Histopathology image classification: Highlighting the gap between manual analysis and AI automation
Kandungan
Penampilan
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
27 Februari merupakan hari ke-59 dalam kalendar Gregory. Tinggal 307 hari (atau 308 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Republik Dominika (1844).
Peristiwa
- 1595 - Henri IV dari Perancis dimahkotakan sebagai Raja di Katedral Chartres berdekatan Paris, memulakan wangsa Bourbon.
- 1617 - Empayar Sweden menandatangani Perjanjian Stolbovo untuk mengakhiri Perang Ingria dengan Rusia, dan mendapat pemilikan wilayah yang banyak.
- 1626 - Yuan Chonghuan dilantik sebagai Pentadbir Liaodong, selepas memimpin rakyat China untuk menumpaskan kemaraan orang Manchu pimpinan Nurhaci.
- 1700 - Pulau New Britain ditemui.
- 1797 - Bank England mengeluarkan duit kertas satu paun dan dua paun pertama.
- 1801 - Ibu negara baharu Amerika Syarikat, bandar terancang Washington, D.C. diletakkan di bawah bidang kuasa Kongres.
- 1844 - Republik Dominika merdeka daripada Haiti.
- 1860 - Abraham Lincoln berucap di Cooper Union di Bandar Raya New York yang banyak menyumbang kepada kejayaan beliau meraih jawatan Presiden Amerika Syarikat.
- 1861 - Tentera Rusia menembak ke arah orang ramai yang membantah pemerintahan Rusia ke atas Poland. Lima orang terbunuh.
- 1933 - Bangunan Reichstag di Berlin dibakar (gambar), menjadi satu titik penting dalam penubuhan rejim Nazi di Jerman.
- 1940 - Martin Kamen dan Sam Ruben menemui karbon-14.
- 1942 - Perang Dunia Kedua: Dalam Pertempuran Laut Jawa, seangkatan penyerang Berikat ditumpaskan oleh tentera Jepun berhampiran kepulauan Hindia Timur Belanda.
- 1945 - Lubnan mengisytiharkan kemerdekaan.
- 1963 - Republik Dominika menyambut presiden undian pertamanya, iaitu Juan Bosch, sejak tumbangnya rejim diktator Rafael Trujillo.
- 1963 - Perletakan batu asas Masjid Negara yang disempurnakan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail di Kuala Lumpur.
- 1964 - Kerajaan Itali meminta bantuan untuk mengelakkan Menara Condong Pisa daripada tumbang.
- 1967 - Negara Dominika merdeka daripada United Kingdom.
- 1974 - Majalah People diterbitkan buat julung kalinya.
- 1976 - Republik Demokratik Arab Sahrawi diisytiharkan di Sahara Barat.
- 1986 - Senat Amerika Syarikat membenarkan sesi perbahasannya diuji siar melalui televisyen.
- 1991 - Perang Teluk: Presiden Amerika Syarikat George H. W. Bush mengumumkan bahawa "Kuwait sudah dibebaskan".
- 1996 - Francais media Pokémon dilancarkan dengan versi pertama permainan itu, Poketto Monsutā Aka Midori.
- 1999 - Olusegun Obasanjo menjadi presiden undian pertama Nigeria sejak pertengahan tahun 1983.
- 2004 - Pengeboman kapal Superferry oleh kumpulan Abu Sayyaf meragut 116 nyawa dalam serangan pengganas paling dahsyat dalam sejarah Filipina.
- 2010 - Gempa bumi 8.8 Mw melanda persisiran Kawasan Maule di Chile, mengorbankan lebih 700 orang dan menghasilkan tsunami.
- 2011 - The King's Speech memenangi empat Oscar termasuk Filem Terbaik di Anugerah Akademi ke-83.
- 2011 - Beji Caid el Sebsi menjadi Perdana Menteri Tunisia selepas Mohamed Ghannouchi meletak jawatan akibat bantahan berterusan.
- 2013 - Abd Rabbuh Mansur Al-Hadi mengangkat sumpah sebagai Presiden Yaman selepas pengunduran Ali Abdullah Saleh.
Kelahiran
- 1928 - Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel ke-11