Knowledge Base Wiki

Search for LIMS content across all our Wiki Knowledge Bases.

Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.

Bantahan Yaman 2011
Penunjuk perasaan di Sana'a pada 3 Februari.
Lokasi Yaman
TarikhJanuari 2011 (2011-01) – 27 Februari 2012 (2012-02-27)
(1 tahun dan 1 bulan)
Cir-ciriTunjuk perasaan
Kematian830-888 (setakat 6 Jun)[1][2]
Kecederaan1,000+[3][4][5][6][7][8]

Bantahan Yaman 2011 berlaku selepas kejayaan Revolusi Tunisia 2010-2011 dan Revolusi Mesir 2011 serta bantahan masyarakat dunia Arab pada awal 2011. Bantahan ini berlaku kerana menentang pengangguran, keadaan ekonomi[9] dan rasuah[10]. Mereka mahu Perlembagaan Yaman dipinda/dibuat semula dan Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh berundur.

Bantahan besar seramai 16,000 orang berkumpul di Sana'a pada 27 Januari 2011.[11] Ekoran itu Presiden Ali berjanji tidak akan menyertai pilihan raya pada 2013 dan tidak melepaskan kuasa kepada anaknya. Pada 3 Februari, seramai 20,000 membantah kerajaan di Sana'a dan Aden selepas Tawakel Karman menganjur rakyat membuat bantahan besar-besaran.[12] Pada "Jumaat Kemarahan" pada 18 Februari, puluhan ribu rakyat Yaman membantah pula di Taiz, Sana'a dan Aden. Kemudian pada 18 Mac, pembantah di Sana'a ditemmbak menyebabkan lebih 40 kematian hingga akhirnya ramai anggota kerajaan berpaling tadah dan meletak jawatan.

Pada 23 April Saleh menerima cadangan meletak jawatan dan memindahkan kuasa kepada timbalannya dalam masa 30 hari. Persetujuaan itu termasuk kekebalan untuknya dan keluarganya dan mensyaratkan para pembantah berhenti menunjuk perasaan secara umum dan menyertai kerajaan campuran bersama parti memerintah Saleh. Para pembangkang yang diketuai Yassin Saeed Noman menerima semangat persetujuan itu tetapi menolak syarat yang diberikan, mereka rela membenarkan parti Saleh menamatkan penggalnya dan mengakui ketiadaan kuasa untuk memberhentikan bantahan. Perjanjian ini timbul selepas tekanan hebat antarabangsa. Reaksi terhadap persetujuan Saleh agak terhad, tanpa persetujuan itu dihitamputihkan atau diterima sepenuhnya oleh kedua pihak dan dengan kemungkinan kebuntuan berterusan.[13]

Saleh dan perdana menterinya serta beberapa orang lagi cedera manakala lima lagi terbunuh dalam satu serangan roket pada 3 Jun terhadap kawasan kediaman president. Mereka ketika itu berada dalam masjid khusus untuk pegawai kerajaan berpangkat tinggi.[14] Keesokan harinya, Naib Presiden Abd al-Rab Mansur al-Hadi mengambil alih sebagai poemangku sementara Saleh terbang ke Arab Saudi untuk rawatan.[15]. Khalayak meraikan pemindahan kuasa ini, walaupun kerajaan menyatakan ia hanya sementara.[16] Para penentang berikrar akan menyekat kepulangan Presiden Ali, sementara beliau beransur-ansur pulih selepas menjalani pembedahan.[17]

Latar belakang

Tahap Indek Pembangunan Manusia di Yaman antara yang terendah di dunia Arab. Yaman berkonflik dengan al-Qaeda di Semenanjung Arab. Asal keturunan keluarga Osama bin Laden berasal dari selatan Yaman. Mereka mahu Yaman Selatan dibentuk semula. Pemberontakan Shiah Houthi pernah berlaku beberapa kali di sempadan Yaman - Arab Saudi.

Presiden Ali Abdullah Saleh telah memerintah lebih 30 tahun dan anaknya Ahmad Saleh telah diwarwarkan untuk menggantikannya. Sebahagian besar penduduk mendapat pendapatan $2.00 sehari dan berdepan kelaparan yang teruk. Ramai juga yang menganggur akibat keadaan ekonomi yang teruk.[9]

Transparency International meletakkan Yaman di tangga ke-146 dalam Indek Persepsi Rasuah 2010 dan ke-15 dalam Indek Kegagalan Negara. Para pembangkang membandingkan Presiden Ali dengan Presiden Tunisia yang digulingkan Zine El Abidine Ben Ali, menyebut rasuah kerajaan[10] dan ekonomi Yaman yang teruk.[18]

Perubahan Perlembagaan Yaman sedang dibincangkan dengan pembangkang di Parlimen bagi mengurangkan tekanan penunjuk perasaan . Ali mengajak pembangkang menyertai pilihan raya pada 27 April 2011 bagi mengelakkan 'politik bunuh diri'. Mandat Presiden berlanjutan dua tahun lagi.

Bantahan

Pembangkang meramalkan nasib Presiden Ali sebagaimana nasib Presiden Mesir dan Presiden Tunisia jika tidak memerangi rasuah. Ahli keluarganya menguasai tentera, minyak dan gas.[19]

Penunjuk perasaan berkumpul di Universiti Sana'a dan beberapa bandar di Yemen. Setakat ini mereka terdiri daripada golongan muda dan tiada gerakan besar-besaran.

Pada 14 Februari Presiden Ali Abdullah Saleh menangguhkan lawatan ke Amerika Syarikat.[20] Pasukan keselamatan menggunakan pagar berduri bagi menyekat kemaraan beribu-ribu pelajar dan peguam di Universiti Sana'a menuju ke Dataran Al-Tahrir. Laungan 'Selepas Mubarak, Ali' bergema.

Common Forum, perikatan kumpulan pembangkang Parlimen bersedia menyambung dialog kebangsaan. Draf perjanjian itu menyentuh tentang pembentukan kerajaan perpaduan, dialog dengan penyokong pemisahan Pergerakan Selatan, pemberontakan Syiah di utara Yaman dan nasib anggota pembangkang yang hidup dalam buangan. Turut serta ialah al-Islam, Parti Sosialis Yaman dan parti-parti kecil. Ali menekankan sebarang perubahan kerajaan hendaklah melalui undi sahaja, bukan melalui protes jalanan.[21]

Rujukan

  1. ^ 150 pembantah dan 154 askar terbunuh (setakat 21 Mei)[1] 150 terbunuh dalam letupan tempat buangan peluru,[2] 454 terbunuh di luar pertempuran jalanan
  2. ^ 253-273 terbunuh ketika Pertempuran Sana'a, 63 semasa Pertempuran Zinjibar, 46-82 semasa pertembungan Ta'izz, 2 dalam serangan militan di Loder (27 Mei),[3] 5 dalam pertembungan kaum-Houthi (1 Jun),[4] dan 9 dalam serangan militan di Abyan (5 Jun),[5] 376-434 terbunuh semasa pertempuran jalanan
  3. ^ "PressTV - Yemenis demand Saleh's ouster". Presstv.ir. Dicapai pada 2011-02-13.
  4. ^ "Yemenis rally in support of protests in Egypt, 10 injured". News.xinhuanet.com. 2011-01-29. Dicapai pada 2011-02-13.
  5. ^ "Gulf of Aden Security Review - February 10, 2011". Critical Threats. Dicapai pada 2011-02-13.
  6. ^ "PressTV - Five injured in Yemen's street protests". Presstv.ir. 2011-01-26. Dicapai pada 2011-02-13.
  7. ^ "Soldier wounded in clash with protesters in S Yemen - People's Daily Online". English.peopledaily.com.cn. 2011-01-22. Dicapai pada 2011-02-13.
  8. ^ "Gulf of Aden Security Review - February 3, 2011". Critical Threats. Dicapai pada 2011-02-13.
  9. ^ a b "Protests erupt in Yemen, president offers reform". Reuters. 2011-01-11. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-20. Dicapai pada 2011-01-20. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ a b "Yemen protests: 'People are fed up with corruption'". BBC News. 27 Januari 2011.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Irish Times breaking26
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Feb3_DayRage_aljaz
  13. ^ Robert F. Worth (23 April 2011). "President of Yemen Offers to Leave, With Conditions". NY Times. Dicapai pada 24 April 2011.
  14. ^ Yemen palace shelled; sheikh, guards killed, president, PM hurt CNN
  15. ^ Al-Hadi acting President of Yemen Al Jazeera Blogs
  16. ^ Yemeni crowds celebrate after president transfers power, flies to Saudi Arabia Washington Post
  17. ^ Halang Saleh balik Yemen Utusan Malaysia Online
  18. ^ "Yemen protests urge leader's exit". Aljazeera. 23 Jan 2011.
  19. ^ Kroni kuasai kerajaan Yaman Utusan Malaysia
  20. ^ Presiden Yaman tangguh lawatan Utusan Malaysia
  21. ^ Yemen's religious leaders call for unity

Pautan luar