1 Januari merupakan hari pertama dalam Takwim Gregorius . Takwim ini yang disebarluas pada tahun 1582 tidak menetapkan 1 Januari sebagai Hari Tahun Baharu ataupun hari pertama untuk tahun yang dinomborkannya.
England bermula menggunakan 1 Januari sebagai Hari Tahun Baru pada tahun 1752 . Sebelum ini dan sejak abad ke-13 , tahun baru bermula dengan 25 Mac sebagai "Hari Lady" ataupun "Hari Pengumuman Penjelmaan Semula Anak Dara Maria".
Hari Kemerdekaan di Brunei (1984 )
Tinggal 364 hari (atau 365 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
1 Ceres berdasarkan imej Dawn
Wang syiling kroon
45 SM - Takwim Julius berkuat kuasa buat julung kali.
404 - Pertarungan gladiator terakhir pernah diketahui berlangsung di Rom .
630 - Nabi Muhammad s.a.w. berangkat ke Makkah dengan tentera yang menawan kota itu tanpa tumpah darah.
1001 - Putera Besar Istvan I dinobatkan sebagai Raja Hungary pertama oleh Paus Silvester II .
1259 - Michael VIII Palaiologos diisytiharkan sebagai maharaja Empayar Nicaea bersama jagaannya John IV Laskaris .
1438 - Albert II dari Habsburg dinobatkan Raja Hungary .
1515 - Raja Francis I mewarisi takhta Perancis .
1527 - Para bangsawan Croatia memilih Ferdinand I dari Austria sebagai Raja Croatia di Parlimen di Cetin .
1651 - Charles II dinobatkan sebagai Raja Scotland .
1673 - Perkhidmatan pos harian antara New York dan Boston dilancarkan.
1700 - Rusia mula memakai pentakwiman zaman Anno Domini sekaligus melupuskan pentakwiman zaman Anno Mundi tinggalan Empayar Byzantium .
1707 - João V dinobatkan sebagai Raja Portugal .
1739 - Pulau Bouvet di Lautan Atlantik Selatan, pulau paling terpencil di dunia, ditemui penjelajah Perancis Jean-Baptiste Charles Bouvet de Lozier .
1767 - Kapal perdagangan kepunyaan Syarikat Hindia Timur Belanda , VOC Risdam yang berharga 26,000 Guilder telah tenggelam di perairan Johor iaitu berhampiran Pulau Batu Gajah, Mersing akibat kebocoran.
1772 - Cek pelancong terulung yang diterima di 90 kota Eropah, mula dijual di London .
1788 - Edisi pertama akhbar The Times London , asalnya The Daily Universal Register , diterbitkan.
1797 - Albany menggantikan Kingston selaku ibu negeri New York .
1800 - Syarikat Hindia Timur Belanda dibubarkan.
1801 - Kerajaan Ireland bergabung dengan Kerajaan Great Britain , dan menambah saltira St. Patrick kepada Bendera Union .
1801 - Ahli astronomi Itali Giuseppe Piazzi menemui planet kerdil Ceres (gambar) .
1803 - Maharaja Gia Long menitah segala hasil tembaga Dinasti Tây Sơn dirampas lalu dileburkan menjadi sembilan batang meriam untuk Kota Diraja di Huế , Vietnam.
1804 - Haiti diisytiharkan merdeka dari penjajahan Perancis berikutan perang revolusi lalu menjadi republik kulit hitam pertama dan negara merdeka pertama di rantau Kepulauan Hindia Barat .
1806 - Takwim Republik gunaan Perancis dimansuhkan berganti kembali dengan takwim Gregorius
1808 - Hasil daripada usaha gerakan abolisionisme , pengimportan hamba ke Amerika Syarikat diharamkan .
1818 - Novel cereka sains Frankenstein; or, The Modern Prometheus oleh Mary Shelley diterbitkan buat pertama kali, di London .
1833 - United Kingdom menuntut kedaulatan terhadap Kepulauan Falkland .
1845 - Terowong Cobble Hill di Brooklyn siap dibina.
1861 - Porfirio Díaz menawan Bandar Raya Mexico .
1863 - Perang Saudara Amerika : Pengisytiharan Pembebasan berkuatkuasa di wilayah Gabungan .
1866 - Maharaja Abu Bakar menukar nama Bandar Tanjung Puteri kepada Johor Bahru dan diisytiharkan sebagai ibu negeri Johor dengan rasminya.
1876 - Reichsbank dibuka di Berlin .
1877 - Ratu Victoria dari Britain diisytiharkan sebagai Maharani India .
1880 - Ferdinand de Lesseps memulakan pembinaan Terusan Panama oleh Perancis .
1890 - Eritrea digabungkan menjadi jajahan oleh kerajaan Itali .
1892 - Pulau Ellis dibuka untuk mula memproses pendatang asing ke dalam Amerika Syarikat .
1893 - Jepun mula memakai takwim Gregorius .
1898 - Bandar Raya New York mengilhakkan tanah dari kaunti-kaunti berdekatan, maka membentuk City of Greater New York . Empat bandaran asal, iaitu Manhattan , Brooklyn , Queens , dan The Bronx , digabungkan bersama Pulau Staten pada 25 Januari untuk membentuk wilayah bandar raya masa kini yang terdiri daripada lima bandaran.
1899 - Pemerintahan Sepanyol berakhir di Cuba .
1901 - Nigeria menjadi naungan British .
1901 - Jajahan British New South Wales , Queensland , Australia Selatan , Tasmania , Victoria dan Australia Barat bersekutu sebagai Komanwel Australia ; Edmund Barton dilantik sebagai Perdana Menteri pertama.
1906 - India British secara rasminya menerima guna Waktu Piawai India .
1908 - Buat julung kalinya, sebiji bola dilambung di Times Square , Bandar Raya New York , untuk menandakan bermulanya Tahun Baru pada tengah malam.
1910 - Kapten David Beatty dinaikkan pangkat menjadi Laksamana Muda , maka menjadi laksamana termuda di Tentera Laut Diraja (kecuali ahli Kerabat Diraja British ) semenjak Horatio Nelson .
1911 - Wilayah Utara dipisahkan dari Australia Selatan lalu diserahkan kepada kuasa Komanwel.
1912 - Republik China di Taiwan diasaskan.
1916 - Tentera Jerman meninggalkan Yaoundé dan jajahan Kamerunnya kepada tentera British lalu menuju ke Guinea Sepanyol .
1919 - Edsel Ford mewarisi bapanya, Henry Ford , selaku presiden Ford Motor Company .
1920 - Pertubuhan Komunis Belarus diasaskan sebagai parti berasingan.
1922 - Perlembagaan Yunani 1822 diterima oleh Majlis Kebangsaan Pertama Epidaurus .
1925 - Ahli astronomi Amerika Syarikat Edwin Hubble mengumumkan penemuan galaksi-galaksi di luar Bima Sakti .
1927 - Turki mula memakai takwim Gregorius : beralih terus dari 18 Disember 1926 dalam takwim Julius .
1929 - Bekas perbandaran Point Grey, British Columbia dan Vancouver Selatan, British Columbia digabungkan menjadi bandar Vancouver .
1934 - Pulau Alcatraz menjadi penjara persekutuan Amerika Syarikat .
1939 - William Hewlett dan David Packard mengasaskan syarikat Hewlett-Packard .
1939 - Sydney , Australia , mencatat suhu 45 ˚C, iaitu rekod tertinggi bagi bandar raya tersebut.
1942 - Perisytiharan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu ditandatangani oleh 26 buah negara.
1942 - Perang Dunia Kedua : Jabatan Pengurusan Penghasilan A.S. melarang jualan kereta dan lori baru kepada orang awam.
1945 - Perang Dunia Kedua : Sebagai pembalasan terhadap pembunuhan Malmedy , tentera A.S. menyembelih 30 banduan SS di Chenogne .
1942 - Jepun mendarat di Pulau Labuan kerana untuk menakluk Borneo Utara dicapai dengan pantas.
1945 - Perang Dunia Kedua: Luftwaffe Jerman melancarkan Unternehmen Bodenplatte , iaitu cubaan besar tetapi gagal untuk menghapuskan tentera udara Perikatan di Eropah Utara dalam satu tembakan sekaligus.
1946 - Penerbangan awam pertama dari Lapangan Terbang Heathrow berlepas.
1947 - Kawasan-kawasan pendudukan Amerika Syarikat dan United Kingdom di Jerman , selepas Perang Dunia Kedua , bergabung menjadi Bizone , yang kemudiannya menjadi Republik Persekutuan Jerman .
1948 - Perkhidmatan kereta api United Kingdom dimiliknegarakan untuk membentuk British Rail .
1948 - Selepas berpecah, India gagal membayar perkongsian baki tunai Rs.550 juta yang dijanjikan kepada Pakistan .
1948 - Perlembagaan Itali berkuatkuasa serta-merta.
1949 - Gencatan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkuat kuasa di Kashmir mulai seminit sebelum tengah malam. Perang antara India dan Pakistan berhenti serta-merta.
1950 - Negeri Ajaigarh diserahkan kepada Kerajaan India .
1956 - Republik Sudan mencapai kemerdekaan dari Republik Mesir dan United Kingdom .
1956 - Kejadian tahun baru menyebabkan panik dan rempuhan di Kuil Yahiko, Yahiko , tengah Prefecture Niigata , Jepun , membunuh sekurang-kurangnya 124 orang.
1957 - George Town, Pulau Pinang menjadi bandar raya atas piagam diraja yang dikurniakan oleh Ratu Elizabeth II .
1958 - Komuniti Eropah diasaskan.
1959 - Presiden Cuba Fulgencio Batista melarikan diri ke Republik Dominika apabila angkatan tentera di bawah Fidel Castro menguasai Havana , mengakhiri Revolusi Cuba .
1960 - Republik Cameroon merdeka dari penjajahan Perancis dan United Kingdom .
1962 - Samoa Barat menerima kemerdekaan dari New Zealand ; namanya ditukar menjadi Negeri Merdeka Samoa Barat.
1962 - SEAL Tentera Laut Amerika Syarikat ditubuhkan.
1962 - The Beatles tidak berjaya melepasi ujibakat untuk Decca Records .
1964 - Persekutuan Rhodesia dan Nyasaland dibahagi menjadi republik-republik Zambia dan Malawi yang merdeka, dan Rhodesia yang dikuasai British .
1965 - Parti Demokratik Rakyat Afghanistan diasaskan di Kabul .
1966 - Selepas merampas kuasa , Kolonel Jean-Bédel Bokassa mengambil alih kuasa selaku presiden Republik Afrika Tengah .
1970 - Pesawat Boeing 747-100 memulakan perkhidmatannya dengan Pan Am .
1971 - Iklan rokok diharamkan dari siaran televisyen Amerika Syarikat .
1972 - Diplomat Austria Kurt Waldheim menjadi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu .
1973 - Denmark , United Kingdom , dan Republik Ireland diterima menyertai Komuniti Eropah .
1978 - Perlembagaan Kepulauan Mariana Utara berkuatkuasa.
1979 - Hubungan diplomatik dijalinkan antara Republik Rakyat China dan Amerika Syarikat .
1980 - Victoria dinobatkan sebagai pewaris takhta Sweden .
1981 - Republik Greece diterima menyertai Komuniti Eropah .
1981 - Republik Palau mencapai pemerintahan sendiri namun tidak merdeka dari Amerika Syarikat .
1982 - Javier Pérez de Cuéllar dari Peru menjadi orang Amerika Latin pertama yang memegang jawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu .
1983 - ARPANET menukar protokol perangkaian terasnya daripada NCP ke TCP/IP , menandakan permulaan Internet seperti yang dikenali hari ini.
1984 - Kesultanan Brunei mengisytiharkan diri merdeka daripada United Kingdom.
1985 - Sistem Nama Domain Internet dicipta.
1985 - Panggilan telefon bimbit United Kingdom pertama dimulakan oleh Ernie Wise ke Vodafone .
1986 - Aruba bebas dari Curaçao , namun masih bersekutu bebas dengan Belanda .
1986 - Sepanyol dan Portugal diterima menyertai Komuniti Eropah .
1989 - Protokol Bahan-Bahan Pemusnah Lapisan Ozon Montreal berkuatkuasa.
1990 - David Dinkins mengangkat sumpah selaku datuk bandar kulit hitam pertama Bandar Raya New York.
1993 - Pembubaran Czechoslovakia : Czechoslovakia dibahagi menjadi Slovakia dan Republik Czech .
1993 - Pasaran tunggal dalam Komuniti Eropah dilancarkan.
1994 - Tentera Pembebasan Kebangsaan Zapatista melancarkan konflik bersenjata selama 12 hari di negeri Chiapas , Mexico .
1994 - Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara , Kawasan Ekonomi Eropah dan Perjanjian Balak Tropika Antarabangsa berkuatkuasa.
1995 - Pertubuhan Perdagangan Sedunia diasaskan untuk menggantikan Perjanjian Am Tarif dan Perdagangan .
1995 - Sweden , Austria dan Finland diterima masuk ke dalam Kesatuan Eropah .
1995 - Mercun diharamkan Vietnam sempena perayaan Tết atas sebab keselamatan.
1996 - Curaçao mencapai pemerintahan sendiri yang terhad, namun masih berada dalam persekutuan bebas dengan Belanda .
1997 - Republik Demokratik Congo secara rasminya menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia , sebagai Zaïre .
1997 - Diplomat Ghana Kofi Annan dilantik sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu .
1997 - Album sulung kumpulan Nasyid Raihan iaitu Puji-Pujian dilancarkan.
1998 - Rusia memperkenalkan mata wang ruble baru untuk mengekang inflasi dan memupuk keyakinan.
1998 - Bank Pusat Eropah diasaskan.
1999 - Mata wang rasmi Kesatuan Eropah euro diperkenalkan di 11 negara.
2000 - Ketika dunia menyambut alaf baru, tiada krisis besar berlaku akibat "pepijat alaf" .
2002 - Wang kertas dan syiling Euro menjadi wang sah di 12 negara ahli Kesatuan Eropah .
2002 -Taiwan secara rasminya menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia , sebagai Taipei China .
2002 - Perjanjanjian Langit Terbika yang asalnya dmerterai tahun 1992 , berkatkuasa secara rasmi.
2002 - Pluti secara rasminya kehilangan status sebagai planet.
2007 - Bulgaria dan Romania secara rasminya menyertai Kesatuan Eropah . Begitu juga, bahasa-bahas Bulgaria , Romania , dan Ireland menjadi bahasa rasmi EU bersama-sama 20 bahasa rasmi lain.
2007 - Penerbangan 574 Adam Air hilang di langit Indonesia bersama 102 orang penumpangnya.
2008 - Malta dan Cyprus secara rasminya menerima mata wang Euro .
2009 - Diwajibkan memakai tali pinggang keledar belakang di Malaysia .
2009 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia.
2010 - Kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia dari segi penduduk , Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN–China mula berkuatkuasa.
2010 - Sekurang-kurangnya 105 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam satu pengeboman berani mati di Lakki Marwat , Wilayah Sempadan Barat Laut , Pakistan.
2010 - Bosnia dan Herzegovina , Brazil , Gabon , Lubnan dan Nigeria dilantik ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu .
2011 - Colombia , Jerman , India , Portugal dan Afrika Selatan memulakan penggal dua tahun sebagai ahli sementara Majlis Keselamatan PBB .
2011 - Estonia mula mengguna pakai euro sebagai mata wangnya, menggantikan kroon (gambar syiling) .
2012 - Azerbaijan , Guatemala , Maghribi , Pakistan dan Togo menyertai Majlis Keselamatan PBB sebagai anggota sementara.
Kelahiran
Manuel Roxas
Kematian