FAIR and interactive data graphics from a scientific knowledge graph

Pemerintah persekutuan
Amerika Syarikat
ڤمرينته ڤرسکوتوان اميريکا شريکت
United States Federal Government
Umum
Pembentukan1789; 235 tahun yang lalu (1789)
Dokumen pengasasanPerlembagaan Amerika Syarikat
NegaraAmerika Syarikat Sunting ini di Wikidata
Bidang kuasaAmerika Syarikat Sunting ini di Wikidata
Laman sesawangwww.usa.gov
Cabang perundangan
PerundanganKongres
Tempat persidanganKapitol
Cabang eksekutif
Ketua pemerintah dan negaraPresiden
Dilantik olehBadan Pemilih
Ibu pejabatRumah Putih
Alat utamaKabinet
Jabatan15
Cabang kehakiman
MahkamahMahkamah Agung
PusatBangunan Mahkamah Agung
 · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Amerika Syarikat

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
Amerika Syarikat



Negara lain · Atlas
 Portal Kerajaan A.S.

Pemerintah persekutuan Amerika Syarikat[a] (bahasa Inggeris: Federal government of the United States)[b] ialah entiti pemerintahan pusat yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Amerika Syarikat, yang berkongsi kedaulatan ke atas Amerika Syarikat dengan pemerintah-pemerintah negeri dalam negara tersebut. Kerajaan persekutuan mempunyai tiga cabang: legislatif, eksekutif dan kehakiman. Melalui sistem pemisahan kuasa dan sistem "semak dan imbang," setiap cabang ini mempunyai kuasa untuk bertindak sendiri, beberapa kuasa untuk mengawalselia dua lagi cabang, dan mempunyai kuasa dikawalselia oleh dua lagi cabang. Dasar pemerintah persekutuan mempunyai kesan luas ke atas kedua-dua hal-ehwal domestik dan luar Amerika Syarikat. Selain itu, kuasa pemerintah persekutuan secara keseluruhannya dibataskan oleh Perlembagaan, yang mengikut Pindaan Kesepuluh, menyatakan kuasa lain yang tidak diberikan secara tersurat kepada pemerintah persekutuan adalah diperuntukkan bagi negeri atau rakyat.

Pusat bagi pemerintah persekutuan adalah di daerah persekutuan Washington, D.C.

Catatan

  1. ^ Amerika Syarikat ialah sebuah negara republik. Maka, pemerintah digunakan untuk badan pemerintahan negara ini (seperti yang digunakan Singapura dan Indonesia) bukannya kerajaan yang khas untuk negara beraja seperti Malaysia.
  2. ^ Pejabat Penerbitan Pemerintah Amerika menyatakan huruf besar bagi frasa Federal Government, berkenaan dengan pemerintah kebangsaan Amerika Syarikat sebagai suatu kata nama khas.[1]

Rujukan

  1. ^ "3" (PDF). U.S. Government Publishing Office Style Manual (dalam bahasa Inggeris) (ed. 2016). Pejabat Penerbitan Pemerintah Amerika Syarikat. 2016. m/s. 32. ISBN 978-0-16-093601-2. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 29 Julai 2018. Dicapai pada 29 Julai 2018.

Pautan luar