Effects of the storage conditions on the stability of natural and synthetic cannabis in biological matrices for forensic toxicology analysis: An update from the literature

Sunting pautan
Wanita hamil yang hampir penghujung kehamilannya.

Kehamilan adalah keadaan membawa satu atau lebih embrio atau fetus oleh mamalia betina, termasuk manusia, dalam tubuh mereka. Dalam kehamilan, kemungkinan berlaku kehamilan serentak (sebagai contoh, dalam kes kembar dua, atau kelahiran kembar lebih dari dua). Kehamilan manusia juga merupakan kehamilan yang paling dikaji diantara kesemua kehamilan mamalia.

Kehamilan manusia berlangsung sekitar 9 bulan antara tarikh kitaran haid terakhir dan kelahiran (38 minggu dari tempoh persenyawaan). Istilah perubatan bagi wanita mengandung adalah genetalian, sebagaimana istilah perubatan bagi bayi adalah embrio (minggu awal) dan kemudiannya fetus (sehingga lahir). Wanita yang hamil buat kali pertama dikenali sebagai primigravida atau gravida 1: seorang wanita yang tidak pernah mengandung adalah dikenali sebagai satu gravida 0; serupa dengan istilah para 0, para 1 untuk penghamilan kali kedua dan seterusnya.

Dalam takrif-takrif perubatan dan sah dalam masyarakat, kehamilan insani adalah agak secara arbitrari terbahagi kepada tiga tempoh trimester, sebagai satu cara untuk memudahkan rujukan kepada perkembangan janin daripada pelbagai peringkat. Trimester pertama ialah tempoh di mana risiko tertinggi keguguran (kematian biasa embrio atau fetus) boleh berlaku. Trimester kedua ialah semasa perkembangan fetus boleh mula dipantau dan didiagnosis. Trimester ketiga ialah permulaan kebolehhidupan seseorang insani, atau kebolehan fetus untuk terus hidup, dengan atau tanpa bantuan perubatan, dan berada di luar rahim ibu.

Lihat juga terma-terma dan takrif kehamilan

Penentuan permulaan kehamilan dan peramalan tarikh lahir

Sebelum kehamilan bermula, oosit sekunder (atau telur) daripada perempuan mesti disenyawakan oleh spermatozoon dalam suatu proses yang kenali sebagai "proses persenyawaan", atau biasanya (ataupun mungkin tidak tepat) sebagai "konsepsi". Hal ini berlaku, melalui perbuatan persetubuhan, iaitu apabila seseorang lelaki memancutkan air mani ke dalam faraj seseorang wanita, spermanya akan berenang ke dalam (arah) oosit sekunder untuk tujuan persenyawaan; Walau bagaimanapun, terdapat cara lain, iaitu permanian beradas jika kehamilan melalui persetubuhan sukar dilakukan, atau jika seorang wanita memilih untuk menjadi hamil tanpa seorang rakan lelaki, atau sebarang masalah kesihatan yang menghalang kehamilan secara persetubuhan. Satu contoh tentang ialah jumlah sperma seseorang lelaki rendah ini akan menyebabkan kesukaran persenyawaan berlaku. Walaupun kehamilan bermula pada pengimplanan, tetapi lebih mudah untuk menentukan tarikh bermula kehamilan iaitu bermula pada tarikh hari terakhir seseorang perempuan mengalami haid yang terakhir. Hal ini digunakan untuk mengira Jangkaan Tarikh Lahir (EDD atau (Estimated Date of Delivery)).

Secara tradisional (menurut peraturan Naegele, yang bertujuan untuk mengira anggar tarikh lahir, atau (EDD - estimated date of delivery)), kelahiran insani dianggarkan berlaku kira-kira 40 minggu (280 hari) selepas daripada tarikh haid yang akhir (LMP atau Last Menstrual Period), atau 37 ~ 38 minggu (259 hari) dari tarikh persenyawaan. Bagaimanapun, terdapat kehamilan yang menjangkau tempoh antara 37 dan 43 minggu dari permulaan dari haid yang terakhir. Bayi-bayi yang lahir sebelum 37 minggu dianggap sebagai pramatang, dan bayi-bayi yang dilahirkan selepas 43 minggu dianggap sebagai pasca matang.

Menurut Manual Perubatan Merck, kehamilan manusia biasanya dianggarkan kira-kira 266 hari dari tarikh persenyawaan yakni 38 minggu, atau 9 bulan qamari, ataupun jika mengikut kiraan kalendar Gregory adalah kurang sedikit daripada 9 bulan: iaitu kira-kira 8 bulan dan 22.5 hari. Perkiraan ini bermula selepas kitaran haid yang terakhir, iaitu selama 40 minggu (berdasar peraturan Naegele).

Walaupun hal ini adalah biasa, tempoh sebenar kehamilan bergantung pada pelbagai faktor. Sebagai contoh, kehamilan pertama cenderung untuk berakhir lebih lama daripada kehamilan yang berikut. Lebih kurang daripada 10% kelahiran berlaku pada tarikh matang; 50% kelahiran adalah pada dalam seminggu tarikh matang, dan hampir 90% kelahiran dalam tempoh dua minggu pada tarikh matang. Tidak jelas samaada ini merujuk kepada pengiraan mengikut sonografi atau daripada kitar haid yang terakhir.

Tarikh tepat persenyawaan adalah penting, kerana ia akan digunakan untuk mengira keputusan pelbagai ujian pranatal (sebagai contoh, ujian kembar tiga). Satu keputusan boleh dibuat untuk menggalakkan kelahiran sekiranya seorang bayi dianggap melepasi tempoh. Tarikh matang hanya merupakan satu anggaran kasar, dan untuk menganggar kehamilan secara tepat adalah rumit. Ini disebabkan semua wanita adalah berbeza, iaitu tidak semua wanita mempunyai kitar haid 28 hari, atau mengalami ovulasi pada hari ke-14 selepas kitar haid yang terakhir. Dianggarkan 3.6% dari wanita melahirkan anak pada tarikh matang yang diramal mengikut tarikh terakhir kitar haid (LMP atau Last Menstrual Period), dan 4.7% kelahiran adalah berdasarkan anggaran daripada perkiraan gelombang ultrasonik. (Hal ini belum lagi disahkan kerana bertentangan dengan rencana diatas).

Permulaan kehamilan boleh dikesan dalam pelbagai cara, termasuk ujian kehamilan yang mengesan hormon-hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Ujian darah dan ujian air kencing secara perubatan (merupakan ujian klinikal) boleh mengesan kehamilan selepas beberapa ketika iaitu selepas lekat/pengimplanan (implantation), lebih kurang pada awal 6-8 hari selepas persenyawaan. Ujian kehamilan boleh dilakukan secara peribadi melalui ujian air kencing, teknik ini tidak boleh mengesan kehamilan sehingga selepas hari 12-15 selepas persenyawaan. Kedua-dua ujian kehamilan hanya boleh mengesan keadaan kehamilan, dan tidak boleh mengesan tempoh kehamilan.

Dalam fasa post-pengimplanan, blastosista merembeskan hormon gonadotrofin korion yang merangsang korpus luteum di ovari wanita itu untuk menghasilkan progesteron. Ini bertujuan untuk mengekalkan pelapik dinding uterus (endometrium) agar embrio akan terus subur dan mendapat khasiat. Kelenjar-kelenjar di endometrium uterus akan menebal sebagai tindak balas kepada blastosista, dan kapilari akan terangsang untuk terbentuk dalam rantau itu (tapak persenyawaan). Ini membenarkan blastosista untuk menerima zat penting dari tubuh ibu. Ujian kehamilan dapat mengesan kehadiran hormon gonadotrofin korion.

Dalam fasa post-pengimplanan, blastosista merembeskan hormon gonadotrofin korion yang merangsang korpus luteum di ovari wanita itu untuk menghasilkan progesteron. Ini bertujuan untuk mengekalkan pelapik(dinding) uterus(endometrium) agar embrio akan terus subur dan mendapat khasiat. Kelenjar-kelenjar di endometrium uterus akan menebal kepada blastosista, dan kapilari akan terangsang untuk membentuk dalam rantau itu(atau pada tapak persenyawaan). Ini membenarkan blastosista untuk menerima nutrien yang penting dari wanita itu. Ujian kehamilan dapat mengesan kehadiran hormon gonadotrofin korion.

Ujian gelombang ultrasonik awal dapat menentukan tempoh kehamilan dengan lebih tepat. Dalam etika kedoktoran, para doktor lazimnya menggambarkan usia sesuatu kehamilan (contoh. "usia" embrio) dari segi "tarikh haid" berdasarkan hari pertama selepas haid terakhir seseorang wanita, sebagaimana dilaporkan oleh wanita tersebut. Kecuali aktiviti seksual seseorang wanita itu dihadkan, tarikh sebenar persenyawaan adalah tidak diketahui. Ketiadaan gejala-gejala seperti mabuk hamil, menjadikan petanda dapat dilihat adalah gangguan kepada kitaran haid bulanan normalnya, (contoh. satu "lewat tempoh"). Oleh itu, tarikh haid" adalah hanya satu jangkaan terpelajar bagi menganggar umur fetus, yang secara purata adalah dua minggu kemudian selepas hari pertama tarikh haid terakhir wanita tersebut. (margin kesilapan adalah 0 hingga 30 hari selepas haid terakhir, dengan itu sekitar 14 hari purata.) Istilah "tarikh konsepsi" kadangkala boleh digunakan apabila tarikh tersebut adalah lebih pasti, sungguhpun bidang perubatan profesional mungkin kurang tepat dengan penggunaan dua terma berbeza. Tarikh matang boleh dikira dengan menggunakan peraturan Naegele.

Peristilahan

Serupa juga, adanya perbezaan-perbezaan yang lebih halus antara konsep pensenyawaan dengan keadaan hamil yang sebenar yang bermula dengan implantasi. Dalam kehamilan yang biasa, pensenyawaan telur biasanya berlaku di dalam tiub Fallopio atau di dalam uterus. (Seringnya, telur gagal diimplan di dalam uterus walaupun disenyawakan.) Jika kehamilan merupakan hasil pensenyawaan in vitro, pensenyawaan itu berlaku di dalam piring petri, dengan kehamilan dimulakan apabila satu atau lebih zigot diimplan ke dalam uterus wanita selepas dipindahkan oleh pakar perubatan.

Dalam konteks perdebatan-perdebatan politik tentang takrif kehidupan yang wajar, istilah kehamilan boleh mengelirukan. Oleh sebab penilaian kehamilan yang tepat sebagai dalam peringkat "embrio" atau "fetus" biasanya tidak dapat ditentukan, istilah-istilah tersebut (walaupun lebih tepat dari segi klinikal) tidak biasa digunakan berbanding dengan istilah "bayi" atau "anak". Istilah yang neutral dari segi perubatan dan politik ialah "kehamilan", walaupun istilah ini boleh menimbulkan masalah kerana ia tidak merujuk kepada embrio atau fetus secara langsung. Dalam konteks pengolahan peribadi, adab sopan terhadap wanita yang hamil umumnya menetapkan bahawa para doktor mengelakkan penggunaan bahasa klinikal seperti "fetus" dan "embrio" tetapi sebaliknya merujuk kepada anak yang berkembang secara mudah sebagai "bayi", walaupun istilah ini tidak tepat dari segi perubatan.

Pengesanan

Peringkat-peringkat kehamilan yang awal seringnya dikesan melalui ujian kehamilan. Dalam fasa pasca implantasi, blastosista akan merembeskan gonadotrofin korion manusia (HCG), sejenis hormon yang merangsang korpus luteum di dalam ovari wanita supaya terus menghasilkan progesteron. Progesteron ini bertindak pula untuk mengekalkan tisu pengalas uterus supaya embrio dapat menerima khasiat. Sebagai tindak balas kepada blastosista, kelanjar-kelanjar di dalam tisu pengalas uterus akan mengembang, dengan kapilari dirangsang supaya tumbuh di kawasan itu. Ini membenarkan blastosista mendapatkan pemakanan-pemakanan yang penting daripada wanita.

Kehadiran gonadotrofin korion manusia tersebut ialah yang dikesan oleh ujian-ujian kehamilan.

Usia Kandungan Mengikut Fasa

Kehamilan biasanya dibahagikan kepada tiga tempoh, atau trimester, setiap sati selama tiga bulan. Walaupun tiada peraturan yang khusus atau tetap (hard and fast rules), perbezaan ini adalah berguna bagi menggambarkan perubahan yang belaku menurut perubahan masa.

Trimester pertama

Perbezaan pertumbuhan bayi antara 26 minggu dan 40 minggu mengandung.

Secara perubatan, kehamilan ditakrifkan sebagai permulaan apabila embrio yang berkembang melekat pada lapisan endometrial pada dinding uterus wanita. Dalam sesetengah kes bilamana kerumitan timbul, telur yang disenyawakan mungkin melekat pada tiub falopian atau pada pangkal rahim, menyebabkan kehamilan estopik. Kebanyakan wanita mengandung tidak mempunyai sebarang tanda atau simptom (embrio) lekat, sungguhpun adalah biasa bagi mengalami sedikit pendarahan semasa (embrio) melekat. Sesetengan wanita mengalami kekejangan semasa trimester pertama. Ini biasanya tidak membimbangkan kecuali turut berlaku (spotting) pendarahan. Bahagian luar embrio membesar dan membentuk placenta, bertujuan menerima zat melalui dinding rahim, atau endometrium. Tali pusat pada bayi baru lahir terdiri daripada sisa sambungan kepada placenta. Bayi yang membesar melalui pembesaran cepat dan pertukaran semsas proses pembentukan fetal.

Muntah pagi dialami sekitar tujuh puluh peratus kesemua wanita mengandung, biasanya hanya pada trimester pertama. Kebanyakan keguguran berlaku pada tempoh ini.

Trimester kedua

Bulan ke 4 hingga 6 kehamilan dikenali sebagai trimester kedua. Kebanyakan wanita rasa lebih bertenaga dalam tempoh ini, dan mula menambah berat ketika simptom sakit pagi (morning sickness) berkurangan dan akhirnya lenyap. Pergerakan pertama fetus dapat dirasai dan ia mulai membentuk pada betuk yang dapat dikenali. Ini biasanya berlaku pada bulan keempat. Tembuni (placenta) kini berfungsi sepenuhnya dan fetus mulai menghasilkan insulin dan kencing. Gigi mulai terbentuk dalam gusi bayi dan organ pembiakan dapat dikenali, dan fetus dikenali sebagai lelaki atau perempuan.

Trimester ketiga

Wanita mengandung pada minggu ke 26.

Peningkatan berat terakhir berlaku pada tempoh ini, dan fetus mulai bergerak secara tetap. Pusat ibu kadangkala terkeluar disebabkan perutnya yang membesar. Tempoh kehamilan ini boleh menjadi kurang selesa disebabkan pundi kencing lemah dan sakit belakang. Pergerakan bayi semakin kuat dan lebih kerap dan fetus bersedia untuk mandiri diliar rahim dengan peningkatan fungsi otot, otak dan mata.

Ia pada masa ini bayi yang dilahirkan pramatang mampu hidup. Kegunaan teknologi perubatan moden telah meningkatkan kemungkinan bayi pramatang terus hidup dan menolak sempadan boleh hidup pada tarikh lebih awal berbanding tanpa bantuan. Sungguhpun dengan perkembangan ini, kelahiran pramatang masih merupakan ancaman kepada fetus, dan mungkin menyebabkan kesihatan lemah selepas ini, walaupun bayi terselamat.

Cara Kira Usia Kandungan

Ada pelbagai cara untuk mengira usia kandungan, salah satu cara paling utama untuk menentukan usia kandungan adalah kiraan kalendar[1]. Kiraan kalendar ini dengan mengikuti formula berikut:

  1. Tarikh HPHT + 7
  2. Bulan HPHT - 3 (bagi bulan April sehingga Disember); atau
  3. Bulan HPHT + 9 (bagi bulan Januari sehingga Mac)
  4. Tahun HPHT +1


*HPHT - Haid pertama dan haid terakhir

Makanan dan pemakanan semasa hamil

Adalah lebih penting dari biasa bagi ibu yang mengandung untuk makan permakanan yang sihat. Kecuali sekiranya dia mengalami masalah kesihatan khusus (contoh., diabetes mellitus atau edema) kebanyakan nasihat permakanan biasa: karbohidrat-lemak-protin seimbang, makan pelbagai makanan termasuk keluaran tenusu dan beberapa buah dan sayuran setiap hari. Bagaimanapun, sesetengah nasihat khas boleh diberikan:

Asid folik (= folates = Vitamin B9) amat diperlukan pada permulaan kehamilan, malah sebelum persenyawaan. Asid folik diperlukan bagi menutup tiub saraf (neural tube). Ia dengan itu menghalang spina bifida, kecacatan teruk pada bayi. Folate (dari folia, daun) banyak terdapat dalam bayam (segar, dingin atau ditinkan), dan juga terdapat dalam sayuran hijau, salad, tembikai, dan hummus. Di Amerika Syarikat, kebanyakan keluaran gandum (tepung, mee) ditambah dengan asid folik.

Kalsium dan besi amat diperlukan oleh fetus yang cepat membesar. Wanita mengandung dengan itu perlu makan keluaran tenusu (bagi kalsium) dan daging merah (bagi zat besi) sekiranya mereka bukannya pemakan sayuran (vegetarian). Wanita seringkali diberikan pil zat besi, disebabkan ramai wanita muda mendapat anemia lemah (kekurangan zat besi mendorong kepada kekurangan sel darah merah). Kalsium hanya berkesan sekiranya wanita mempunyai cukup vitamin D. Cara terbaik mendapatkan vitamin D adalah untuk berjemur setiap hari selama 10-15 minit. Ikan salmon dan ikan berlemak juga merupakan sumber vitamin D yang baik.

Fluorin membantu membina gigi yang kukuh, dengan menukar kristal kalsium semulajadi: sekiranya air dan garam tidak mempunyai fluorine, adalah bijak bagi mengambil pil mini fluorin pada penghujung kehamilan dan semasa penyusuan dada (tetapi awas dos tinggi adalah beracun!). Di kebanyakan bandar Amerika, air minum ditambah dengan fluorine. Sesetengah wanita mengandung yang mengalami edema dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan garam.

Lemak dari ikan salmon, trout, tuna, herring, sardine, dan mackerel mengandungi asid lemak omega 3 (n-3) rantaian panjang yang diperlukan bagi membina membran neuron. Dengan itu pengambilan ikan berlemak semasa mengandung membantu membina otak bayi dan retina. Bagaimanapun, ikan besar seperti tuna dan ikan layaran (swordfish) mungkin mengandungi terlalu banyak raksa beracun, dan seseorang perlu mengimbangi risiko dengan kebaikan: ikan 2 atau 3 kali seminggu kelihatannya memberi cukup lemak, tetapi tidak terlalu banyak raksa.

Bakteria merbahaya atau parasit mungkin mencemari makanan, terutamanya listeria dan toxoplasma, agen toxoplasmosis. Untuk mengelakkan kedua bahaya, aturan kebersihan perlu dipatuhi dengan ketat: basuh buah dan sayuran mentah dengan teliti; lebih masak bakinya, daging dan daging proses; elakkan keju susu mentah (listeria); tukarkan tempat tidur kucing setiap hari dan basuh tangan (toxoplasma); basuh peti sejuk dengan kerap menggunakan klorin dicairkan (kemudian dibilas). Nasihat permakanan dan kebersihan dengan pautan kepada rencana saintifik dan data kuantitatif: Pregnancy Diet

Aspek perubatan tentang kehamilan

Ciri-ciri diagnostik: Pada wanita yang mempunyai kitaran haid tetap dan aktif secara seksual, tempoh lewat beberapa hari atau minggu mencadangkan kehamilan; peningkatan B-hcG pada sekitar 100,000 mIU/mL pada 10 minggu mengandung.

Kebaikan jagaan perubatan sebelum lahir (prenatal) telah diakui diseluruh dunia. Pelbagai Vitamin dan makanan tambahan diakui sebagai baik semasa kehamilan. Pelbagaivitamin prenatal seperti asid folik termasuk choline terdapat dari lecithin samaada mempunyai kelulusan kerajaan atau kajian yang diterbitkan bagi menyokong kegunaannya. Asid Folik mengurangkan kelahiran cacat. Choline sebelum kelahiran dihasilkan dari lecithin meningkatkan prestasi tikus dalam ujian mental sepanjang kehidupan. [1] Asid lemak Omega 3 membantu perkembangan metal dan penglihatan bayi dan juta baik bagi selepas kelahiran (postpartum). [2]

Kelahiran

Kelahiran adalah proses di mana bayi dilahirkan. Ia dianggap oleh ramai sebagai permulaan kehidupan seseorang, dan usia ditakrifkan menurut kejadian ini dalam kebanyakan kebudayaan.

Seseorang wanita dianggap akan melahirkan anak apabila dia merasai pengecutan rahim berkala, bersama dengan perubahan pangkal rahim (servik) — terutamanya pada bukaan dan (effacement). Sungguhpun kelahiran dianggap secara meluas sebagai menyakitkan, sesetengah wanita turut melapurkan kelahiran tanpa sakit, sementara yang lain mendapati bahawa menumpukan kepada kelahiran membantu mempercepatkan kelahiran dan megurangkan kesakitan. Kebanyakan wanita mampu melalui kelahiran normal tetapi kadang-kala timbul kerumitan, dan wanita mungkin perlu melalui pembedahan caesarean.

Dalam tempoh sejurus selepas kelahiran, kedua-dua bayi dan ibu akan terjalin hubungan sesama mereka oleh hormon oksitosin yang dibebaskan semasa penyusuan.

Masalah perubatan semasa melahirkan anak

Biasanya tidak terdapat sebarang masalah perubatan, bagaimanapun, terdapat kemungkinan bagi siibu untuk menolak bayi terlalu pantas, ia tidak memberi cukup masa bagi tulang pelvik atau saluran kelahiran untuk mengembang, dengan itu mendorong kepada koyak pada bahagian dalam atau luar ibu dan kemungkinan beberapa tulang patah bagi bayi disebabkan struktur bayi yang terdedah pada masa itu. masalah serius jarang berlaku dan kebanyakannya boleh dijangka dan ditangani. Bagaimanapun, masalah kadang kala boleh timbul dengan mengejut dan tanpa dijangka. Lawatan berkala berjumpa doktor atau bidan semasa mengandung memudahkan jangkaan bagi masalah dan meningkatkan peluang mempunyai bayi yang sihat.

Istilah dan takrif

Istilah teknik

  • embryo - conceptus between time of fertilization to 10 weeks of gestation
  • FASD - Fetal Alcohol Spectrum Disorder, a clinical term for the effects alcohol can have on the developing fetus
  • fetus - from 10 weeks of gestation to time of birth
  • Ga Pw-x-y-z - a = number of pregnancies, w = number of term births, x = number of preterm births, y = number of miscarriages, z = number of living children; for example, G4P1-2-1-3 means the woman had a total of 4 pregnancies, of which 1 is of term, 2 are preterm, 1 miscarriage, and 3 total living children (1 term + 2 preterm).
  • Gestational age - time from last menstrual period (LMP) up to present
  • gravidity (G) - number of times a woman has been pregnant
  • infant - time of birth to 1 year of age
  • parity (P) - number of pregnancies with a birth beyond 20 weeks GA or an infant weighing more than 500 g
  • preterm infant - delivered between 24-37 weeks
  • previable infant - delivered prior to 24 weeks
  • term infant - delivered between 37-42 weeks
  • first trimester - up to 14 weeks of gestation
  • second trimester - 14 to 28 weeks of gestation
  • third trimester - 28th week to delivery
  • viability - minimum age for fetus survival, ca. third trimester
  • zygote - from fertilization until second cell division
  • full term refers to the end of 36 weeks (nine months) from the first day of the mother's last menstrual period — the end of gestation. If a woman gives birth earlier than this, it is classed as a premature birth.

Adat wilayah

Di Korea, China, dan Vietnam, usia diukur mulai dari persenyawaan bagi mengakui bahawa bayi wujud dalam tubuh si ibu sebelum ia dilahirkan. Dengan itu bayi yang baru dilahirkan dianggap berusia 1 tahun.

Takwin Maya kuno 276 hari kemungkinannya berasal dari tempoh kitaran bunting manusia, atau bagi menunjukkan dunia dicipta secara perlahan-lahan seperti bayi.

Lihat juga

William Hunter, Anatomia uteri humani gravidi tabulis illustrata, 1774

Rujukan

Nota

  1. ^ Ellsee, Cik (2023-07-04). "Cara Kira Usia Kandungan Anda". Ellsee (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-30.

Pautan luar

Carilah hamil dalam Wiktionary, kamus bebas.