FAIR and interactive data graphics from a scientific knowledge graph
Kandungan
Haiwan Julat zaman: Ediakara - Sekarang
| |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | |
(tanpa pangkat) | Opisthokonta |
(tanpa pangkat) | Holozoa |
(tanpa pangkat) | Filozoa |
Alam: | Animalia |
Filum | |
|
Haiwan (Jawi: حيوان serapan Arab: حَيَوَان, rumi: ḥayawān terbitan kata حَيٌّ hayy "hidup"[1]), atau binatang (Jawi: بيناتڠ ) ialah sekelompok besar organisma eukariot multisel yang tergolong dalam alam Animalia atau Metazoa. Apabila berkembang, pelan badannya pada kesudahannya menjadi tetap, namun ada sesetengah spesies yang menjalankan proses metamorfosis di tengah-tengah riwayatnya. Kebanyakan haiwan adalah motil, iaitu boleh bergerak secara spontan dan berdikari. Semua haiwan juga merupakan heterotrof, iaitu perlu memakan organisma lain atau hasil keluarannya demi menyara hidup.
Kebanyakan filum haiwan yang dikenali muncul dalam rekod fosil sebagai spesies marin sewaktu ledakan Kambria sekitar 542 juta tahun dahulu.
Manusia memanfaatkan banyak spesies haiwan lain, seperti makanan (termasuk daging, susu, dan telur), untuk bahan (seperti kulit dan bulu), sebagai haiwan peliharaan, dan sebagai haiwan yang berfungsi termasuk untuk pengangkutan.
Ciri-Ciri
Haiwan mempunyai beberapa ciri-ciri yang membezakannya daripada hidupan-hidupan yang lain. Haiwan adalah eukariot dan kebanyakannya multisel,[2] yakni berbeza dengan bakteria dan kebanyakan protis. Haiwan merupakan heterotrof,[3] iaitu umumnya mencerna makanan dalam kebuk dalaman, yakni berbeza dengan tumbuhan dan alga.[4] haiwan juga berbeza dengan tumbuhan, alga dan kulat kerana ketiadaan dinding sel yang kukuh.[5] Semua haiwan adalah motil,[6] walaupun pada peringkat hidup yang tertentu. Bagi kebanyakan haiwan, embrio melalui peringkat blastula,[7] iaitu ciri - ciri yang hanya terdapat pada haiwan.
Struktur
Haiwan mempunyai badan yang terdiri daripada pelbagai tisu, kecuali beberapa jenis yang tertentu, terutama sekali bunga karang (Filum Porifera) dan Placozoa. Antara tisu-tisu ini ialah otot yang boleh mengecutkan dan mengawal gerak alih, dan tisu saraf yang menghantar dan memproses isyarat. Biasanya, juga terdapat kebuk pencernaan dalaman dengan satu atau dua bukaan.[8] Haiwan yang bersusunan sebegini dipanggil metazoa, ataupun eumetazoa bagi memaksudkan haiwan pada umumnya.[9]
Semua haiwan mempunyai sel-sel eukariot yang dikitari oleh matriks luar sel yang terdiri daripada kolagen dan glisoprotein anjal.[10] Ini boleh dikapurkan untuk membentuk struktur-struktur seperti cangkerang, tulang, dan spikul.[11] Ketika berkembang, ia membentuk rangka yang agak mudah lentur[12] di mana sel-sel boleh bergerak-gerak dan bersusun semula, maka membolehkan struktur yang rumit. Berbeza pula dengan organisma-organisma multisel yang lain seperti tumbuhan dan kulat yang sel-selnya ditahan oleh dinding sel, oleh itu berkembang secara pertumbuhan progresif.[8] Selain itu, simpang-simpang antara sel ini juga hanya terdapat dalam sel haiwan: simpang ketat, simpang renggang, dan desmosom.[13]
Pembiakan dan perkembangan
Hampir kesemua haiwan menjalani suatu bentuk pembiakan jantina.[14] Ia mempunyai beberapa sel pembiakan khusus yang menjalani meiosis untuk menghasilkan spermatozoon yang kecil tetapi motil, atau telur yang besar tetapi tidak motil.[15] Spermatozoon dan ovum ini bergabung untuk membentuk zigot yang berkembang menjadi individu baru.[16]
Juga terdapat banyak haiwan juga mampu membiak tanpa jantina.[17] Ini boleh terjadi secara partenogenesis, yang mana telur yang subur dihasilkan tanpa mengawan, bercambah ataupun berpecah.[18]
Zigot mula-mula berkembang menjadi suatu bentuk sfera yang cembung, iaitu blastula[19] yang menjalani proses penyusunan semula dan penceraian. Bagi bunga karang, larva blastula berenang ke tempat baru lalu berkembang menjadi bunga karang baru.[20] Bagi kebanyakan kelompok yang lain pula, blastula menjalani penyusunan semula yang lebih rumit.[21] Mula-mula, ia berinvaginasi untuk membentuk gastrula dengan kebuk pencernaan, dan dua lapisan kuman yang berasingan, iaitu ektoderma luaran dan endoderma dalaman.[22] Selalunya, juga berkembangnya di antara ektoderma dan endoderma itu.[23] Kemudian, lapisan-lapisan kuman ini berpecah-pecah untuk membentuk tisu dan organ.[24]
Makanan dan penyumberan tenaga
Semua haiwan merupakan heterotrof, iaitu boleh makan hidupan lain secara langsung atau tidak langsung.[25] Lazimnya, haiwan dibahagikan lagi kepada kelomok-kelompok seperti maging, maun, omnivor, dan parasit.[26]
Pemangsaan ialah interaksi biologi yang mana pemangsa (heterotrof yang memburu) memakan mangsanya (organisma yang diserangnya).[27] Pemangsa ini boleh tetapi tidak semestinya membunuh mangsa sebelum memakannya, tetapi apapun, tindakan pemangsaan ini sentiasa berkesudahan dengan kematian mangsa.[28] Satu lagi kategori pemakanan yang lain ialah detritivori, iaitu pengambilan jirim organik yang mati.[29] Kadang-kadang, adalah sukar untuk membezakan kedua-dua tabiat pemakanan ini, misalnya yang mana spesies parasit memangsakan organisme perumah, kemudian bertelur di atasnya supaya zuriatnya boleh memakan bangkainya yang reput. Tekanan berpilih yang dikenakan ke atas satu sama lain telah menimbulkan perlumbaan senjata evolusi antara mangsa dan pemangsa, oleh itu menyebabkan pelbagai penyesuaian anti-pemangsa.[30]
Kebanyakan haiwan secara tidak langsungnya menggunakan tenaga matahari dengan memakan tumbuhan atau haiwan yang memakan tumbuhan. Kebanyakan tumbuhan menggunakan cahaya untuk menukarkan molekul-molekul tak organik dalam persekitarannya kepada molekul organik, misalnya gula ringkas, dalam fotosintesis. Bermula dengan molekul-molekul karbon dioksida (CO2) dan air (H2O), fotosintesis menukarkan tenaga cahaya matahari kepada tenaga kimia yang disimpan sebagai karbon terturun (cth. glukosa) serta melepaskan molekul oksigen. Kemudian, gula-gula ini digunakan sebagai bahan binaan untuk pembesaran tumbuhan.[8] Apabila haiwan memakan tumbuhan ini (atau memakan haiwan lain yang pernah makan tumbuhan ini), gula-gula yang dihasilkan oleh tumbuhan itu pun diambil oleh haiwan berkenaan.[31] Sama ada gula itu digunakan secara langsung untuk pembesaran haiwan, ataupun dipecah-pecahkan untuk melepaskan tenaga suria yang tersimpan dan memberi haiwan itu tenaga yang diperlukan untuk pergerakan.[32] Proses ini dipanggil glikolisis.[33] Haiwan yang hidup berdekatan lohong hidroterma dan tiris sejuk di dasar laut tidak bergantung pada tenaga cahaya matahari.[34] Sebaliknya, arkea dan bakteria kimiasintetis membentuk asas rantaian makanan.[35]
Kelompok Haiwan
Porifera, Radiata dan Bilateria asas
Analisa filogenetik mendapati bahawa Porifera dan Ctenophora berpecah sebelum klad yang melahirkan Bilateria, Cnidaria dan Placozoa.[36]
Bunga karang (Porifera) selama ini dipercayai awal-awal berpecah dari haiwan-haiwan lain.[37] Bunga karang ketiadaan susunan rumit yang terdapat dalam kebanyakan filum yang lain.[38] Sel-selnya dibezakan, tetapi selalunya tidak tersusun kepada tisu-tisu yang berasingan.[39] Bunga karang lazimnya makan dengan menarik air masuk melalui liang-liangnya.[40] Archaeocyatha yang rangkanya terlakur mungkin mewakili bunga karang ataupun filum yang berasingan.[41] Bagaimanapun, suatu kajian filogenomik ke atas 150 gen pada 29 jenis binatng merentas 21 filum pada tahun 2008, mendapati bahawa Ctenophora atau ampai bulatlah yang merupakan keturunan asas haiwan , sekurang-kurangnya di kalangan 21 filum berkenaan. Para pengarangnya berspekulasi bahawa bunga karang—setidak-tidaknya bunga karang yang dikajinya—tidaklah begitu kuno, tetapi sebaliknya mungkin diringkaskan secara sekunder.[42]
Di kalangan filum-filum yang lain, Ctenophora dan Cnidaria yang merangkumi buran, batu karang, dan ampai-ampai, bersimetri secara jejari dan mempunyai kebuk pencernaan dengan satu bukaan yang berfungsi sebagai mulut dan dubur.[43] Kedua-duanya mempunyai tisu yang berbeza, tetapi tidak tersusun kepada organ.[44] Hanya ada dua lapisan germa yang utama, iaitu ektoderma dan endoderma, dengan cuma sel-sel yang terserak di antaranya. Oleh itu, haiwan-haiwan ini juga dipanggil diploblas.[45] Placozoa yang halus juga begitu, tetapi tiada kebuk pencernaan yang kekal.
Binatng-Haiwan yang selebihnya membentuk kumpulan monofiletik iaitu Bilateria. Kebanyakan haiwan ini, dan biasanya mempunyai kepala yang khusus dengan organ-organ pemakanan dan deria. Tubuhnya adalah triploblas, iaitu ketiga-tiga lapisan germa berkembang sepenuhnya, dan tisu-tisu membentuk organ-organ yang berlainan. Kebuk pencernaan mempunyai dua bukaan, iaitu mulut dan dubur, dan juga terdapat rongga tubuh dalaman yang dipanggil selom atau pseudoselom. Walau apapun, ada haiwan yang terkecuali daripada ciri-ciri ini, misalnya: ekinoderma dewasa adalah bersimetri secara jejari, dan cacing parasit tertentu memiliki struktur tubuh yang teramat ringkas.
Kajian genetik telah banyak mempengaruhi pemahaman kita akan hubungan sesama ahli Bilateria. Diamati bahawa kebanyakannya tergolong dalam dua keturunan utama, iaitu deuterostom dan protostom; protostom termasuk Ecdysozoa, Platyzoa, dan Lophotrochozoa. Selain itu, terdapat beberapa kelompok kecil bilateria berstruktur agak kecil yang nampaknya sudah berpecah sebelum kelompok-kelompok besar itu, misalnya Acoelomorpha, Rhombozoa, dan Orthonectida. Myxozoa, iaitu paraset unisel yang asalnya dianggap sebagai Protozoa, kini dipercayai telah berkembang dari Medusozoa juga.
Deuterostom
Deuterostom berbeza dengan Bilateria yang lain, iaitu protostom, dari pelbagai segi. Kedua-duanya memiliki saluran penghadaman yang lengkap. Bagaimanapun, dalam protostom, bukaan usus pertama yang menjadi dalam perkembangan embrio (arkenteron) berkembang dalam mulut, diikuti oleh dubur. Dalam deuterostom pula, dubur terbentuk dahulu, diikuti oleh mulut.[46] Dalam kebanyakan protosom, sel-sel hanya mengisi pedalaman gastrula untuk membentuk mesoderma, dalam proses yang dipanggil perkembangan skizoseli, tetapi bagi deuterostome, ia terbentuk menerusi invaginasi endoderma, iaitu pengantungan enteroseli.[47] Embrio deuterostom menjalani Sigaran jejari ketika pembahagian sel, sementara protostom menjalani sigaran pilin.[48]
Semua ini menunjukkan bahawa deuterostom dan protostom adalah keturunan monofiletik yang berasingan. Filum-filum utama deuterostom ialah Echinodermata dan Chordata.[49] Echinodermata adalah bersimetri secara jejari dan hanya ditemui dalam air, misalnya tapak sulaiman, landak laut, dan gamat.[50] Chordata pula dikuasai oleh vertebrat, iaitu haiwan yang bertulang belakang,[51] termasuk ikan, amfibia, reptilia, burung, dan mamalia.[52]
Selain itu, deuterostoma juga merangkumi Hemichordata atau cacing akorn.[53] Walaupun tidak begitu menonjol pada masa kini, namun fosil graptolit yang penting mungkin tergolong dalam kelompok ini.[54]
Ecdysozoa
Ecdysozoa adalah protostom yang dinamai sempena suatu sifat pertumbuhan yang sepunya iaitu secara bersalin atau ekdisis.[55] Dalam golongan ini termasuklah filum haiwan yang terbesar, iaitu Arthropoda, merangkumi serangga, labah-labah, ketam, dan saudara-maranya. Kesemua organisma ini mempunyai tubuh yang terbahagi kepada bahagian-bahagian yang berulang-ulang, biasanya dengan apendej-apendej berpasangan. Dua filum yang lebih kecil, iaitu Onychophora dan Tardigrada, merupakan saudara dekat kepada artropod dan berkongsi ciri-ciri tersebut.
Ecdysozoa juga merangkumi Nematoda atau cacing bulat, iaitu barangkali filum haiwan yang kedua terbesar. Cacing bulat biasanya bersaiz mikroskopik, dan terdapat di hampir setiap persekitaran yang terdapat air.[56] Sesetengah cacing bulat ini merupakan parasit yang penting.[57] Antara filum kecil yang bersaudara dengan cacing bulat ialah Nematomorpha atau cacing bulu kuda, serta Kinorhyncha, Priapulida, dan Loricifera. Kelompok-kelompok ini mempunyai selom yang kecut, iaitu pseudoselom (selom palsu).
Dua kelompok protostom yang selebihnya adakalanya digabungkan sebagai Spiralia, kerana embrio kedua-duanya berkembang dengan sigaran pilin.
Platyzoa
Platyzoa merangkumi filum Platyhelminthes, iaitu cacing pipih.[58] Pada asalnya ini dianggap sebagai antara makhluk Bilateria yang paling kuno, tetapi kini nampaknya bahawa ia berkembang daripada leluhur yang lebih rumit.[59] Dalam kelompok ini terdapat beberapa jenis parasit, seperti cacing hati dan cacing pita.[58] Cacing pita merupakan aselomat, iaitu ketiadaan rongga jasad, begitu juga dengan saudara terdekatnya, iaitu Gastrotricha yang mikroskopik.[60]
Filum-filum Platyzoa yang lain pula kebanyakannya mikroskopik dan pseudoselomat, terutama sekali Rotifera atau rotifer yang banyak ditemui dalam persekitaran berair, bahkan juga merangkumi Acanthocephala atau cacing kepala duri, Gnathostomulida, Micrognathozoa, dan mungkin juga Cycliophora.[61] Kelompok-kelompok ini berkongsi sifat adanya rahang rumit, maka dipanggilnya Gnathifera.
Lophotrochozoa
Lophotrochozoa merangkumi dua filum haiwan yang paling berjaya, iaitu Mollusca dan Annelida.[62][63] Moluska, iaitu filum haiwan kedua terbesar mengikut bilangan spesies yang dikenali, merangkumi siput babi, kerang, dan sotong, sementara Annelida terdiri daripada cacing bersegmen, seperti cacing tanah dan lintah. Dua kelompok ini sekian lama dianggap sebagai saudara dekat kerana berkongsi larva trokofor, tetapi Annelida dianggap lebih dekat dengan Arthropoda kerana kedua-dua filum itu bersegmen jasadnya.[64] Kini, ini pada umumnya dianggap sebagai evolusi tumpu, disebabkan banyaknya perbezaan morfologi dan genetik antara kedua-dua filum itu.[65]
Juga tergolong dalam Lophotrochozoa ialah Nemertea atau cacing reben, Sipuncula, dan beberapa filum yang mempunyai gelang sesungut bersilium di keliling mulutnya, iaitu lofofor.[66] Nemertea, Sipuncula dan lofofor ini asalnya digolongkan bersama-sama sebagai lofoforat.[67] tetapi kini nampaknya kelompok lofoforat itu mungkin parafiletik,[68] yang mana ada yang lebih dekar dengan Nemertea dan yang lain pula dekat dengan moluska dan anelid.[69][70] Ini termasuk Brachiopoda atau cangkerang berkilau yang menonjol dalam rekod fosil, Entoprocta, Phoronida, dan mungkin juga Bryozoa atau haiwan lumut.[71]
Sejarah pengelasan haiwan
Aristotle membahagikan dunia hidupan kepada haiwan dan tumbuhan; ini disusuli oleh Carolus Linnaeus (Carl von Linné) yang menzahirkan pengelasan bertatatingkat yang sulung.[72] Semenjak itu, para ahli biologi telah mulai menekankan hubungan evolusi, oleh itu setiap golongan hidupan diberi had-had yang tertentu. Misalnya, makhluk halus protozoa asalnya dianggap sebagai haiwan kerana ia bergerak, tetapi kini dilayan sebagai alam yang berasingan.
Dalam skema asal Linnaeus, haiwan merupakan salah satu daripada tiga alam hidupan, dibahagikan kepada kelas-kelas Vermes(cacing), Insectia(serangga), Pisces(ikan), Amphibia(amfibia), Aves(burung), dan Mammalia(mamalia). Semenjak itu, Pisces, Amphibia, Aves dan Mammalia digolongkan sekali ke dalam satu filum, iaitu Chordata(haiwan tulang belakang), manakala bentuk-bentuk hidupan yang lain pula telah diasing-asingkan. Senarai-senarai di atas mewakili pemahaman kita akan kelompok ini pada masa kini, namun terdapat sedikit perbezaan dari sumber ke sumber.
Rujukan
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 117. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ National Zoo. "Panda Classroom". Dicapai pada September 30, 2007.
- ^ Jennifer Bergman. "Heterotrophs". Dicapai pada September 30, 2007.
- ^ Douglas AE, Raven JA, AE (2003). "Genomes at the interface between bacteria and organelles". Philosophical transactions of the Royal Society of London. Series B, Biological sciences. 358 (1429): 5–17, discussion 517–8. doi:10.1098/rstb.2002.1188. PMC 1693093. PMID 12594915.
|first2=
missing|last2=
(bantuan) - ^ Davidson, Michael W. "Animal Cell Structure". Dicapai pada September 20, 2007.
- ^ Saupe, S.G. "Concepts of Biology". Dicapai pada September 30, 2007.
- ^ Minkoff, Eli C. (2008). Barron's EZ-101 Study Keys Series: Biology (ed. 2, revised). Barron's Educational Series. m/s. 48. ISBN 9780764139208.
- ^ a b c Adam-Carr, Christine; Hayhoe, Christy; Hayhoe, Douglas; Hayhoe, Katharine (2010). Science Perspectives 10. Nelson Education Ltd. ISBN 978-0-17-635528-9.
- ^ Gero HIllmer (1983). Fossil Invertebrates. CUP Archive. m/s. 54. ISBN 9780521270281. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Alberts, Bruce (2002). Molecular Biology of the Cell (ed. 4). New York: Garland Science. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Sangwal, Keshra (2007). Additives and crystallization processes: from fundamentals to applications. John Wiley and Sons. m/s. 212. ISBN 9780470061534.
- ^ Becker, Wayne M. (1991). The world of the cell. Benjamin/Cummings. ISBN 9780805308709.
- ^ Magloire, Kim (2004). Cracking the AP Biology Exam, 2004–2005 Edition. The Princeton Review. m/s. 45. ISBN 9780375763939.
- ^ Knobil, Ernst (1998). Encyclopedia of reproduction, Volume 1. Academic Press. m/s. 315. ISBN 9780122270208.
- ^ Schwartz, Jill (2010). Master the GED 2011 (w/CD). Peterson's. m/s. 371. ISBN 9780768928853.
- ^ Hamilton, Matthew B. (2009). Population genetics. Wiley-Blackwell. m/s. 55. ISBN 9781405132770.
- ^ Adiyodi, K. G. (2002). Reproductive Biology of Invertebrates, Progress in Asexual Reproduction, Volume 11. Wiley. m/s. 116. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Kaplan (2008). GRE exam subject test. Kaplan Publishing. m/s. 233. ISBN 9781419552182.
- ^ Tmh (2006). Study Package For Medical College Entrance Examinations. Tata McGraw-Hill. m/s. 6.22. ISBN 9780070616370.
- ^ Ville, Claude Alvin (1984). General zoology. Saunders College Pub. m/s. 467. ISBN 9780030624513. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Hamilton, William James (1945). Human embryology: (prenatal development of form and function). Williams & Wilkins. m/s. 330. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Philips, Joy B. (1975). Development of vertebrate anatomy. Mosby. m/s. 176. ISBN 9780801639272.
- ^ The Encyclopedia Americana: a library of universal knowledge, Volume 10. Encyclopedia Americana Corp. 1918. m/s. 281.
- ^ Romoser, William S. (1998). The science of entomology. WCB McGraw-Hill. m/s. 156. ISBN 9780697228482. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Rastogi, V. B. (1997). Modern Biology. Pitambar Publishing. m/s. 3. ISBN 9788120904965.
- ^ Levy, Charles K. (1973). Elements of Biology. Appleton-Century-Crofts. m/s. 108. ISBN 9780390556271.
- ^ Begon, M., Townsend, C., Harper, J. (1996). Ecology: Individuals, populations and communities (Third edition). Blackwell Science, London. ISBN 0-86542-845-X, ISBN 0-632-03801-2, ISBN 0-632-04393-8.
- ^ [1]. Britannica.com. Retrieved on 2011-11-23.
- ^ Marchetti, Mauro (2001). Geomorphology and environmental impact assessment. Taylor & Francis. m/s. 84. ISBN 9789058093448. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Allen, Larry Glen (2006). Ecology of marine fishes: California and adjacent waters. University of California Press. m/s. 428. ISBN 9780520246539. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Clutterbuck, Peter (2000). Understanding Science: Upper Primary. Blake Education. m/s. 9. ISBN 9781865091709.
- ^ Gupta, P.K. Genetics Classical To Modern. Rastogi Publications. m/s. 26. ISBN 9788171338962.
- ^ Garrett, Reginald; Grisham, Charles M. (2010). Biochemistry. Cengage Learning. m/s. 535. ISBN 9780495109358.
- ^ New scientist. IPC Magazines. 152 (2050–2055): 105. 1996. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Castro, Peter (2007). Marine Biology (ed. 7). McGraw-Hill. m/s. 376. ISBN 9780077221249. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Ryan JF, Pang K; NISC Comparative Sequencing Program, Mullikin JC, Martindale MQ, Baxevanis AD (2010) The homeodomain complement of the ctenophore Mnemiopsis leidyi suggests that Ctenophora and Porifera diverged prior to the ParaHoxozoa. Evodevo 1(1):9
- ^ Bhamrah, H. S. (2003). An Introduction to Porifera. Anmol Publications PVT. LTD. m/s. 58. ISBN 9788126106752. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Sumich, James L. (2008). Laboratory and Field Investigations in Marine Life. Jones & Bartlett Learning. m/s. 67. ISBN 9780763757304.
- ^ Jessop, Nancy Meyer (1970). Biosphere; a study of life. Prentice-Hall. m/s. 428.
- ^ Sharma, N. S. (2005). Continuity And Evolution Of Animals. Mittal Publications. m/s. 106. ISBN 9788182930186.
- ^ McGraw-Hill encyclopedia of science & technology: MET-NIC., Volume 11 (ed. 8). McGraw-Hill. 1997. m/s. 59. ISBN 9780079115041. Dicapai pada 19 Mac 2011.
- ^ Dunn CW, Hejnol A, Matus DQ; dll. (2008). "Broad phylogenomic sampling improves resolution of the animal tree of life". Nature. 452 (7188): 745–9. doi:10.1038/nature06614. PMID 18322464. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan); Explicit use of et al. in:|author=
(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ Langstroth, Lovell (2000). A living bay: the underwater world of Monterey Bay. University of California Press. m/s. 244. ISBN 9780520221499. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Safra, Jacob E. (2003). The New Encyclopædia Britannica, Volume 16. Encyclopædia Britannica. m/s. 523. ISBN 9780852299616.
- ^ Kotpal, R. L. Modern Text Book of Zoology: Invertebrates. Rastogi Publications. m/s. 184. ISBN 9788171339037.
- ^ Peters, Kenneth E. (2005). The Biomarker Guide: Biomarkers and isotopes in petroleum systems and Earth history. Cambridge University Press. m/s. 717. ISBN 9780521837620. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Safra, Jacob E. (2003). The New Encyclopædia Britannica, Volume 1; Volume 3. Encyclopædia Britannica. m/s. 767. ISBN 9780852299616.
- ^ Valentine, James W. (July 1997). "Cleavage patterns and the topology of the metazoan tree of life". PNAS. The National Academy of Sciences. 94: 8001–8005.
- ^ Hyde, Kenneth (2004). Zoology: An Inside View of Animals. Kendall Hunt. m/s. 345. ISBN 9780757509971.
- ^ Alcamo, Edward (1998). Biology Coloring Workbook. The Princeton Review. m/s. 220. ISBN 9780679778844.
- ^ Holmes, Thom (2008). The First Vertebrates. Infobase Publishing. m/s. 64. ISBN 9780816059584.
- ^ Rice, Stanley A. (2007). Encyclopedia of evolution. Infobase Publishing. m/s. 75. ISBN 9780816055159.
- ^ Tobin, Allan J. (2005). Asking about life. Cengage Learning. m/s. 497. ISBN 9780534406530. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Safra, Jacob E. (2003). The New Encyclopædia Britannica, Volume 19. Encyclopædia Britannica. m/s. 791. ISBN 9780852299616.
- ^ Dawkins, Richard (2005). The Ancestor's Tale: A Pilgrimage to the Dawn of Evolution. Houghton Mifflin Harcourt. m/s. 381. ISBN 9780618619160.
- ^ Prewitt, Nancy L. (2003). BioInquiry: making connections in biology. John Wiley. m/s. 289. ISBN 9780471202288. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Schmid-Hempel, Paul (1998). Parasites in social insects. Princeton University Press. m/s. 75. ISBN 9780691059242.
- ^ a b Gilson, Étienne (2004). El espíritu de la filosofía medieval. Ediciones Rialp. m/s. 384. ISBN 9788432134920.
- ^ Ruiz-Trillo, I., I (1999). "Acoel Flatworms: Earliest Extant Bilaterian Metazoans, Not Members of Platyhelminthes". Science. 283 (5409): 1919–1923. Bibcode:1999Sci...283.1919R. doi:10.1126/science.283.5409.1919. PMID 10082465. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan);|first2=
missing|last2=
(bantuan);|first3=
missing|last3=
(bantuan);|first4=
missing|last4=
(bantuan);|first5=
missing|last5=
(bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ Todaro, Antonio. "Gastrotricha: Overview". Gastrotricha: World Portal. University of Modena & Reggio Emilia. Dicapai pada 2008-01-26.
- ^ Kristensen, Reinhardt Møbjerg (2002). "An Introduction to Loricifera, Cycliophora, and Micrognathozoa". Integrative and Comparative Biology. 42 (3): 641–651. doi:10.1093/icb/42.3.641.
- ^ "Biodiversity: Mollusca". The Scottish Association for Marine Science. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-08. Dicapai pada 2007-11-19.
- ^ Russell, Bruce J. (Writer), Denning, David (Writer) (2000). Branches on the Tree of Life: Annelids (VHS). BioMEDIA ASSOCIATES.
- ^ Eernisse, Douglas J., D. J. (1 September 1992). "Annelida and Arthropoda are not sister taxa: A phylogenetic analysis of spiralean metazoan morphology". Systematic Biology. 41 (3): 305–330. doi:10.2307/2992569. JSTOR 2992569. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan);|first2=
missing|last2=
(bantuan);|first3=
missing|last3=
(bantuan) - ^ Eernisse, Douglas J. (1996). "Phylogenetic Relationships of Annelids, Molluscs, and Arthropods Evidenced from Molecules and Morphology". Journal of Molecular Evolution. New York: Springer. 43 (3): 207–215. doi:10.1007/PL00006079. PMID 8703086. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Collins, Allen G. (1995). The Lophophore. University of California Museum of Paleontology.
- ^ Adoutte, A., A (2000). "The new animal phylogeny: Reliability and implications". Proceedings of the National Academy of Sciences. 97 (9): 4453–4456. Bibcode:2000PNAS...97.4453A. doi:10.1073/pnas.97.9.4453. PMC 34321. PMID 10781043. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan);|first2=
missing|last2=
(bantuan);|first3=
missing|last3=
(bantuan);|first4=
missing|last4=
(bantuan);|first5=
missing|last5=
(bantuan);|first6=
missing|last6=
(bantuan) - ^ Passamaneck, Yale J. (2003). "Molecular Phylogenetics of the Metazoan Clade Lophotrochozoa" (PDF). m/s. 124.
|contribution=
ignored (bantuan)[pautan mati kekal] - ^ Sundberg, P; Turbeville, JM; Lindh, S (2001). "Phylogenetic relationships among higher nemertean (Nemertea) taxa inferred from 18S rDNA sequences". Molecular Phylogenetics and Evolution. 20 (3): 327–334. doi:10.1006/mpev.2001.0982. PMID 11527461. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan); More than one of|author=
dan|last1=
specified (bantuan) - ^ Boore, JL (2002). "The mitochondrial genome of the Sipunculid Phascolopsis gouldii supports its association with Annelida rather than Mollusca" (PDF). Molecular Biology and Evolution. 19 (2): 127–137. PMID 11801741. Dicapai pada 2007-11-19. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan);|first2=
missing|last2=
(bantuan) - ^ Nielsen, Claus (2001). "Bryozoa (Ectoprocta: 'Moss' Animals)". Encyclopedia of Life Sciences. John Wiley & Sons, Ltd. doi:10.1038/npg.els.0001613. Dicapai pada 2008-01-19.
- ^ Linnaeus, Carolus (1758). Systema naturae per regna tria naturae :secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis (dalam bahasa Latin) (ed. edisi ke-10). Holmiae (Laurentii Salvii). Dicapai pada 22 September 2008.
Pautan luar
- Persatuan Alam Sekitar Malaysia Diarkibkan 2004-04-22 di Wayback Machine
- Dunia Haiwan