23 Julai merupakan hari ke-204 (hari ke-205 dalam tahun lompat ) dalam takwim Gregorius . Tinggal 161 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Telstar
Komet Hale-Bopp
1926 – Perbadanan Filem Fox membeli paten-paten sistem bunyi Movietone untuk merakamkan bunyi pada filem .
1881 – Persekutuan sukan antarabangsa tertua, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa ditubuhkan di Liège , Belgium .
1952 – Sekumpulan pegawai tentera Mesir yang dipimpin Muhammad Naguib dan Gamal Abdel Nasser merampas kuasa daripada Raja Farouk I dari Mesir .
1962 – Telstar (gambar) menyiarkan isyarat televisyen rentas Atlantik langsung yang pertama.
1970 – Qaboos menggulingkan ayahandanya Said bin Taimur untuk menjadi Sultan Oman .
1983 – Penerbangan 143 Air Canada membuat pendaratan cemas di Gimli, Manitoba , Kanada , tanpa kehilangan nyawa selepas pesawat itu kehabisan minyak.
1983 – Perang Saudara Sri Lanka bermula selepas anggota Harimau Pembebasan Tamil Eelam menyerang hendap konvoi askar Tentera Darat Sri Lanka di utara Sri Lanka , diikuti rusuhan skala besar oleh orang Sinhala terhadap orang Tamil yang dikenali sebagai Julai Hitam .
1967 – Rusuhan 12th Street bermula di kawasan bandar dalaman di Detroit , Michigan , Amerika Syarikat , yang didiami oleh lebih banyak orang kulit hitam.
1995 – Hale-Bopp (gambar) , antara komet yang paling diperhatikan pada abad ke-20, ditemui secara berasingan oleh Alan Hale dan Thomas Bopp .
2001 – Megawati Soekarnoputri menjadi presiden wanita pertama Indonesia .
2008 – Tanjung Verde menjadi negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia yang ke-153.
2009 – Susilo Bambang Yudhoyono terpilih semula sebagai Presiden Indonesia .
2011 – Dua kereta api laju tinggi berlanggar dan tergelincir berhampiran Wenzhou , China , mengorbankan sekurang-kurangnya 40 orang.
Kelahiran
Kematian