13 Disember merupakan hari ke-347 (hari ke-348 dalam tahun lompat ) dalam takwim Gregorius . Tinggal 18 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Bangunan Baker di Kolej Dartmouth
Pertempuran Fredericksburg
Saddam Hussein selepas ditangkap
1545 - Reformasi Balas : Persidangan Kristian yang diasaskan Paus Paulus III sebagai tindak balas kepada perkembangan Protestantisme , Majlis Trent bermula di Trento , Itali kini.
1577 - Sir Francis Drake meninggalkan Plymouth , England, dengan lima kapal dan 164 orang dalam pelayarannya mengelilingi dunia.
1769 - Kolej Dartmouth (gambar) di Hanover , New Hampshire , A.S. kini ditubuhkan dengan Piagam Diraja dari Raja British George III dan menjadi universiti terakhir diasaskan di Tiga Belas Koloni sebelum Revolusi Amerika .
1862 - Perang Saudara Amerika : Angkatan tentera Kesatuan di bawah Mejar Jeneral Ambrose Burnside ditewaskan dengan teruk oleh pertahanan Gabungan dalam Pertempuran Fredericksburg (gambar) .
1937 - Perang China-Jepun Kedua : Tentera Jepun pimpinan Jen. Iwane Matsui menawan Nanjing di tanah besar China lalu mula menjarah, membakar, merogol dan membunuh puluh ribuan orang penduduk tempatan selama berminggu-minggu.
1981 - Perdana Menteri Poland Wojciech Jaruzelski mengisytiharkan pemerintahan tentera , menggantung kesatuan sekerja Solidarność dan memenjarakan ramai pemimpin kesatuan.
2003 - Bekas Presiden Iraq Saddam Hussein (gambar) dijumpai bersembunyi di dalam sebuah lubang oleh tentera A.S. semasa Operasi Subuh Merah dan ditangkap.
2007 - Negara-negara anggota Kesatuan Eropah memeterai Perjanjian Lisbon .
2008 - Switzerland menjadi negara Eropah ke-25 menyertai Perjanjian Schengen .
2011 - Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan lebih seratus lagi cedera dalam serangan bunuh diri di Liège , Belgium.
2011 - Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia buat kali kedua, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin .
Kelahiran
Kematian