Informatics Educational Institutions & Programs

Sunting pautan


Muslim di Cina

Muslim (Arab: مسلم) ialah gelaran bagi orang yang beragama Islam dan bermaksud seseorang yang telah berserah kepada Allah. Sebaik sahaja seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah, dia akan secara langsung menjadi seorang Muslim.

Muslim mempercayai bahawa terdapat hanya satu Tuhan, iaitu Allah, serta juga bahawa agama Islam telah wujud sebelum Nabi Muhammad, dengan agama tersebut berkembang dengan berlalunya masa. Al-Quran memerihalkan banyak nabi-nabi dan Rasul-Rasul sebagai Muslim, termasuk Nabi Adam a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Musa a.s., serta juga Nabi Isa a.s. dan hawari-hawarinya. Al-Quran menyatakan bahawa tokoh-tokoh tersebut adalah Muslim kerana mereka berserah kepada Allah, berkhutbah tentang ajaran-Nya dan mendukung nilai-nilai-Nya. Misalnya, dalam Surah 3:52 Al-Quran, pengikut Nabi Isa memberitahu Nabi Isa as: "saksikanlah bahawa kami ialah orang-orang Muslim".

Muslim bersembahyang sebanyak lima kali sehari, dengan sembahyang tersebut dikenali sebagai Solat Subuh, Solat Zohor, Solat Asar, Solat Maghrib, dan Solat Isyak. Terdapat juga sembahyang Jumaat yang khusus yang dikenali sebagai Solat Jumaat.

Populasi penganut

Peratusan populasi Muslim di dunia berdasarkan (Pew Research Center, 2009)

Berdasarkan kajian pada tahun 2010, bilangan Muslim di seluruh dunia kini dianggarkan sebagai sekitar 1.62 bilion bersamaan lebih daripada 23% dari populasi dunia, dan populasinya terus meningkat.[1][2] Ini sekali gus meletakkan agama Islam sebagai agama kedua paling ramai penganutnya selepas Kristian.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Executive Summary". The Future of the Global Muslim Population. Pew Research Center. Dicapai pada 22 December 2011.
  2. ^ "Christian Population as Percentages of Total Population by Country". Global Christianity. Pew Research Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-24. Dicapai pada 22 December 2011.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.