FAIR and interactive data graphics from a scientific knowledge graph
Kandungan
Majlis Perwakilan Iraq (Arab: مجلس النواب العراقي ) merupakan badan perundangan atau parlimen Iraq kini. Wakil-wakil rakyat majlis ini dipilih melalui pilihanraya umum. Majlis ini mempunyai sebanyak 275 kerusi dan bersidang di Zon Hijau, Baghdad.
Sejarah
Era Permerintahan Monarki
Sistem berparlimen di Iraq diasaskan selepas penubuhan sistem Raja Berperlembagaan pada tahun 1925.
Pada tahun 1958, pihak tentera telah melakukan satu rampasan kuasa dan menggulingkan kerajaan diraja Iraq. Pada masa yang sama, parlimen telah dibubarkan dan tidak lagi beroperasi.
Era pemerintahan Saddam Hussein
Pada 1970, kerajaan tentera telah menggubal satu perlembagaan dan menubuhkan "Majlis Kebangsaan" (Al Majlis Al Watan). Pilihanraya untuk Majlis Kebangsaan tersebut hanya dibuat pada bulan Jun 1980 semasa Saddam Hussein menjadi presiden Iraq. Pihak antarabangsa tidak mengiktiraf ketelusan proses pilihanraya kerana perwakilan-perwakilan yang terpilih kesemuanya memerlukan persetujuan Presiden Saddam Hussein. Hanya anggota parti Ba'ath sahaja yang boleh bertanding di dalam pilihanraya.
Era pemerintahan kerajaan sementara
Pada tahun 2003, Saddam Hussein telah digulingkan secara paksa oleh Amerika Syarikat, United Kingdom dan sekutu-sekutu mereka semasa Perang Iraq.
Pada bulan Mac 2004, satu majlis pemerintahan telah ditubuhkan oleh majlis tentera bersekutu untuk satu perlembagaan interim untuk satu pilihanraya diadakan untuk "Perhimpunan Kebangsaan" (Al Jam'iyya Al Wataniya) tidak lewat dari penghujung bulan Januari 2005. Majlis Kebangsaan ini akan merangka satu perlembagaan yang baru yang akan diluluskan oleh rakyat Iraq melalui satu referendum.
Pilihanraya untuk Perhimpunan Kebangsaan tersebut telah diadakan pada 30 Januari 2005. Pakatan Iraq Bersatu (Al I'tilaf Al Iraqi Al Muwahhad) yang didominasi oleh golongan Arab Syiah telah memenangi 48% daripada undi keseluruhan dan mendapat 140 kerusi di dalam Perhimpunan Kebangsaan. Seramai 85 orang daripada wakil rakyat di dalam Perhimpunan Kebangsaan tersebut terdiri daripada wanita.
Perbincangan di antara Pakatan Iraq Bersatu dan parti-parti politik yang lain untuk membentuk satu kerajaan campuran telah diadakan selepas keputusan pilihanraya dibuat. Perhimpunan Kebangsaan mengadakan sidangnya yang pertama pada 16 Mac 2005. Setelah beberapa minggu perbincangan diadakan di antara kesemua parti politik yang dominan, Hajjim Al Hassani, seorang Arab Sunni telah dipilih sebagai speaker parlimen. Hussain Shahristani, seorang Arab Syiah dan Aref Taifour, seorang Kurdis Sunni telah dipilih sebagai timbalan-timbalan speaker.
Perhimpunan Kebangsaan telah memilih Jalal Talabani, seorang Kurdis Sunni untuk mengetuai Majlis Presiden dan Ibrahim Al Jaafari, seorang Arab Syiah sebagai Perdana Menteri kerajaan sementara tersebut.
Era Perlembagaan 2005
Selepas satu perlembagaan tetap diluluskan pada 15 Oktober 2005, kuasa legislatif telah diletakkan ke atas dua buah majlis perundangan iaitu Majlis Wakil-wakil Rakyat Iraq dan Majlis Kesatuan.
Majlis Wakil-wakil Rakyat Iraq mengandungi 275 kerusi yang diwakili oleh wakil-wakil rakyat yang dipilih setiap empat tahun sekali dan mempunyai dua sesi dalam setahun. Majlis ini akan meluluskan undang-undang persekutuan, mengawal kuasa pentadbiran eksekutif, melaksanakan perjanjian-perjanjian dan memilih pegawai-pegawai kerajaan yang tertentu. Majlis ini juga memilih Presiden Iraq, yang diberi tanggung jawab untuk melantik seorang Perdana Menteri.
Pilihanraya umum telah diadakan pada 15 Disember 2005 untuk memilih wakil-wakil rakyat untuk Majlis ini dan telah mula bersidang pada 16 Mac 2006.
Keputusan pilihan raya 15 Disember 2006
Pakatan dan Parti Politik | Jumlah Undi (Peratus) | Jumlah Kerusi |
Pakatan Iraq Bersatu (الائتلاف العراقي الموحد) | 5,021,137 (41.2%) | 128 |
Pakatan Patriotik Demokratik Kurdistan | 2,642,172 (21.7%) | 53 |
Barisan Permuafakatan Iraq (جبهة التوافق العراقية) | 1,840,216 (15.1%) | 44 |
Senarai Nasional Iraq | 977,325 (8.0%) | 25 |
Barisan Dialog Nasional Iraq | 499,963 (4.1%) | 11 |
Kesatuan Islam Kurdistan (الاتحاد الاسلامي الكوردستاني) | 157,688 (1.3%) | 5 |
Pemegang-pemegang Mesej | 145,028 (1.2%) | 2 |
Blok Pembebasan dan Rekonsiliasi | 129,847 (1.1%) | 3 |
Barisan Turkmen Iraq (الجبهة التركمانية العراقية) | 87,993 (0.7%) | 1 |
Senarai Rafidain | 47,263 (0.4%) | 1 |
Senarai Mithal Al Alusi | 32,245 (0.3%) | 1 |
Pergerakan Yazidi untuk Pembaharuan dan Kemajuan | 21,908 (0.2%) | 1 |
Golongan Elit dan Kader Bebas Nasional | 0 | |
Pakatan Demokratik Nasional | 0 | |
Pertubuhan Tindakan Islam di Iraq | 0 |
Senarai parti politik di Iraq
Demokratik
- Barisan Nasional Iraq (Barisan Dialog Nasional Iraq) - Arab Sunni
- Kongres Nasional Iraq (للمؤتمر الوطني العراقي) (Pakatan Iraq Bersatu) - Arab Syiah
- Majlis Dialog Nasional Iraq (Barisan Permuafakatan Iraq) - Arab Sunni
- Parti Hijau Iraq - Pelbagai Etnik
- Parti Penyelesaian Demokratik Kurdistan - Kurdis
- Perhimpunan Ahli Demokrat Bebas (Senarai Nasional Iraq) - Arab Sunni
- Perhimpunan Persekutuan Iraq (Senarai Mithal Al Alusi) - Arab Sunni
- Senarai Umat Iraq (Senarai Mithal Al Alusi) - Arab Sunni
- Warga Iraq (Senarai Nasional Iraq) - Arab Sunni
Etnik (Assyria)
- Kesatuan Demokratik Kaldani (Pakatan Demokratik Patriotik Kurdistan) - Assyria Kristian Katolik
- Parti Patriotik Assyria (Pakatan Demokratik Patriotik Kurdistan) - Assyria Kristian Ortodoks
- Parti Pembebasan Assyria - Assyria Kristian Ortodoks
- Pergerakan Demokratik Assyria (Senarai Rafidain) - Assyria Kristian Ortodoks
Etnik (Turkmen)
- Parti Hak-hak Turkmen Iraq (Barisan Turkmen Iraq) - Turkmen Sunni
- Parti Rakyat Turkmen - Turkmen Sunni
- Parti Turkmen Nasional Iraq (Barisan Turkmen Iraq) - Turkmen Sunni
- Parti Turkmeneli (Barisan Turkmen Iraq) - Turkmen Sunni
- Parti Wilayah Turkmen (Barisan Turkmen Iraq) - Turkmen Sunni
- Pergerakan Kebebasan Turkmen (Barisan Turkmen Iraq) - Turkmen Sunni
- Pergerakan Turkmen Nasional - Turkmen Sunni
Islamisme (Sunni)
- Kesatuan Islam Kurdistan (الاتحاد الاسلامي الكوردستاني) - Kurdis Sunni
- Majlis Umum Rakyat Iraq (Barisan Permuafakatan Iraq) - Arab Sunni
- Parti Islam Iraq (Barisan Permuafakatan Iraq) - Arab Sunni
- Pergerakan Islam Turkmen Iraq (Barisan Turkmen Iraq) - Turkmen Sunni
Islamisme (Syiah)
- Forum Pemikiran Al Husayni (Pro-Muqtada Al Sadr) - Arab Syiah
- Golongan Elit dan Kader Bebas Nasional (Pro-Muqtada Al Sadr) - Arab Syiah
- Kesatuan Islam Kurdis Fayli (Pakatan Iraq Bersatu) - Kurdis Syiah
- Kesatuan Islam Turkmen Iraq (Pakatan Iraq Bersatu) - Turkmen Syiah
- Kesetiaan kepada Gabungan Iraq (Pro-Muqtada Al Sadr) - Arab Syiah
- Majlis Agung Islam Iraq (المجلس الأعلى الإسلامي العراقي ) (Pakatan Iraq Bersatu) - Arab Syiah
- Majlis Politik Syiah - Arab Syiah
- Parti Dakwah Islamiah (حزب الدعوة الإسلامية ) (Pakatan Iraq Bersatu) - Arab Syiah
- Parti Kebaikan Islam (Pakatan Iraq Bersatu) - Arab Syiah
- Pemegang-pemegang Mesej (Pro-Muqtada Al Sadr) - Arab Syiah
- Pergerakan Parti Allah di Iraq (Pakatan Iraq Bersatu) - Arab Syiah
- Perkumpulan Islam Fayli di Iraq (Pakatan Iraq Bersatu) - Kurdis Syiah
- Persaudaraan Bebas (Pro-Muqtada Al Sadr) - Arab Syiah
- Pertubuhan Badar (منظمة بدر ) (Pakatan Iraq Bersatu) - Arab Syiah
- Pertubuhan Tindakan Islam (Pakatan Iraq Bersatu) - Arab Syiah
- Pertubuhan Tindakan Islam di Iraq - Arab Syiah
Komunisme
- Kesatuan Rakyat (Senarai Nasional Iraq) - Arab
- Parti Komunis Iraq (Senarai Nasional Iraq) - Arab
- Parti Komunis Kurdistan (Pakatan Demokratik Patriotik Kurdistan) - Kurdis
- Parti Komunis-Pekerja Iraq - Arab
- Parti Komunis-Pekerja Haluan Kiri Iraq - Arab
- Parti Penyatuan Rakyat - Arab
Konservatif
- Parti Konservatif Kurdistan - Kurdis
Kristian
Liberal
- Blok Pembebasan dan Rekonsiliasi - Arab Sunni
- Pergerakan Permuafakatan Nasional Iraq ( حركة الوفاق الوطني العراقي ) (Senarai Nasional Iraq) - Arab Syiah
Pro-Homoseksual
- Jawatankuasa Kemanusiaan Saintifik Iraq
Pro-Monarki
Sosial Demokratik
- Kesatuan Patriotik Kurdistan (الاتحاد الوطني الكردستان) (Pakatan Demokratik Patriotik Kurdistan) - Kurdis Sunni
- Pakatan Demokratik Nasional - Arab Sunni dan Arab Syiah
- Parti Demokratik Kurdistan (الحزب الديمقراطي الكردستاني) (Pakatan Demokratik Patriotik Kurdistan) - Kurdis Sunni
Sosialisme
- Pergerakan Sosialis Arab (Senarai Nasional Iraq) - Arab