4 Mac merupakan hari ke-63 (hari ke-64 dalam tahun lompat ) dalam takwim Gregorius . Tinggal 302 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Raja Henry VI
Nebula Belantik
51 - Nero , bakal Maharaja Rom , disembahkan gelaran princeps iuventutis (ketua pemuda).
1386 - Władysław II Jagiełło (Jogaila) dimahkotakan sebagai Raja Poland .
1461 - Perang Bunga Mawar di England : Raja Henry VI (gambar) daripada Kerabat Lancaster digulingkan oleh saudara pupundanya daripada Kerabat York yang kemudian menjadi Raja Edward IV .
1665 - Perang Belanda-England Kedua bermula.
1681 - Raja Charles II dari England mengurniakan William Penn piagam menubuhkan Koloninya sendiri .
1769 - Charles Messier menemui Nebula Belantik (gambar) , mengkatalogkannya sebagai Messier 42 dalam senarai objek Messiernya .
1797 - John Adams mula menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-2.
1801 - Presiden Amerika Syarikat ke-3, Thomas Jefferson mula menjadi presiden Amerika Syarikat.
1809 - James Madison mengangkat sumpah menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-4 di Washington, D.C.
1825 - Walaupun kalah dalam kedua-dua pengundian Badan Perwakilan Pemilih Amerika Syarikat dan pilihan raya presiden pada 1824, John Quincy Adams dilantik dalam upacara khas sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-6.
1877 - Pementasan balet Lebedinoye ozero gubahan Pyotr Ilyich Tchaikovsky membuat persembahan perdananya di Teater Bolshoi di Moscow .
1877 - Emile Berliner mencipta mikrofon .
1882 - Tram elektrik pertama di Britain beroperasi di London Timur .
1894 - Sebuah kebakaran besar di kota Shanghai membinasakan lebih seribu buah bangunan.
1904 - Perang Rusia-Jepun : Tentera Rusia di Korea berundur ke arah Manchuria diikuti 100,000 tentera Jepun.
1911 - Victor Berger dari negeri Wisconsin menjadi ahli kongres Amerika Syarikat berfahaman sosialis pertama .
1917 - Jeannette Rankin dari negeri Montana menjadi wanita pertama yang menganggotai Dewan Perwakilan Amerika Syarikat .
1917 - Pelepasan takhta oleh Putera Mikhail Aleksandrovich diumumkan, sementara Tsar Nikolai II dari Rusia mengeluarkan manifesto turun takhtanya ; kedua-dua benda ini menjayakan Revolusi Februari .
1918 - Kes pertama selesema Sepanyol dikesan di Fort Riley , Kansas , menjadi permulaan wabak dahsyat yang merebak ke seluruh dunia.
1925 - Calvin Coolidge menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama yang disiarkan upacara perlantikannya melalui corong radio .
1929 - Charles Curtis menjadi Naib Presiden Amerika Syarikat berketurunan peribumi Amerika yang pertama.
1931 - Wizurai British di India, Gabenor-Jeneral Edward Frederick Lindley Wood dan Mohandas Gandhi (Mahatma Gandhi ) bertemu untuk memeterai perjanjian yang menjangka pembebasan tahanan politik serta penggunaan garam secara bebas oleh golongan fakir miskin.
1980 - Robert Mugabe daripada parti Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe dipilih sebagai ketua kerajaan Zimbabwe yang pertama.
2006 - Cubaan terakhir menghubungi Pioneer 10 oleh Deep Space Network gagal menerima maklumbalas.
2009 - Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap untuk Presiden Sudan Omar al-Bashir atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan dalam Konflik Darfur .
2012 - Vladimir Putin terpilih sebagai Presiden Rusia untuk penggal ketiganya.
Kelahiran
1678 - Antonio Vivaldi , penggubah lagu Baroque Itali (meninggal 1741)
1862 - Robert Emden , fisikawan dan ahli meteorologi Switzerland (meninggal 1940 )
1936 - Jim Clark , pelumba Formula Satu dari Scotland
1948 - Chris Squire , pemuzik dari England dan pemain gitar bes kugiran Yes .
1949 - Sergei Bagapsh , Presiden Abkhazia ke-2
1970 - Nia Dinata , sutradara filem Indonesia
1970 - Alex Criville , pelumba MotoGP Sepanyol.
1985 - Teuku Wisnu , pelakon Indonesia
1996 - Frieska Anastasia Laksani , anggota grup idola JKT48
2000 - Daffa Sulthan Jusfianza , model
Kematian