Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Pengilang | Atari |
---|---|
Jenis | Konsol permainan video |
Generasi | Generasi kedua |
Ketersediaan runcit | 11 September 1977 |
Media | Katrij ROM, Kaset |
CPU | MOS 6507 berkelajuan 1.19 MHz |
1972 | Pembentukan Atari |
---|---|
1973 | |
1974 | Pemerolehan Cyan Engineering |
1975 | Debut MOS 6502 |
1976 | Penjualan Atari kepada Warner Communications |
1977 | Pelancaran Atari VCS |
1978 | |
1979 | Pembentukan Activision |
1980 | Pelancaran Space Invaders |
1981 | Permainan pertukaran bank pertama: Asteroids |
1982 | Penjenamaan semula kepada Atari 2600 |
Pelancaran Pac-Man dan E.T. | |
1983 | Kerosakan permainan video Amerika Utara |
1984 | Penjualan Atari kepada Jack Tramiel |
1985 | |
1986 | Pelancaran Atari 2600 Jr. |
1987 | |
1988 | |
1989 | |
1990 | Permainan terakhir untuk Atari: Klax |
1991 | |
1992 | Dibubarkan |
Atari 2600 merupakan sebuah konsol permainan video yang telah dikeluarkan oleh syarikat Atari Inc pada 11 September 1977. Sebelum tahun 1982, konsol ini dikeluarkan dengan nama Atari VCS (Video Computer System)[1]. Konsol ini merupakan antara konsol yang paling berjaya dalam sejarah pengeluaran konsol permainan video kerana ia mempunyai cip mikpemproses yang membolehkan konsol ini membaca kod pengaturcaraan dari media katrij, format yang pertama kali direka untuk konsol Fairchild Channel F[1] dan ketersediaan permainan video arked yang popular pada ketika itu seperti Centipede, Space Invaders dan Pac-man yang boleh dimainkan di rumah[2].
Atari 2600 merupakan konsol pertama yang dcipta oleh Atari yang dijual di Jepun pada tahun 1983[3]. Atari tidak mengehadkan format bagi katrij yang dikeluarkan untuk konsol ini, membolehkan sesiapa sahaja membangunkan permainan video untuk konsol ini[4] dan perkara ini merupakan antara salah satu sebab krisis penurunan pasaran konsol permainan video pada tahun 1983[3][5].
Konsol ini dijana dengan cip mikpemproses MOS 6507, iaitu cip mikropemproses berjenis 8-bit berkelajuan 1.19 MHz.
Sistem teras | |||||
---|---|---|---|---|---|
Cip mikropemproses | MOS 6507 berkelajuan 1.19 MHz | ||||
RAM | 128 B | ||||
RAM video | Tiada | ||||
Grafik dan suara | |||||
Palet warna | 128 warna | ||||
Resolusi skrin | 320px x 200px | ||||
Saluran audio | 2 saluran berkonfigurasi mono |