Informatics Educational Institutions & Programs
Pakaian bres tunggal (berbutang satu baris) ialah kot, jaket, ves, atau benda serupa yang mempunyai satu baris butang dan belahan hadapan pakaian yang bertindih kecil. Sebaliknya, kot bres dubel mempunyai dua baris butang dan belahan hadapan pakaian yang bertindih lebar. Jaket dan blazer sut berbres tunggal lazimnya mempunyai dua atau tiga butang (jaket dengan satu atau empat butang adalah jarang), dan lapel bernoc. Bagaimanapun, dari tahun 1930an ke atas, lapel tajam pada jaket butang tunggal telah berubah-ubah dalam fesyen. Lebar lapel adalah salah satu aspek jaket yang boleh diubah, dan lapel tajam yang sempit pada jaket berbres tunggal menjadi popular pada tahun 2000an.