Histopathology image classification: Highlighting the gap between manual analysis and AI automation
Kandungan
Penampilan
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
15 Februari merupakan hari ke-46 dalam kalendar Gregory. Tinggal 319 hari (atau 320 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Candlemas (Kristian Timur)
- Hari Bendera di Kanada
- Hari Kebangsaan di Serbia.
Peristiwa
- 590 - Khosrau II dimahkotakan selaku raja Parsi.
- 1764 - Bandar raya St. Louis, Missouri diasaskan.
- 1862 - Perang Saudara Amerika: Jeneral Ulysses S. Grant menyerang Fort Donelson, Tennessee.
- 1879 - Hak wanita: Presiden Amerika Syarikat Rutherford B. Hayes menandatangani rang undang-undang yang membenarkan peguam wanita berhujah di Mahkamah Agung Amerika Syarikat.
- 1898 - Kapal tempur Tentera Laut Amerika Syarikat USS Maine meletup dan karam di Havana, Cuba, membunuh lebih 260 anak kapal hingga mencetuskan Perang Amerika-Sepanyol.
- 1906 - Parti Buruh ditubuhkan di United Kingdom.
- 1942 - Perang Dunia Kedua: Tentera Jepun pimpinan Jeneral Tomoyuki Yamashita menawan "kubu British yang kononnya kebal" Singapura.
- 1946 - ENIAC (Electronic Numerical Integrator and Computer), komputer elektronik kegunaan am yang pertama, diperkenalkan di Universiti Pennsylvania.
- 1950 - Kesatuan Soviet dan Republik Rakyat China menandatangani perjanjian pertahanan bersama.
- 1965 - Reka bentuk daun mapel merah putih diterima sebagai bendera Kanada, menggantikan speanduk Panji Merah Kanada yang lama.
- 1971 - Paun sterling British dan Paun Ireland "didesimalkan" pada Hari Perpuluhan.
- 1972 - Rakaman bunyi diberi perlindungan hak cipta persekutuan Amerika Syarikat buat julung kalinya.
- 1976 - Perlembagaan Cuba 1976 diterima hasil pungutan suara kebangsaan.
- 1980 - Television One dan Television Two (dahulunya South Pacific Television) bersiaran buat julung kalinya di bawah kendalian Television New Zealand.
- 1989 - Kesatuan Soviet mengumumkan secara rasmi bahawa semua askarnya telah berundur dari Afghanistan (gambar).
- 1999 - Abdullah Öcalan, pemimpin PKK (Parti Buruh Kurdistan yang diiktiraf ramai sebagai pertubuhan pengganas), ditahan di Kenya.
- 2003 - Jutaan orang di seluruh dunia mengambil bahagian dalam gerakan bantahan anti-perang yang terbesar dalam sejarah menentang pencerobohan Iraq yang bakal berlaku.
- 2005 - YouTube, laman web perkongisan video yang popular di Internet, dilancarkan di Amerika Syarikat.
- 2009 - Gunung berapi Andes Galeras meletus di Colombia, memaksa 8,000 orang berpindah.
- 2010 - Dua kereta api bertembung berhampiran Halle, Belgium, membunuh 18 orang dan mencederakan 162 yang lain.
- 2013 - Di tengah Rusia, gelombang kejutan dari sebutir meteor (gambar)—terbesar sejak 1908—mencederakan 1,200 orang manakala 3,000 buah bangunan rosak.
Kelahiran
- 1957 - Ahmad bin Said, seorang Menteri Besar Terengganu ke-13
Kematian
Perogol