Histopathology image classification: Highlighting the gap between manual analysis and AI automation

Raja ialah seseorang penguasa yang memerintah sesebuah kerajaan. Gelaran ini mempunyai sejarah yang lama dalam subbenua India sejak permulaan ia dalam kalangan Kshatriya sampailah sejauh Asia Tenggara, seperti yang dibuktikan oleh Rigveda.[1]

Gelaran ini diberikan kepada lelaki, padanan kedudukan ini dalam kalangan perempuan bergantung kepada peranan empunya gelaran - seseorang yang memerintah kerajaan secara langsung bergelar "ratu", jika pasangan raja hanya bertindak sebagai pendamping maka diberi gelaran "permaisuri"; gelaran "rani" (serapan bahasa Sanskrit rājñī) turut ada untuk dua-dua kedudukan ini.

Peristilahan

Istilah raja berasal daripada perkataan bahasa Sanskrit राज rāja "penguasa, pemimpin atau yang terbaik dari golongannya".[2] Ia adalah kata seasal dengan perkataan Latin rēx, Gaul rīx, dan sebagainya (pada asalnya bererti "ketua puak" atau ketua 'negara kota' yang kecil). Pada dasarnya, perkataan ini ialah terbitan vrddhi daripada kata dasar Indo-Eropah proto *h₃reǵ- yang bermaksud "mengemaskan, menitahkan, atau memerintah".

Kelainan-kelainan bahasa Hindi yang digunakan untuk pangkat diraja yang sama di (sesetengah bahagian) India termasuk Rana, Rao, Raol, Rawal, dan Rawat.

Gelaran Raja, Thakore (gelaran yang berpangkat lebih rendah), serta banyak kelainan, kata majmuk, dan terbitan yang menggunakan salah satu daripada dua perkataan itu, telah digunakan di India dan di sekitarnya, kebanyakan oleh pemerintah Hindu dan sesetengah pemerintah Buddhisme dan Sikhisme, sedangkan pemerintah Muslim menggunakan Nawab atau Sultan (masih digunakan di India). Bagaimanapun di Pakistan, gelaran Raja masih digunakan oleh puak-puak Chibh, Janjua, Ranial, Dhamial, Chauhan dan Rathore sebagai gelaran keturunan.

Kelaziman

Di India

Oleh sebab hierarki teori untuk gelaran-gelaran diraja tidak membayangkan kepentingan yang benar untuk negeri-negeri beraja (termasuk juga ketika menganugerahkan gelaran kepada raja-raja berdasarkan merit peribadi), pihak British memperkenalkan pemangkatan alternatif berdasarkan tembakan hormat untuk melebihi seratus negeri India (dan sesetengah negeri yang lain) yang terutama, tanpa mengira sebarang gelaran diraja asli (yang mereka terus menganugerahkan), tetapi mengaitkan gaya Barat, "His Highness", kepada kelas tembakan hormat yang berpangkat lebih tinggi.

Disebabkan pertukaran gelaran yang pesat melalui kenaikan pangkat, hanya terdapat sebilangan kecil pemerintah-pemerintah yang masih digelarkan raja dalam golong elit yang dianugerahkan dengan tembakan hormat ketika masa kemerdekaan India, dan hanya dalam kelas-kelas yang lebih bawah (21 das adalah yang terdiri, dan nombor genap tidak digunakan):

Tembakan hormat keturunan 11-das:

Tembakan hormat keturunan 9-das: (peribadi: 11-das):

Tembakan hormat keturunan 9-das:

Tembakan hormat peribadi 9-das: hanya Raja Bashahr

Di Nepal

  • Raja Kaski

Dalam Nusantara

Raja Perlis (sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia) merupakan raja tunggal yang menggunakan gelaran "Raja" di negara ini. Raja negeri-negeri lain menggunakan gelaran "Sultan".

Raja-raja yang lain di dunia Melayu termasuk:

Gelaran majmuk dan terbitan

Terdapat banyak gelaran majmuk dan terbitan yang digunakan oleh para pemerintah, keluarga diraja, dan/atau pembantu istana yang mengandungi perkataan "Raja":

  • Rao Raja, satu dampingan yang terdiri daripada dua gelaran yang setaraf, telah digunakan oleh pemerintah-pemerintah Bundi sehingga mereka dianugerahkan dengan gelaran Maharao Raja yang lebih tinggi tarafnya.
  • Raja Bahadur ialah kata majmuk Mughal yang tipikal. Kata sifat Bahadur yang bermaksud "gagah berani" menaikkan pangkat seseorang dalam protokol istana; dalam hierarki yang tertentu di kalangan pembantu Hindu dalam istana Nizam Hyderabad, gelaran ini adalah padanan untuk pangkat Nawab yang dianugerahkan kepada pembantu-pembantu yang beragama Islam.
  • Maharaja dan padanan kelainan-kelainan kata majmuk dengan awalan Maha- (umpamanya Maharana, dan Maharawal) yang bermaksud 'Raja Agung'; perkataan ini pada asalnya menandakan seorang Raja yang telah menewaskan raja-raja yang lain dan oleh itu, menjadi raja agung. Bagaimanapun, gelaran ini tidak lama kemudian diterimaguna atau dianugerahkan oleh pemerintah agung India (Mughal dan British) secara besar-besaran sebagai suatu gelaran yang tidak bererti, dan mengakibatkan gelaran ini tidak mempunyai nilai yang berprestij.
  • Rajadhiraja bermaksud 'Raja antara Raja-raja': Melalui penurunan nilai gelaran yang serupa dengan gelaran 'Maharaja', gelaran ini tidak sebegitu berprestij berbanding dengan padanan-padanannya di kebanyakan keluarga linguistik.
  • Raja Perumal dianggap sebagai gelaran yang paling berkuasa, menurut kesusasteraan Tamil.
  • Di India Selatan, gelaran Samraj ('maharaja' Hindu) Vijayanagar ialah Raya dan bukan (Maha)Raja.
  • Sesetengah pemerintah Asia Tenggara menggunakan kelainan-kelainan seperti gelaran kesalihan yang termasuk Buddharaja dan Devaraja atau Lingaraja (yang terakhir ini di kawasan yang tertentu).
  • Uparaja (diimbuhkan kata Sangsakerta उप upa-): Dengan kelainan dan terbitan tersendiri, gelaran ini boleh bermaksud wizurai atau pangkat-pangkat wangsa yang tinggi.

Kegunaan lain

Seperti dengan banyak gelaran yang lain, "Raja" sering digunakan dalam nama peribadi (seperti "Rex" dalam bahasa Latin dan "King" dalam bahasa Inggeris), tanpa sebarang maksud bangsawan atau politik; umpamanya , Raja Vaidyanathan. Selain itu, mendiang Sinnathamby Rajaratnam, bekas ahli politik Singapura, biasanya dikenali sebagai "Raja".

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Rigveda menterjemahkan perkataan "raja" dengan lebih tepat sebagai "ketua puak"; untuk contoh, sila lihat, dāśarājñá "Perang Sepuluh Raja"
  2. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 872. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini (PDF). Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 153–154. ISBN 979-459-416-4.[pautan mati kekal]

Pautan luar