Knowledge Base Wiki

Search for LIMS content across all our Wiki Knowledge Bases.

Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.

Mesyuarat lembaga pengarah sering diadakan di dalam bilik persidangan.

Lembaga pengarah ialah badan yang terdiri daripada anggota yang dipilih atau dilantik untuk menyelia kegiatan sesebuah syarikat atau pertubuhan. Badan ini kadangkala mempunyai nama yang lain seperti lembaga pemegang amanah, lembaga gabenor, lembaga pengurus, atau lembaga eksekutif. Bagaimanapun, ia sering dirujuk secara mudah sebagai "lembaga".

Kegiatan lembaga ditentukan oleh kuasa, kewajipan, dan tanggungjawab yang ditugasinya atau diberikannya oleh pihak berkuasa di luar bidang kuasanya. Perkara ini biasanya diperincikan dalam undang-undang kecil pertubuhan. Undang-undang itu biasa juga menetapkan bilangan anggota lembaga, bagaimana mereka dipilih, serta juga bila mereka perlu bermesyuarat.

Di dalam sesebuah pertubuhan yang mempunyai anggota pengundi, misalnya sebuah persatuan profesional, lembaganya bertindak bagi pihak perhimpunan agung pertubuhan dan dikuasainya. Perhimpunan tersebut biasanya memilih anggota lembaga. Di dalam perbadanan saham pula, lembaga dipilih oleh pemegang saham dan merupakan pihak berkuasa tertinggi dalam pengurusannya. Sebaliknya, sebuah perbadanan bukan saham yang tidak mempunyai anggota pengundi am, misalnya sebuah universiti, lembaganya ialah badan pentadbiran yang tertinggi di dalam institusi.[1]

Tugas lembaga

Tugas lembaga pengarah yang umum termasuklah: [2][3]

  • Mentadbirkan pertubuhan dengan mengasaskan dasar dan matlamat yang umum;
  • Memilih, melantik, menyokong, dan mengkaji semula prestasi ketua eksekutif;
  • Memastikan ketersediaan sumber kewangan yang mencukupi;
  • Meluluskan belanjawan tahunan;
  • Bertanggungjawab kepada pemegang amanah harta untuk prestasi pertubuhan.

Tanggungjawab lembaga dan anggota lembaga di sisi undang-undang berbeza-beza dengan sifat pertubuhanan, serta juga dengan kawasan bidang kuasa di mana ia beroperasi. Untuk perbadanan awam, tanggungjawabnya jauh lebih ketat dan rumit, berbanding dengan pertubuhan jenis yang lain.

Lembaga biasanya memilih salah satu anggotanya menjadi "pengerusi".

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Robert III, Henry M. (2000-10-01). Robert's Rules of Order Newly Revised. Cambridge, MA: Da Capo Press. ISBN 0-7382-0307-6. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ McNamara, Carter. "Overview of Roles and Responsibilities of Corporate Board of Directors". Free Management Library. Authenticity Consulting, LLC. Dicapai pada 2008-01-26.
  3. ^ "Basic Role of the Board". Governance Basics. Institute on Governance (Canada). Dicapai pada 2008-01-27.

Pautan luar