Effects of the storage conditions on the stability of natural and synthetic cannabis in biological matrices for forensic toxicology analysis: An update from the literature

China Xinjiang Airlines
Syarikat Penerbangan China Xinjiang Airlines
中国新疆航空
IATA ICAO Pengenal
XO CXJ XINJIANG[1]
Ditubuhkan1 Januari 1985; 39 tahun yang lalu (1985-01-01)
Operasi ditamatkanMac 2003; 21 tahun yang lalu (2003-03) (diserap oleh Syarikat Penerbangan China Southern Airlines)
PangkalanUrumqi, Xinjiang, Republik Rakyat China
HabUrumqi, Xinjiang, Republik Rakyat China
Hab keduaChangzhou, Jiangsu, Republik Rakyat China
Pesawat9 (jumlah 1 Pesawat pada setiap 1 Jenis Armada) (sehingga Tahun 2003)
Destinasi35 (jumlah keseluruhan destinasi) (sehingga Tahun 2003)
Ibu pejabatRepublik Rakyat China Lapangan Terbang Diwopu, Urumqi, Republik Rakyat China
China Xinjiang Airlines
Tulisan Cina Ringkas中国新疆航空公司
Tulisan Cina Tradisional中國新疆航空公司
Maksud harfiahSyarikat Penerbangan Xinjang Airlines

China Xinjiang Airlines (中国新疆航空公司) (中國新疆航空公司) (Zhōngguó Xīnjiāng Hángkōng Gōngsī) adalah syarikat penerbangan China yang dimiliki oleh Syarikat CAAC. Ia memiliki ibu pejabat di atas properti di Lapangan Terbang Antarabangsa Diwopu di Urumqi. [2][3] Ia berpusat (Hab) di Ürümqi dan mempunyai hab sekunder di Changzhou di wilayah Jiangsu.

Syarikat penerbangan ini diserap oleh Syarikat Penerbangan China Southern Airlines pada Tahun 2003.

Data Kod

  • Kod IATA : XO
  • Kod ICAO : CXJ
  • Panggilan: Xinjiang

Sejarah

Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan China Xinjiang Airlines dengan siri Ilyushin Il-86 di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing di Tahun 1999.

Syarikat penerbangan itu ditubuhkan sebagai terpisah dari CAAC Xinjiang Regional Authority; [4] ia mula beroperasi pada 1 Januari 1985.[5]

Pada akhir tahun 1993 syarikat penerbangan tersebut mengambil alih lima pesawat siri ATR 72 dengan tempat duduk pertama yang telah ditempah pada bulan Mei di tahun yang sama. Acara ini merupakan tonggak bagi syarikat penerbangan China Xinjiang Airlines kerana menjadi syarikat penerbangan China pertama yang mengambil dan mengoperasikan pesawat ATR.[6] Setakat April 1995 syarikat penerbangan Xinjiang Airlines dimiliki secara merata oleh CAAC dan Wilayah Xinjiang dan ia memiliki armada iaitu sebanyak dua pesawat siri Antonov An-24, sebanyak dua pesawat siri DHC-6 Twin Otters, sebanyak satu pesawat siri Ilyushin Il-86, sebanyak lapan pesawat siri SAP Y-8 dan sebanyak enam pesawat siri Tupolev Tu-154M.[7][nb 1] Setakat April 2000 jawatan presiden disandang oleh Zhang Ruifu, yang menggaji 4.597 pekerja.[9] Pada masa ini, Almaty, Beijing, Changsha, Changzhou, Chengdu, Chongqing, Dalian, Fuzhou, Guangzhou, Guilin, Haikou, Hangzhou, Harbin, Hong Kong, Islamabad, Jinan, Karamay, Korla, Kunming, Lanzhou, Moscow, Novosibirsk, Qingdao, Shanghai, Shenyang, Shenzen, Tashkent, Tianjin, Wuhan, Xian, Xiamen, Xining, Yantai dan Zhengzhou terdiri daripada rangkaian destinasi yang dijadualkan. Pada tahun 2001, pesawat siri Boeing 737-400 dikerahkan di laluan baharu yang menghubungkan Urumqi dengan Hong Kong.[10][11]

Syarikat penerbangan China Southern Airlines (CZ) menyatukan China Northern Airlines dan China Xinjiang Airlines ke dalam operasinya; pengambilalihan tersebut telah diluluskan oleh pihak berkuasa China pada bulan Oktober 2002. [12] Kod IATA ″ XO ″ milik syarikat penerbangan China Xinjiang Airlines diganti dengan CZ untuk operasi domestik pada awal Tahun 2003. [13][14] Setakat Mac 2003, penggantian kod XO dilanjutkan ke semua operasi.[perlu rujukan]

Destinasi

Nota: kesemua destinasi ini telah ditamatkan sejak Bulan Mac 2003.

Pakistan Pakistan

Kazakhstan Kazakhstan

Uzbekistan Uzbekistan

Republik Rakyat China Republik Rakyat China

Rusia Rusia (Bahagian Asia)

Rusia Rusia (Bahagian Eropah)

Galeri Armada Syarikat Penerbangan China Xinjiang Airlines (XO)

Armada

Sebuah pesawat milik Syarikat Penerbangan China Xinjiang Airlines dengan siri Boeing 757 di Lapangan Terbang Ürümqi pada tahun 1999.

Syarikat penerbangan China Xinjiang Airlines mengendalikan jenis pesawat sebagai berikut:

Nota

  1. ^ At this time Flight International had not yet accounted for the ATR aircraft the airline took possession of since 1993.[8]

Rujukan

  1. ^ http://www.theairdb.com/airline/china-xinjiang-airlines.html
  2. ^ "World Airline Directory." Flight International. 1–7 April 1998. 57. "Diwopu International Airport, Urumqi, 830016, Xinjiang, China."
  3. ^ "联系我们." China Xinjiang Airlines. Retrieved on October 12, 2012. "地址:中国新疆乌鲁木齐市迎宾路46号 地窝堡国际机场"
  4. ^ name="FI2000-77"
  5. ^ name="Xinjiang Airlines Maintains China's Longest Safe Flight Record"
  6. ^ name="AI(R) delivers first ATR 72 to China"
  7. ^ name="FI1995"
  8. ^ name="AI(R) delivers first ATR 72 to China"
  9. ^ name="FI2000-77"
  10. ^ name="Routes"
  11. ^ "Routes". Flightglobal. Flight International. 19 July 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 August 2018. Xinjiang Airlines has introduced a twice-weekly service between Hong Kong and Urumqi in China, with Boeing 737-400s.
  12. ^ name="China Southern absorbs carriers"
  13. ^ name="China Southern absorbs carriers"
  14. ^ name="Carriers blend into China Southern"
  15. ^ name="FI2000-77"
  16. ^ name="FI2000-77"
  17. ^ name="FI2000-77"
  18. ^ name="Routes"
  19. ^ name="FI2000-77"
  20. ^ name="FI1995"
  21. ^ name="FI2000-77"
  22. ^ name="FI2000-77"
  23. ^ name="FI1995"

Lihat juga

Pautan luar