FAIR and interactive data graphics from a scientific knowledge graph

Embrio
Embrio-embrio (dan seekor berudu) katak berkedut (Rana rugosa)
Kod TE E1.0.2.6.4.0.5

Embrio (dari bahasa Y ἔμβρυον, jamak ἔμβρυα, harf. "yang membesar," dari en- "in" + bryein, "mengembang, memenuh") merupakan eukariot diploid multisel dalam tahap terawal dalam perkembangan, dari masa pembahagian sel pertama hingga kelahiran, penetasan, atau percambahan. Bagi manusia, ia dipanggil embrio sehingga sekitar lapan minggu selepas persenyawaan, dan mulai saat itu dipanggil janin.

Perkembangan embrio dipanggil embriogenesis. Bagi organisma yang membiak secara seksual, apabila sperma bersenyawa dengan sel telur, hasilnya ialah sel yang dipanggil zigot, yang mewarisi separuh DNA dari setiap satu induknya. Bagi tumbuhan, haiwan dan sesetengah protis, zigot itu akan berpecah secara mitosis untuk menghasilkan satu organisma multisel. Hasil proses inilah embrio.


Embrio haiwan

Bagi haiwan, perkembangan zigot kepada embrio diteruskan melalui peringkat-peringkat blastula, gastrula, dan organogenesis. Peringkat blastula lazimnya terdiri daripada rongga berisi bendalir iaitu blastoselom yang dikelilingi oleh selingkungan atau sehelai sel yang juga dikenali sebagai blastomer. Embrio mamalia beruri ditakrifkan sebagai organisma antara pembahagian pertama zigot (ovum yang tersenyawa) sehingga ia menjadi janin. Ovum disenyawakan dalam tiub Fallopio di mana ia bergerak ke dalam uterus. Bagi manusia, embrio ditakrifkan sebagai hasil kehamilan setelah ditanam pada kulit uterus sehingga minggu kelapan dalam perkembangan.

Embrio dipanggil janin pada tahap perkembangan yang lebih lanjut sehinggalah kelahiran atau penetasan. Bagi manusia, ini mulai minggu kelapan gestasi.

Ketika penggastrulaan, sel-sel blastula menjalani proses-proses pembahagian, serangan dan/atau perpindahan sel yang terlaras untuk membentuk dua (diploblasti) atau tiga (triploblasti) lapisan tisu. Bagi organisma triploblasti, tiga lapisan germa ialah endoderma, ektoderma, dan mesoderma. Kedudukan dan susun atur lapisan germa adalah amat khusus kepada spesies demi spesies, bergantung pada jenis embrio yang dihasilkan. Bagi vertebrata, diusulkannya satu populasi khas sel embrio yang dipanggil kresta neural sebagai "lapisan germa keempat", dan disangkakan merupakan kebaharuan yang penting dalam evolusi struktur kepala. Sewaktu organogenesis, interaksi molekul dan sel sesama lapisan germa, digabungkan dengan potensi perkembangan sel, ataupun kecekapan untuk membalas, melanjutkan pembezaan jenis sel mengikut organ. Misalnya, dalam neurogenesis, satu subpopulasi sel ektoderma diasingkan menjadi otak, saraf tunjang, dan saraf-saraf periferi. Ilmu biologi perkembangan moden secara menyeluruh mengkaji asas molekul bagi setiap jens organogenesis, termasuk angiogenesis (pembentukan salur darah baru daripada salur darah yang sedia ada), kondrogenesis (rawan), miogenesis (otot), osteogenesis (tulang), dan lain-lain.

Embrio manusia

Di sebelah kiri ialah embrio pada 4 minggu selepas bersenyawa (usia gestasi 6 minggu). Di sebelah kanan ialah fetus 8 minggu selepas bersenyawa (usia gestasi 10 minggu).
Minggu 1–3
5–7 hari selepas bersenyawa, blastosista melekat pada kulit uterus (endometrium). Apabila bersentuhan dengan endometrium, ia melakukan penempelan. Sambungan penempelan antara ibu dan embrio akan mulai terbentuk, terutamanya tali pusat. Pertumbuhan embrio bertengahkan satu paksi yang menjadi tulang belakang dan saraf tunjang. Otak, saraf tunjang, jantung, dan salur gastrousus mulai terbentuk.[1]
Minggu 4–5
Bahan kimia yang dihasilkan oleh embrio menghentikan kitaran haid ibunya. Neurogenesis sedang berlangsung, aktiviti otak sekitar minggu keenam.[2] Jantung akan mulai berdenyut sekitar masa yang sama. Tunas anggota muncul di tempat akan tumbuhnya lengan dan kaki. Organogenesis bermula. Kepala mengambil kira-kira separuh kepanjangan paksi embrio, dan lebih daripada separuh jisim embrio. Otak berkembang menjadi lima bahagian. Pembetukan tisu berlaku yang berkembang ke dalam vertebra dan beberapa tulang yang lain. Jantung mulai berdegup, darah mulai mengalir.[1]
Minggu 6–8
Miogenesis dan neurogenesis mencapai tahap yang mana embrio mampu bergerak, dan mata mulai terbentuk. Organogenesis dan pertumbuhan berterusan. Rambut dan bulu mulai terbentuk di samping semua organ penting. Ciri-ciri mula mulai berkembang. Di akhir minggu kelapan, tamatnya peringkat embrio dan bermulanya peringkat janin.[1]


Embrio tumbuhan

The inside of a Ginkgo seed, showing the embryo

Dalam ilmu botani, embrio bagi tumbuhan berbenih ialah sebahagian benihnya yang terdiri daripada tisu-tisu pendahulu untuk daun, batang (lihat hipokotil), dan akar (lihat radikel), di samping juga kotiledon. Apabila embrio ini mula bercambah, iaitu tumbuh keluar dari benih, ia dipanggil kecambah. Terdapat juga tumbuhan yang tidak berbenih tetapi tetap menghasilkan embrio, seperti briofit dan paku-pakis. Bagi tumbuh-tumbuhan sedemikian, embrio merupakan anak tumbuhan yang tumbuh dalam keadaan tertempel pada gametofit induk.

Rujukan

  1. ^ a b c NIH Medical Encyclopedia http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/002398.htm
  2. ^ Gazzaniga, Mike S.The Ethical Brain "not until the end of week 5 and into week 6 (usually around forty to forty-three days) does the first electrical brain activity begin to occur. This activity, however, is not coherent activity of the kind that underlies human consciousness, or even the coherent activity seen in a shrimp's nervous system."