Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Pokémon | |
---|---|
Pencipta | Satoshi Tajiri Ken Sugimori Game Freak |
Hasil kerja asal | Pocket Monsters Red and Green (1996) |
Penerbitan cetakan | |
Cerita pendek | Pokémon Junior |
Komik | Pelbagai manga Pokémon |
Filem dan televisyen | |
Filem pendek | Pelbagai filem pendek Pikachu |
Siri animasi | Pokémon (anime) Pokémon Chronicles |
Drama khas televisyen | Mewtwo Returns The Mastermind of Mirage Pokémon |
Filem televisyen | Pokémon Origins |
Persembahan teater | |
Pementasan muzikal | Pokémon Live! |
Permainan | |
Tradisional | Pokémon Trading Card Game Pokémon Trading Figure Game |
Permainan video | Pokémon video game series Super Smash Bros. |
Audio | |
Runut bunyi | Pokémon 2.B.A. Master Lihat Senarai lagu tema Pokémon |
Lain-lain | |
Taman tema | Poképark |
Pokémon (ポケモン sebutannya "Po-Ké-Mo-N"), selalunya disalah sebut sebagai "Pokimon", merupakan suatu produk yang berjaya menghasilkan keuntungan berbilion-bilion ringgit. Pokémon dicipta oleh Satoshi Tajiri pada tahun 1996 (27 Februari 2006 merupakan sambutan ulang tahun Pokémon yang ke-10) dan dikawal sepenuhnya oleh syarikat permainan video gergasi iaitu Nintendo. Game Pokémon yang asal (untuk Game Boy, komputer dan permainan video) telah diteruskan ke dalam bentuk:-
Pokémon merupakan singkatan kepada nama jepunnya yang asal iaitu (ポケットモンスター sebutannya "Po-Ket-To-Mo-N-Su-Taa") atau Pocket Monster. Dalam versi bahasa Inggeris, motto “Gotta catch ’em all!” adalah lebih dikenali ramai walaupun sekarang tidak berapa digunakan lagi (kecuali oleh syarikat permainan Hasbro dan juga sambungan kepada siri Pokémon Chronicles).
Konsep Pokémon ini berasal daripada hobi mengumpul serangga, iaitu satu hobi yang sangat popular di Jepun (suatu masa dahulu), dan Satoshi Tajiri merupakan penggemar hobi ini semenjak beliau kecil lagi. Daripada Jepun (1996), idea Satoshi ini telah diadaptasikan (diterjemahkan) kepada pasaran Amerika Syarikat (1998) dengan terhasilnya game:-
Pada tarikh Disember 2005, 4Kids Entertainment, syarikat yang menguruskan penglesenan bagi animasi Pokémon, mengumumkan bahawa mereka telah bersedia untuk memperbaharui perjanjian untuk pasaran produk Pokémon itu. Pokémon USA Inc., anak syarikat kepada Japan's Pokémon Co., sekarang ini sedang sibuk meninjau penglesenan Pokémon untuk pasaran luar Asia.
Kedua-dua game ini membolehkan pemain untuk menangkap, mengumpul, dan melatih ratusan binatang yang dikenali sebagai Pokémon. Pemain boleh melawankan Pokémon mereka dengan Pokémon yang lain untuk menaikkan kekuatan dan meningkatkan teknik berlawan Pokémon. Pokémon juga boleh "berevolusi" untuk menjadi Pokémon yang lebih kuat dan mempelajari teknik berlawan yang lebih kuat dan baru.
Satoshi Tajiri tidak mahukan "pointless violent", maksudnya beliau tidak mahu memasukkan unsur-unsur keganasan dalam dunia Pokémon. Maka, sebab itulah dalam game Pokémon, Pokémon tidak boleh mati atau berdarah. Paling teruk pun, Pokémon hanya akan pengsan (fainted) dan akan sembuh semula setelah dibawa ke Pokemon Center. Walau bagaimanapun, Pokémon masih boleh:-
Pokémon juga bermaksud sekumpulan makhluk fiksyen yang wujud dalam dunia semesta Pokémon. Sehingga kini, bilangan Pokémon adalah sebanyak 896 spesies. Kesemua Pokémon ini adalah hasil daripada perkembangan selama 24 tahun bagi 151 Pokémon yang asal (game Pokémon Red dan Pokémon Blue) dan juga penambahan beberapa spesies Pokémon yang baru.
Teknologi yang berada dalam dunia semesta Pokémon didapati amat canggih dan maju ke hadapan. Contohnya:-
Setiap medium Pokémon (contohnya air, rumput, udara dan sebagainya) mempunyai beberapa variasi walaupun sedikit.
Permainan Pokémon asal dahulunya sebuah permainan berperanan (RPG) dengan unsur strategi, dan telah dicipta oleh Satoshi Tajiri untuk Game Boy. RPG ini, dan sekuel, buatan semula, dan terjemahan bahasa Inggeris mereka, masih dianggap sebagai permainan Pokémon yang "utama", dan permainan yang paling peminat siri merujuk kepada apabila mereka menggunakan istilah "permainan Pokémon". Semua hartanah Pokémon dilesenkan diselia oleh The Pokémon Company International dibahagikan secara kasar oleh generasi. Generasi ini secara kasar dikronologikan bahagian berdasarkan pelepasan; setiap beberapa tahun, apabila sekuel rasmi dalam siri RPG utama dilepaskan yang mempunyai Pokémon, watak-watak, dan konsep permainan baru, sekuel yang dianggap permulaan generasi baru francais. Permainan yang utama dan sampingan, anime, manga, dan permainan kad perdagangan mereka semua dikemaskini dengan hartanah Pokémon baru setiap kali generasi baru bermula. Francais memulakan generasi keenam pada 12 Oktober 2013.
Pokémon telah menerima kritikan daripada penganut-penganut agama Kristian, Yahudi dan Islam; penganut Kristian bimbang bahawa tema-tema ilmu ghaib dan keganasan yang nyata dan juga konsep "evolusi Pokémon" (yang dianggap berkaitan dengan teori evolusi) yang wujud dalam Pokémon akan mencabuli konsep penciptaan menurut buku Genesis.[2] Bagaimanapun, pihak Vatican berpendapat bahawa permainan kad dagangan dan permainan video Pokémon adalah "penuh dengan imaninasi yang direka-reka" dan tidak mendatangkan "kesan moral yang merbahaya".[3] Di United Kingdom, permainan "Kad Kuasa Kristian" telah diperkenalkan pada tahun 1999 sebagai respons terhadap dakwaan-dakwaan yang menuduh Pokémon sebagai bersifat kesyaitanan, permainan yang serupa dengan TGC Pokémon tetapi menggunakan tokoh-tokoh dalam Bible.[4] Pada tahun 1999, kumpulan hak asasi Yahudi, Anti-Defamation League juga telah memberi tekanan kepada syarikat Nintendo untuk mengedit imej kad dagangan Pokémon bagi Golbat dan Ditto kerana kad-kad itu memaparkan manji yang ditafsirkan oleh liga tersebut sebagai anti-Semitism, walaupun kad-kad ini telah dirancangkan untuk hanya dijual di Jepun manakala Nintendo merancangkan untuk menerbitkan versi yang telah diedit di Amerika Utara pada tahun berikutnya.[5] Pada tahun 2001, Arab Saudi telah mengharamkan permainan dan kad Pokémon sambil mengatakan bahawa francais itu mempromosi Zionisme yang mencabuli doktrin Islam.[6] Pokémon juga telah dituduh mempromosikan sabung ayam[7][8] dan materialisme.[9] Pada tahun 1999, dua orang budak berusia 9 tahun telah memfailkan dakwaan terhadap Nintendo kerana mereka mendakwa bahawa Permainan Kad Dagangan Pokémon telah menyebabkan mereka ketagihan judi yang teruk.[10]