6 Ogos merupakan hari ke-218 (hari ke-219 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 147 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Little Boy, bom atom pertama digunakan dalam peperangan
Perayau Curiosity Makmal Sains Marikh
Tim Berners-Lee
1538 - Konkuistador Sepanyol Gonzalo Jiménez de Quesada mengasaskan petempatan Eropah di tempat yang hari ini ialah Bogotá , Colombia.
1806 - Empayar Suci Rom berakhir apabila Maharaja terakhirnya Francis II turun takhta selepas tamatnya Perang Pakatan Ketiga .
1890 - Di New York , A.S., William Kemmler menjadi orang pertama menjalani hukuman mati dengan kerusi elektrik .
1945 - Perang Dunia Kedua : Pesawat B-29 Superfortress Tentera Udara A.S. Enola Gay menjatuhkan sebutir bom atom bernama Little Boy (gambar) di atas bandar Hiroshima , Jepun yang membunuh sehingga 140,000 orang.
1966 - Syeikh Zayed bin Sultan Al Nahyan menjadi amir dan pemerintah Abu Dhabi , mewarisi abangnya Shakhbut bin Sultan Al Nahyan .
1991 - Tim Berners-Lee (gambar) mencadangkan satu sistem dokumen hiperteks yang bersambung yang boleh dicapai melalui Internet , dipanggil "World Wide Web ".
2008 - Presiden Mauritania Sidi Ould Cheikh Abdallahi digulingkan oleh sekumpulan jeneral yang dipecatnya beberapa jam sebelum itu.
2009 - 13 tahun selepas memutuskan hubungan diplomatik, Presiden Republik Demokratik Congo Joseph Kabila dan Presiden Rwanda Paul Kagame bertemu di Goma .
2011 - Taliban menembak jatuh sebuah helikopter CH-47 Chinook tentera A.S. di Wilayah Wardak , Afghanistan, mengorbankan kesemua 38 orang di dalamnya.
2012 - Perayau Curiosity Makmal Sains Marikh (gambar) NASA mendarat di Marikh .
2012 - Perdana Menteri Syria Riyad Farid Hijab berpaling tadah kepada pemberontak .
Kelahiran
Robin van Persie
Kematian
2018 -Saiful Nizen Ayob,pelakon dan model