Histopathology image classification: Highlighting the gap between manual analysis and AI automation
Penampilan
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2006. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2006 (nombor).
Milenium: | milenium ke-3 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
2006 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Ahad. Ia berlangsung dari 1 Zulhijah 1426 hingga 10 Zulhijah 1427. Tahun ini telah diisytiharkan sebagai:
- "Tahun Antarabangsa Gurun dan Pergurunan";
- "Tahun Rembrandt" untuk memperingati hari ulang tahun ke-400 kelahiran Rembrandt, pelukis teragung Belanda yang hidup pada abad ke-17;
- "Tahun Mozart" untuk memperingati hari ulang tahun ke-250 kelahiran Wolfgang Amadeus Mozart, seorang penggubah Austria yang hidup pada abad ke-18;
- "Tahun Tesla" untuk memperingati hari ulang tahun ke-150 kelahiran Nikola Tesla, salah seorang daripada juruteknik elektro yang termasyhur di dunia.
Peristiwa
Januari
- 1 Januari: Rusia memotong bekalan gas asli terhadap Ukraine disebabkan pertelingkahan harga.
- 10 Januari: Hari Raya Aidiladha disambut sebanyak dua kali pada 2006.
- 12 Januari: Rempuhan ketika melontar jamrah di Mina, Arab Saudi menyebabkan 362 jemaah haji terkorban.
- 19 Januari: Kapal angkasa New Horizons dilancarkan sebagai misi pertama ke Pluto.
- 25 Januari: Hamas memenangi pilihan raya Palestin apabila berjaya mendapat 76 daripada 132 kawasan.
Februari
- 1 Februari: Beberapa akhbar di Eropah mencetak semula gambar kartun yang menghina Nabi Muhammad s.a.w. yang menyebabkan rusuhan berlaku di seluruh dunia selama 3 minggu.
- 10 Februari: Sukan Olimpik Musim Sejuk 2006 bermula di Turin, Itali.
- 16 Februari: Lapangan Terbang Kobe yang dibina di atas pulau buatan dibuka.
- 22 Februari: iTunes Store Apple menjual lagu ke-1 bilion.
- 24 Februari: Darurat diisythiharkan di Filipina, selepas satu rampasan kuasa terhadap Presiden Gloria Macapagal-Arroyo digagalkan.
Mac
- 4 Mac: Satu spesies baru ikan yu, Mustelus hacat, dijumpai di Laut Cortez Mexico.
- 5 Mac: Ribuan pembantah berhimpun di Bangkok dan menuntut perletakan jawatan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra.
- 8 Mac: Pameran teknologi maklumat terbesar di dunia, CeBIT, dibuka di Hanover, Jerman.
- 15 Mac: Sukan Komanwel 2006 dirasmikan di Melbourne, Australia.
- 30 Mac: Ekspedisi 13 Stesen Angkasa Antarabangsa dilancarkan.
- 31 Mac: Fujitsu memperoleh Rapidigm, sebuah syarikat Amerika Utara, dan dengan itu, menyertai dunia perundingan perisian.
April
- 1 April: Perbadanan Perisian Fujitsu bergabung dengan Perbadanan Sistem Komputer Fujitsu.
- 9 April: Perdana Menteri Israel Ariel Sharon dilucutkan jawatan setelah 4 bulan dalam koma.
- 11 April: Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad mengesahkan bahawa Iran telah berjaya menghasilkan beberapa gram 3.5% uranium diperkaya berkualiti rendah.
- 12 April: Pembinaan Jambatan Tanjung Puteri menggantikan Tambak Johor bahagian Malaysia dibatalkan.
- 16 Mac: Putera Albert II dari Monaco sampai ke Kutub Utara, menjadikannya raja memerintah pertama yang tiba ke sana.
Mei
- 15 Mei: Gunung Merapi meletup buat kali pertama pada 2006.
- 18 Mei: FC Barcelona memenangi Kejohanan Liga Juara-Juara UEFA apabila menewaskan Arsenal F.C. 2-1.
- 23 Mei:
- Yayasan Perisian Bebas melancarkan kempen baru, Defective by Design, terhadap Pengurusan Hak Digital, dengan bantahan di WinHEC 2006 di Seattle.
- Frank Morris menguji Kiub Rubik 6x6x6 reka bentuk Panagiotis Verdes.
- 24 Mei: Timor Leste meminta bantuan ketenteraan daripada kerajaan Australia, New Zealand, Malaysia dan Portugal.
- 27 Mei: Sebuah gempa bumi berukuran 6.3 melanda Yogyakarta dan Jawa Tengah, mengorbankan lebih 6,000, mencederakan sekurang-kurangnya 36,000 dan mengakibatkan 1.5 juta orang hilang tempat berteduh.
Jun
- 3 Jun: Montenegro mengisytiharkan kemerdekaan dari Serbia dan Montenegro hasil dari satu referendum pada 21 Mei.
- 6 Jun: Kesatuan Mahkamah Islam berjaya menguasai ibu negara Somalia, Mogadishu.
- 7 Jun: Pemimpin Al-Qaeda di Iraq Abu Musab al-Zarqawi dan 7 pembantunya terbunuh dalam satu serangan udara AS di utara bandar Baqubah, Iraq.
- 9 Jun: Piala Dunia FIFA 2006 bermula di Jerman.
Julai
- 5 Julai: Korea Utara menguji sekurang-kurangnya 7 peluru berpandu termasuk satu Taepodong-2.
- 9 Julai: Itali memenangi Piala Dunia FIFA 2006 selepas menewaskan Perancis 5-3 melalui penalti.
- 11 Julai: - Satu siri letupan bom terjadi ke atas beberapa kereta api komuter di Mumbai, India semasa waktu sibuk petang.
- 12 Julai: Krisis Israel-Lubnan 2006: Tentera Israel menceroboh Lubnan selepas anggotanya diculik Hizbullah.
- 17 Julai: Indonesia sekali lagi dikejutkan dengan satu gempa bumi berhampiran pulau Jawa.
- 31 Julai: Presiden Cuba, Fidel Castro melantik adiknya Raúl Castro sebagai pemangku sebelum menjalani pembedahan.
Ogos
- Ogos - Oktober: Jerebu Asia Tenggara 2006.
- 10 Ogos: Polis Metropolitan London menahan 21 orang kerana terbabit dalam satu rancangan keganasan untuk mengebom kapal terbang dari United Kingdom ke Amerika Syarikat.
- 14 Ogos: Satu resolusi gencatan senjata PBB mula berkuat kuasa dalam krisis Israel-Lubnan 2006.
- 16 Ogos: Gunung Tungurahua, sebuah gunung berapi di Ecuador meletup.
- 24 Ogos: Kesatuan Astronomi Antarabangsa mentakrifkan semula maksud planet dalam sistem suria dan menurunkan pangkat Pluto kepada planet kerdil.
- 31 Ogos: Dua lukisan Edvard Munch yang dicuri sebelum ini, The Scream dan Madonna ditemui semula dalam satu serbuan polis di Oslo, Norway.
September
- 6 September: Puteri Kiko dari Jepun melahirkan seorang anak lelaki Putera Hisahito setelah keluarga diraja Jepun tidak mempunyai anak lelaki hampir 40 tahun.
- 7 September: Tinggalan jasad dua pahlawan Melayu abad ke-19, Ngah Ibrahim dan Laksamana Mohammad Amin Alang Duakap dibawa pulang dari Singapura ke Perak.
- 9 September: STS-115: Anak kapal Kapal Angkasa Bolak Balik Atlantis melengkapkan perjalanan kali ketiga dan terakhir untuk menyambung pembinaan Stesen Angkasa Antarabangsa.
- 10 September: Juara tujuh kali Formula 1 Michael Schumacher mengumumkan akan bersara di hujung musim.
- 12 September: Paus Benedict XVI memeberikan satu syarahan di Jerman, salah satu kenyataannya mengenai Islam mencetuskan bantahan di seluruh dunia Islam.
- 13 September: Planet kerdil sistem suria terbesar, 2003 UB313 dinamakan sebagai Eris.
- 16 September: Kejadian Pengeboman Haadyai 2006 mengakibatkan 4 orang terbunuh dan lebih 70 orang lagi cedera termasuk warganegara asing.
- 17 September: Bangkangan anti-kerajaan berlaku di Budapest selepas Perdana Menteri Hungary, Ferenc Gyurcsány mengaku bahawa partinya berbohong untuk memenangi pilihan raya.
- 19 September: Tentera Thai Diraja merampas kuasa kerajaan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra yang dipilih rakyat Thai semasa beliau berada di bandaraya New York untuk satu mesyuarat Perhimpunan Agung PBB.
- 22 September: Sebuah kereta api Maglev Transrapid berlanggar dengan kenderaan penyelenggaraan di sebuah landasan ujian di Jerman, kemalangan maut pertama membabitkan Maglev.
- 24 September: Pencemaran sayur bayam di California mengakibatkan sekurang-kurangnya 199 orang di Amerika Syarikat jatuh sakit dan 3 orang meninggal dunia.
- 29 September: Taufan Xangsane yang melanda Filipina dan Vietnam mengorbankan sekurang-kurangnya 279 orang.
Oktober
- 1 Oktober: Seorang bekas jeneral tentera, Surayud Chulanont dilantik sebagai Perdana Menteri sementara Thailand oleh pihak tentera.
- 9 Oktober: Korea Utara mengaku telah menjalankan ujian senjata nuklear pertamanya.
- 11 Oktober: Sebuah kapal terbang kecil merempuh sebuah bangunan tinggi di Bandaraya New York.
- 13 Oktober: Menteri Luar Korea Selatan, Ban Ki-moon disahkan sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bermula 2007.
- 13 Oktober: Vladimir Kramnik mengalahkan Veselin Topalov untuk menjadi juara catur dunia terulung pertama sejak 13 tahun.
- 15 Oktober: Majlis Keselamatan PBB bersetuju mengenakan sekatan terhadap korea Utara sebagai tindakbalas kepada ujian senjata nuklearnya.
- 18 Oktober: Microsoft melancarkan Internet Explorer 7.
- 30 Oktober: Helikopter Pakistan memusnahkan sebuah madrasah di Bajaur, Pakistan yang dikatakan digunakan anggota al-Qaeda.
November
- 5 November: Bekas Presiden Iraq Saddam Hussein dan dua orang kanannya dijatuhkan hukuman gantung bagi kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan.
- 7 November: Pilihan raya Senat Amerika Syarikat: Parti Demokrat menguasai majoriti di Dewan Perwakilan dan Senat buat kali pertama sejak 1994.
- 8 November: Donald Rumsfeld meletak jawatan sebagai Setiausaha Pertahanan AS. Robert Gates dicalon menggantikannya.
- 11 November: Konsol permainan video terbaru Sony, PlayStation 3 dilancarkan di Jepun.
- 15 November: Al Jazeera melancarkan saluran berita berbahasa Inggerisnya, Al Jazeera English.
- 19 November: Konsol permainan video terbaru Nintendo, Wii dilancarkan di AS.
- 23 November: Alexander Litvinenko, bekas ejen KGB Rusia, dibunuh di London, mungkin oleh FSB.
- 30 November: Windows Vista, sistem pengendalian terbaru Microsoft, dilancarkan.
Disember
- 1 Disember: Sukan Asia 2006 dibuka secara rasmi di Doha, Qatar.
- 1 Disember: Taufan Durian mengorbankan sekurang-kurangnya 388 orang di wilayah Albay di pulau Luzon di Filipina.
- 7 Disember: Kim Hyung-chil, seorang atlit Korea Selatan terkorban sewaktu acara equestrian dalam Sukan Asia XV.
- 10 Disember: Upacara penyampaian Hadiah Nobel berjalan di Stockholm dan Oslo.
- 11 Disember: Persidangan Holokus dibuka di Tehran, Iran oleh Mahmoud Ahmadinejad.
- 13 Disember: Sultan Mizan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-13.
- 18 Disember: Beberapa negeri di selatan Semenanjung Malaysia terutamanya Johor telah dilanda banjir besar.
- 23 Disember: Majlis Keselamatan PBB sebulat suara meluluskan Resolusi 1737, yang mengenakan sekatan terhadap Iran kerana program pengayaan nuklearnya.
- 24 Disember: Habsyah mengesahkan askarnya telah campur tangan di Somalia dan menyerang tentera Kesatuan Mahkamah Islam.
- 30 Disember: Saddam Hussein menjalani hukuman gantung sampai mati.
- 31 Disember: Hari Raya Aidiladha disambut kali kedua selepas 10 Januari.
Tarikh tepat tidak pasti
- Mei: Sebanyak 8,512 buah bahasa komputer disenaraikan oleh Ensiklopedia Bahasa Komputer yang diterbitkan oleh Universiti Murdoch, Australia.
- Jun: Cakera Blu-ray (BD) yang dibangun oleh Persatuan Cakera Blu-ray (BDA) mula dijual.
- November: Teknologi Java mula dibekalkan di bawah Pelesenan Am Awam GNU oleh Sun Microsystems.
- Ensiklopedia Semesta Digital dilancarkan.
- Kedudukan Dell sebagai ketua pasaran yang nyata dalam jualan komputer peribadi dan pelayan diatasi oleh Hewlett-Packard (HP).
Kelahiran
- 20 Februari - Durratun Nasihah Muhammad Ezwan, chef selebriti Malaysia
- 4 April - Shanna Shannon, penyanyi, pelakon, dan YouTuber Indonesia
- 13 April - Sng Wei Ming, pemain badminton dan pelakon lelaki Malaysia
- 24 April - Aniq Iffat, penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia
- 25 April - Kang Khai Xing, pemain badminton Malaysia
- 17 Julai - Laura Moane, pelakon wanita Indonesia
- 6 Ogos - Armand Ezra, penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia
- 16 Ogos - Zara Leola, penyanyi dan pelakon wanita Indonesia
- 21 Ogos - Huzwaney Momin, pemain badminton dan pelakon wanita Thailand
- 11 September - Muhammad Rahimi Rosfazli, pelakon lelaki Malaysia
Kematian
- 11 Mac: Slobodan Milošević, mantan Presiden Serbia dan Yugoslavia.
- 23 April: Tun Ghafar Baba, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
- 7 Jun: Abu Musab al-Zarqawi, pemimpin Al-Qaeda di Iraq.
- 4 September: Steve Irwin, personaliti Australia.
- 31 Oktober: P.W. Botha, mantan Perdana Menteri dan Presiden Afrika Selatan.
- 30 Disember: Saddam Hussein, Presiden Iraq.