Effects of the storage conditions on the stability of natural and synthetic cannabis in biological matrices for forensic toxicology analysis: An update from the literature
Kandungan
Ningxia | |||||||||
| |||||||||
Singkatan: 宁 (Pinyin: {{{AbbrevPinyin}}}) | |||||||||
Asal-usul nama | 宁 níng - tenteram 夏 xià - Xia Barat "Xia Damai" | ||||||||
Jenis pentadbiran | Kawasan autonomi | ||||||||
Pusat pentadbiran (dan bandaraya terbesar) |
Yinchuan | ||||||||
Setiausaha Jwk CPC | Chen Jianguo | ||||||||
Pengerusi | Ma Qizhi | ||||||||
Luas | 66,000 km2 (25,000 bt2) (27) | ||||||||
- Latitud | {{{Latitude}}} | ||||||||
- Longitud | {{{Longitude}}} | ||||||||
Penduduk (2004) - Kepadatan |
5880000 (29) 89.1/km2 (231/sq mi) (25) | ||||||||
KDNK (2006) - per kapita |
CNY 70.7 bilion (29) CNY 11,784 (21) | ||||||||
HDI (2005) | 0.712 (sederhana) (26) | ||||||||
Bangsa-bangsa utama | Han - 79% Hui - 20% Manchu - 0.4% | ||||||||
Peringkat prefektur | 5 bahagian | ||||||||
Peringkat daerah | 21 bahagian | ||||||||
Peringkat perbandaran† | 219 bahagian | ||||||||
ISO 3166-2 | CN-64 | ||||||||
Laman web rasmi http://www.nx.gov.cn/ | |||||||||
Sumber untuk data penduduk dan GDP:Sumber untuk data bangsa-bangsa:*Seperti pada 31 Disember, 2004 | |||||||||
Templat ■ Perbincangan ■ ProjekWiki China |
Ningxia (Cina Ringkas: 宁夏 ; Cina Tradisional: 寧夏 ; pinyin: Níngxià; Wade-Giles: Ning-hsia; Ejaan peta pos: Ningsia), nama penuh Kwasan Autonomi Hui Ningxia (Cina Ringkas: 宁夏回族自治区 ; Cina Tradisional: 寧夏回族自治區 ; pinyin: Níngxià Huízú Zìzhìqū), ialah sebuah kawasan autonomi Hui di Republik Rakyat China yang terletak di bahagian barat laut tanah tinggi Loess, dan direntasi Sungai Kuning. Pusat pentadbiran kawasan ini ialah Yinchuan.
Demografik
Ningxia merupakan tempat asal orang Hui, salah satu etnik minoriti China yang diiktiraf secara rasmi. Ada orang Hui yang sukar dibezakan dari orang Han (kelompok etnik China yang terbesar) secara etnik, manakala yang selebihnya mengekalkan ciri-ciri genetik Asia Tengah dan Timur Tengah, khususnya Arab dan Parsi, seperti kulit gelap dan mata berwarna terang di samping pemakaian cara Islam. Sebagai satu hentian di sepanjang Laluan Sutera yang berlegenda, orang Hui dipengaruhi pedagang Islam lalu memeluk agama Islam.
Ekonomi
Ningxia ialah kawasan peringkat wilayah yang ketiga terkecil di kalangan sumbangan KDNK (Tibet adalah yang paling kurang) dalam Republik Rakyat China. KDNK nominalnya pada tahun 2006 cuma 70.7 bilion yuan (AS$9.2 bilion) dan KDNK per kapitanya cuma 11,784 yuan (AS$1,517). Ningxia menyumbang 0.3% ekonomi negara.
Ningxia ialah kawasan penanaman wolfberry utama di China.
Pelancongan
Salah sebuah tarikan pelancong Ningxia ialah tapak Makam Xixia terkenal yang terletak 30 km di barat Yinchuan. Sisa-sisa makam sembilan maharaja Xia Barat dan dua ratus buah makam lain terletak dalam lingkungan kawasan 50 km². tapak-tapak terkenal yang lain di Ningxia termasuk Helan Shan, 108 dagoba yang penuh misteri, pagoda berkembar Baisikou dan kota kara penyelidikan gurun di Shapatou.
Pautan luar
- Ningxia regional government website (simplified Chinese) Diarkibkan 2009-04-29 di Wayback Machine
- Large map of Ningxia Diarkibkan 2005-10-31 di Wayback Machine
- (Cina) Ningxia-Hui Autonomous Region statistics for 2005 at China.com.cn
- Article on Wolfberries, with image of fruit from Ningxia being dried in the sun after picking