Abad ke-9 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 900 SM hingga 31 Disember 801 SM dalam kalendar Gregory .
Peristiwa
Raja Jehu dari Kemaharajaan Israel tunduk di depan Shalmaneser III dari Assyria .
895 SM - Kemangkatan Raja Xiao dari Zhou , raja Dinasti Zhou of China .
894 SM - Raja Yi dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China .
892 SM - Megacles , raja Athens , mangkat selepas pemerintahan selama 30 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Diognetus .
891 SM - Tukulti-Ninurta II mewarisi bapanya, Adad-nirari II , sebagai raja Assyria .
889 SM - Takelot I mewarisi bapanya, Osorkon I , sebagai raja Mesir .
884 SM - Assurnasirpal II mewarisi bapanya, Tukulti-ninurta II , sebagai raja Assyria .
879 SM - Kemangkatan Raja Yi dari Zhou , raja Dinasti Zhou di China .
878 SM - Raja Li dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China .
874 SM - Osorkon II mewarisi Takelot I sebagai raja Dinasti Kedua Puluh Dua Mesir .
874 SM - Ahab menjadi raja Israel (tarikh anggaran).
872 SM - Banjir Sungai Nile yang luar biasa melitupi lantai Candi Luxor .
865 SM - Kar Kalmaneser ditaklukkan oleh Shalmaneser III , raja Assyria .
864 SM - Diognetus , raja Athens , mangkat selepas pemerintahan selama 28 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Pherecles .
863 SM - Kota Bath diasaskan, dan dinamai sempena nama mata-mata air panas yang dikatakan boleh merawat penyakit kusta .
860 SM - Kemaharajaan Urartu disatukan.
858 SM - Aramu menjadi raja Urartu .
858 SM - Shalmaneser III mewarisi Assurnasipal II sebagai raja Assyria .
854 SM (atau 853 SM) - Pertempuran Karkar - Pertempuran yang tidak muktamad antara Shalmaneser II , raja Assyria , dengan perikatan ketenteraan raja Damascus dan kuasa-kuasa yang lebih kecil, termasuk puteri dari Tyre .
850 SM - Takelot II mewarisi Osorkon II sebagai Raja Mesir .
845 SM - Pherecles , raja Athens , mangkat selepas pemerintahan selama 19 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Ariphron .
842 SM - Shalmaneser III memusnahkan wilayah Damascus ; Israel dan kota-kota Phoenicia membayar ufti.
841 SM - Kemangkatan Raja Li dari Zhou , raja Dinasti Zhou di China .
841 SM - Rekod oleh Ahli Sejarah Agung menganggap tahun ini sebagai tahun pertama untuk pentarikhan tahunan yang berturut-turut bagi sejarah Cina .
836 SM - Shalmaneser III dari Assyria mengetuai ekspedisi terhadap masyarakat Tabareni .
836 SM - Perang saudara tercetus di Mesir .
827 SM - Raja Xuan dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China .
825 SM - Takelot II , raja Mesir , mangkat dan Putera Mahkota Osorkon III serta Shoshenq III , anak-anak lelaki Takelot, berlawan untuk naik takhta.
825/824 SM - Ariphron , raja Athens , mangkat selepas pemerintahan selama 20 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Thespieus .
823 SM - Shalmaneser III , raja Assyria , mangkat dan diwarisi oleh anak lelakinya, Shamshi-Adad V .
820 SM - Pygmalion naik takhta Tyre .
817 SM - Pedubastis I mengisytiharkan diri sebagai raja Mesir , dan mengasaskan Dinasti Kedua Puluh Tiga .
814 SM - Carthage diasaskan oleh Dido (tarikh tradisional).
813 SM - Carthage diasaskan oleh masyarakat Phoenicia .
811 SM - Adad-nirari III mewarisi bapanya, Shamshi-Adad V , sebagai raja Assyria .
804 SM - Hadad-nirari IV dari Assyria menaklukkan Damascus .
804 SM - Kemangkatan Firaun Pedubastis I .
800-an SM - Peradaban Etruska .
Permulaan Zaman Besi di Eropah Tengah , penyebaran kebudayaan Hallstatt Proto-Celtic , dan bahasa Proto-Celtic .
Kebudayaan Adena muncul di Amerika Syarikat Timur Laut kini.
Tokoh-tokoh
Perekaan, penemuan, dan pengenalan
Rujukan
^ Fattovich, Rodolfo, "Akkälä Guzay" in von Uhlig, Siegbert, ed. Encylopaedia Aethiopica: A-C . Weissbaden: Otto Harrassowitz KG, 2003, m.s. 169.