5 Ogos merupakan hari ke-217 (hari ke-218 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 148 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Henry I dari England
Potret Henry I
641 atau 642 - Raja Penda dari Mercia menewaskan dan membunuh Raja Oswald dari Northumbria dalam Pertempuran Maserfield di Oswestry , England, sekaligus menjadi pemerintah Inggeris-Saxon paling berkuasa masa itu.
1100 - Henry I (gambar) dimahkotakan sebagai Raja England di Westminster Abbey .
1858 - Ahli perniagaan dan pembiaya A.S. Cyrus West Field dan rakan-rakan sekerjanya menyiapkan kabel telegraf rentas Atlantik yang pertama, dari Ireland ke Newfoundland.
1861 - Kerajaan A.S. buat kali pertama mengenakan cukai pendapatan : 3% dari semua pendapatan melebihi 800 dolar .
1995 - Operasi Ribut : Angkatan Croatia menawan semula bandar Knin daripada Republik Krajina Serbia .
2003 - Sebuah kereta meletup di luar lobi Hotel JW Marriott di Setiabudi , Jakarta Selatan , Indonesia, membunuh 12 orang dan mencederakan 150 lagi.
2009 – Mahmoud Ahmadinejad mengangkat sumpah sebagai Presiden Iran bagi penggal kedua di tengah-tengah bantahan mengenai keputusan pilihan raya .
2010 – Keruntuhan di sebuah lombong di utara Copiapó , Chile, memerangkap 33 pelombong kira-kira 2,300 ka (700 m) di bawah tanah.
2011 – Juno , kapal angkasa lepas berkuasa suria pertama dengan misi ke Musytari , dilancarkan dari Cape Canaveral .
2012 – Seorang lelaki menembak mati enam orang di sebuah kuil Sikh di Wisconsin , A.S.
2013 – Enele Sopoaga mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Tuvalu baharu.
2013 – Pengasas dan CEO Amazon.com Jeff Bezos mengumumkan pembelian The Washington Post dengan harga AS$250 juta.
Kelahiran
Neil Armstrong
Kematian