku atau BBQ merujuk kepada kaedah dan juga alat untuk memasak daging dengan mempergunakan haba dan asap daripada kayu bakar atau arang bara ataupun daripada gril gas propana. Daging barbeku boleh disediakan dengan membubuh cairan perap, rempah sapu, atau sos simbahan.[1] Istilah "barbeku" boleh digunakan dalam beberapa cara:

  • Sebagai kata nama, istilah ini boleh merujuk kepada alat memasak pada dirinya, atau kepada parti atau majlis yang merangkumi makanan tersebut.
  • Sebagai adjektif, ia boleh merujuk kepada makanan yang dimasak menerusi kaedah ini.
  • Sebagai kata kerja, ia merujuk kepada perbuatan memasak makanan dengan cara ini.

Barbeku biasanya dimasak di persekitaran luar rumah dengan menggunakan asap kayu atau arang, manakala barbeku restoran dimasak dengan menggunakan ketuhar bata atau logam yang direka bentuk khusus untuk tujuan ini.

Kelainan barbeku kawasan

Terdapat banyak kelainan barbeku kawasan di sekitar dunia. Khususnya, pengamal di Amerika Syarikat Selatan menganggap barbeku hanya sebagai kaedah memasak tak terus menerusi asap kayu keras, dengan kaedah yang lebih terus dikenali sebagai "menggril". Bagaimanapun, dalam bahasa Inggeris British, kedua-dua "membarbeku" dan "menggril" merujuk kepada proses memasak yang cepat terus di atas sumber haba tinggi, manakala "menggril" merujuk kepada cara memasak terus di bawah sumber haba tinggi — dikenali sebagai "memanggang" (broiling) di Amerika Syarikat dan Kanada. Sebaliknya, dalam bahasa Inggeris Amerika Syarikat, "menggril" hanya merujuk kepada proses yang cepat di atas haba tinggi, manakala "membarbeku" merujuk kepada proses perlahan yang menggunakan haba tak terus dan/atau asap panas (sangat mirip dengan sesetengah bentuk "memanggang" (roasting). Misalnya, dalam gril rumah Amerika Syarikat yang tipikal, makanan dimasak di atas besi pengadang terus di atas arang bara, manakala untuk barbeku Amerika Syarikat, arang diratakan ke tepi atau pada jarak yang jauh dari besi pengadang. Versi Amerika Selatan termasuk churrasco Brazil selatan dan asado Argentina.

Sebagai alternatif, alat yang dipanggil "pengasap" yang memiliki bekas api yang berasingan boleh digunakan. Asap panas ditujukan ke daging menerusi arus perolakan untuk memasaknya secara sangat perlahan. Umumnya, inilah cara yang digunakan oleh kebanyakan restoran "barbeku" Amerika Syarikat. Bagaimanapun, kaedah restoran tersebut sebenarnya merupakan proses memasak yang tersendiri yang dikenali sebagai "menyalai".

Pada hakikatnya, semua kaedah memasak yang perlahan memecahkan kolagen daging dan melembutkan bahagian-bahagian yang lebih keras demi memudahkannya dimakan.

Etimologi

Asal untuk kedua-dua kegiatan memasak barbeku serta perkataan "barbeku" pada dirinya adalah agak kabur. Kebanyakan ahli etimologi mempercayai bahawa perkataan itu berasal daripada perkataan barbacoa yang dituturkan kaum Timucua peribumi Florida dan orang Taíno peribumi menduduki kepulauan Caribbean. Makna harafiah perkataan itu "lubang api suci".[2] Perkataan itu memerikan gril untuk memasak daging. Gril itu terdiri daripada sebuah pelantar kayu yang terletak di atas batang-batang kayu.

Barbacoa tradisional melibatkan penggalian lubang di dalam tanah lalu memasukkan daging (biasanya seekor kambing) ke dalamnya. Sebuah periuk diletakkan di bawah daging itu untuk mengumpulkan jus daging. Daging itu kemudian dilitupi dengan daun pokok sisal dan arang lalu dibakar. Proses itu mengambil masa selama beberapa jam.

Terdapat banyak bukti bahawa kedua-dua perkataan "barbeku" dan teknik memasaknya muncul dari Caribbean dan kemudian tersebar ke dalam bahasa dan budaya yang lain, mula-mulanya daripada dialek Caribbean ke dalam bahasa Sepanyol lalu ke dalam bahasa Perancis dan bahasa Inggeris. Kamus Oxford English Dictionary menyebut bahawa penggunaan perkataan itu dalam bahasa Inggeris yang dicatat buat pertama kali adalah pada 1697 oleh lanun British, William Dampier.[3]

Etimologi rakyat telah memberikan banyak asal untuk perkataan barbeku yang tidak tepat. Salah satu tuntutan yang sering dikemukakan adalah bahawa perkataan itu berasal daripada bahasa Perancis. Mengikut huraian itu, pelawat Perancis ke Caribbean melihat seekor babi dimasak dan memerikan kaedah itu sebagai barbe à queue yang membawa pengertian "dari janggut sehingga ke ekor". Perkataan Perancis untuk "barbeku" (barbecue) juga barbecue, dengan penjelasan "dari janggut sehingga ke ekor" itu dianggap tidak sah oleh kebanyakan ahli bahasa. Meritnya yang tunggal adalah bahawa ia bergantung kepada bunyi perkataan yang sama, satu ciri sepunya dalam penjelasan etimologi rakyat.[4] Satu dakwaan lagi menyatakan bahawa perkataan BBQ berasal daripada zaman ketika kedai tepi jalan raya dan sarang bir memiliki meja pool lapan bola yang diiklankan sebagai "Bar, Bir dan Kiu". Menurut cerita ini, frasa tersebut kemudian disingkatkan kepada BBCue lalu menjadi BBQ.[5]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Simbahan[pautan mati kekal] (huraian dalam makna ke-2): Bahan seperti lemak, minyak, jus atau cecair lain yang digunakan untuk melumuri daging semasa memasak untuk mengelakkannya daripada hangus.
  2. ^ The Great American Barbecue and Grilling Manual by Smoky Hale. Abacus Publishing, 2000. ISBN 0-936171-03-0.
  3. ^ In his New Voyage Round the World, Dampier writes: And lay there all night, upon our Borbecu's, or frames of Sticks, raised about 3 foot from the Ground.
  4. ^ http://www.worldwidewords.org/qa/qa-bar1.htm World Wide Words - Barbecue
  5. ^ Barebecue, BBQ by Cliff Lowe Diarkibkan 2010-11-26 di Wayback Machine, from inmamaskitchen.com. Accessed 1-26-06.

Pautan