Search for LIMS content across all our Wiki Knowledge Bases.
Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
1998 merupakan tahun biasa yang bermula pada hariKhamis. Ia berlangsung dari 2 Ramadan 1418 hingga 12 Ramadan 1419. Tahun ini telah diisytiharkan sebagai "Tahun Antarabangsa Lautan".
4 Mac - KUB Telekomunikasi, anak syarikat KUB Holdings, menjalinkan kerjasama dengan Krone AG, sebuah syarikat telekomunikasi Jerman, dan menubuhkan syarikat usaha sama dalam bidang telekomunikasi.
5 Jun - Lima syarikat telekomunikasi tempatan diberi lesen untuk menjadi pembekal perkhidmatan internet (ISP). Dengan perlantikan itu, Malaysia akan mempunyai tujuh ISP, termasuk JARING dan TMNet.
15 Julai - Datuk Leo Moggie mengumumkan perkhidmatan capaian sama rata dalam kalangan operator telekomunikasi. Perkhidmatan yang akan dimulakan pada 1 Januari1999 akan memberi peluang kepada pengguna untuk membuat pilihan perkhidmatan talian tetap.
21 Julai - Akta Telekomunikasi & Multimedia dibentangkan pada persidangan khas Parlimen. Selepas 3 hari bersidang, anggota Parlimen meluluskan akta tersebut dengan sebulat suara.
Ogos
13 Ogos - Konsortium Digicert Sdn. Bhd. yang terdiri daripada Pos Malaysia, MIMOS dan GITN Sdn. Bhd, ditubuhkan. Konsortium itu kemudian dilantik sebagai pengesah tandatangan digital yang diperlukan bagi memastikan bahawa urusan yang dijalankan melalui internet tidak disalahgunakan.
September
1 September: Akibat kesan-kesan Krisis Kewangan Asia 1997, kerajaan Malaysia menguatkuasakan langkah-langkah kawalan tukaran matawang untuk menstabilkan semula ringgit.
11–21 September: Sukan Komanwel diadakan di Kuala Lumpur. Sepanjang acara ini, kontinjen Malaysia meraih 10 pingat emas, 14 perak dan 12 gangsa, menjadikannya rekod paling cemerlang pernah dicapai oleh ahli-alhi sukan Malaysia sepnajng sejarah sukan Komanwel.
3 November - Mahathir Mohamad merasmikan persidangan dan pameran ASEAN Telekom 98, persidangan dan pameran ini yang pertama kali diadakan di Malaysia, di Sri Kembangan, Selangor. Dalam majlis itu, Dr. Mahathir turut melancarkan 'Detik Y2K' bagi menyedarkan masyarakat mengenai masalah ini.
13 November - Menteri Pelajaran Malaysia melancarkan rangkaian sekolah sejagat di kementeriannya. Rangkaian ini membolehkan semua sekolah di seluruh dunia dihubungkan melalui internet.
23 November - TechnoChannel, sebuah syarikat tempatan berstatus MSC, mengumumkan penyenaraian syarikat MyWeb Inc. di NASDAQ, bursa saham dan sebut harga Amerika Syarikat. Penyenaraian tersebut menjadikan MyWeb sebagai syarikat MSC tempatan pertama disenaraikan di bursa itu.
Tarikh tepat tidak pasti
November - Perbadanan Microsoft dibicarakan di bawah undang-undang anti- monopoli Amerika Syarikat.
Pembangunan phpMyAdmin, bahagian hadapan web berasaskan PHP kepada MySQL, dimulakan oleh Tobias Ratschiller, seorang perunding teknologi maklumat ketika itu dan kemudiannya pengasas syarikat perisian Maguma.
Perundingan untuk penjualan Netscape Communication kepada American On-Line (AOL) pada harga AS$4.2 bilion dimulakan. Urus niaga ini dijangka akan diselesaikan pada bulan April 1999.