Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Punjab (disebut /ˈpʌndʒɑːb/ ( dengar) atau /ˈpʌndʒæb/; Punjabi: ਪੰਜਾਬ, پنجاب, Urdu: پنجاب, Hindi: पंजाब ), juga dieja Panjab (Parsi: پنجاب , panj-āb, "lima air"),[1] ialah satu rantau geografi terletak di kiri kanan sempadan antara Pakistan dan India yang termasuk wilayah Punjab di Pakistan dan negeri Punjab, Haryana, Himachal Pradesh, Chandigarh dan Delhi di India.[2] Nama rantau ini datangnya daripada bahasa Parsi dan menandakan "(Tanah) Lima Air" merujuk kepada sungai-sungai berikut: Jhelum, Chenab, Ravi, Sutlej dan Beas.[3] Semuanya merupakan cawang Sungai Indus, di mana Jhelum merupakan yang terbesar. Punjab memiliki sejarah panjang dan warisan budaya kaya. Orang rantau Punjab dipanggil Punjabi dan bahsa mereka dipanggil Punjabi. Agama utama rantau Punjab adalah Islam, Sikhisme dan Hinduisme.