29 April merupakan hari ke-119 (hari ke-120 dalam tahun lompat ) dalam takwim Gregorius . Tinggal 246 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Ernst Werner von Siemens
Putera William, Duke Cambridge dan Catherine, Duchess Cambridge
Balai Cerap Angkasa Herschel
711 - Angkatan Umayyah yang diketuai Tariq ibn Ziyad mendarat di Gibraltar dan memulakan serangan terhadap Semenanjung Iberia (Al-Andalus ).
1770 - James Cook dan HM Bark Endeavour menjadi kapal Eropah pertama mendarat di Australia, berhampiran Sydney kini.
1862 - Angkatan Kesatuan di bawah David Farragut menawan New Orleans , dan memperoleh jalan masuk ke Sungai Mississippi sewaktu Perang Saudara Amerika .
1882 - Di Berlin , Ernst Werner von Siemens (gambar) menunjukkan Elektromote , bas troli yang pertama di dunia.
1945 - Adolf Hitler berkahwin dengan Eva Braun dalam satu istiadat ringkas, dan kemudian mengimlakkan wasiatnya yang terakhir kepada setiausahanya di Führerbunker .
1946 - Tribunal Ketenteraan Antarabangsa untuk Timur Jauh bersidang dan mendakwa Hideki Tojo dan 27 lagi pemimpin Jepun dengan jenayah perang .
1970 - Perang Vietnam : Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan menceroboh Kemboja untuk memburu Vietnam Utara .
1991 - Siklon tropika yang amat kuat melanda Chittagong dan membunuh sekurang-kurang 138,000 orang serta meninggalkan 10 juta orang tanpa rumah di Bangladesh .
1992 - Pembebasan anggota-anggota polis putih yang memukul orang Amerika Afrika Rodney King mencetuskan rusuhan di Los Angeles .
1997 - Konvensyen Senjata Kimia 1993 mula berkuatkuasa, melarang penghasilan, penyimpanan dan penggunaan senjata kimia di kalangan negara yang mengesahkan persetujuan kawalan senjata ini.
2011 - 300 juta orang di seluruh dunia menonton perkahwinan Putera William, Duke Cambridge dan Catherine Middleton (gambar) di Westminster Abbey , London .
2011 - Sekurang-kurangnya 300 orang terkorban di selatan Amerika Syarikat dalam letusan puting beliung paling dahsyat sejak 1974.
2012 - Teleskop angkasa inframerah jauh Herschel (gambar) mengakhiri misinya selepas kehabisan bahan pendingin helium cecair .
Kelahiran
Kematian