27 Mei merupakan hari ke-147 (hari ke-148 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 218 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kanak-Kanak di Nigeria .
Peristiwa
Giuseppe Garibaldi
Bot terbang NC4
Ford Model T
1199 - John dari England ditabalkan sebagai Raja England .
1328 - Philip VI dari Perancis dimahkotakan di Notre-Dame de Reims , memulakan Dinasti Valois .
1860 - Penyatuan Itali : Giuseppe Garibaldi (gambar) dan sukarelawannya Camicie rosse melancarkan serangan terhadap Palermo , ibu kota Kerajaan Dua Sicily .
1919 - Bot terbang Curtiss NC-4 (gambar) tiba di Lisbon , Portugal, menjadi pesawat kepak kaku pertama yang berjaya menamatkan penerbangan rentas Atlantik dengan kuasa sendiri.
1923 - Perlumbaan ketahanan kereta sport 24 Heures du Mans yang pertama diadakan di Le Mans , Sarthe , Perancis.
1927 - Syarikat Ford berhenti mengeluarkan kereta Ford Model T (gambar) .
1937 - Jambatan Golden Gate yang menghubungkan San Francisco ke Kaunti Marin , California dibuka sebagai jambatan gantung terpanjang di dunia.
1942 - Operasi Antropoid : Penentang Czech di kawasan pendudukan Nazi di Prague , menyerang hendap dan mencederakan hingga maut Reinhard Heydrich , ketua Pejabat Keselamatan Utama Reich dan Pelindung Bohemia dan Moravia .
1958 - F-4 Phantom II , pejuang jet penguasaan udara utama bagi Tentera Laut dan Udara A.S., menjalankan penerbangan sulungnya.
2006 - Gempa bumi berukuran 6.3 Mw melanda Kota Yogyakarta di pulau Jawa , Indonesia, mengorbankan lebih 5,700 orang.
2009 - Dalam bola sepak , FC Barcelona menewaskan Manchester United untuk memenangi Liga Juara-Juara UEFA 2008-09 .
2012 - Dalam perlumbaan kereta Formula Satu , Mark Webber memenangi Grand Prix Monaco 2012 .
Kelahiran
Kematian