Type a search term to find related articles by LIMS subject matter experts gathered from the most trusted and dynamic collaboration tools in the laboratory informatics industry.
Kuih makmur | |
---|---|
Jenis | Kek, pastri, kue |
Jenis sajian | Snek, Pencuci mulut |
Tempat asal | Brunei Indonesia Malaysia Singapura |
Kawasan/rantau | Asia Tenggara |
Dicipta oleh | Orang Melayu |
Suhu penghidangan | Suhu bilik |
Bahan utama | Mentega, minyak sapi dan tepung gandum |
· sunting di Wikidata |
Kuih Makmur merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih kering ini berbentuk bebola agak bulat diperbuat dari ramuan tepung gandum, telur, minyak sapi atau butter dan mempunyai berintikan kacang tanah bergoreng, atau badam dan sebagainya di dalamnya. Oleh itu kadang kala ia juga dikenali sebagai biskut makmur. Selain itu, gula ising digunakan untuk menepung atau menyalut kuih ini, gula kisar juga dijadikan alternatif sebagai bahan gantian untuk gula ising.
Terdapat beberapa resipi bagi menghasilkan kuih makmur, ada yang hanya menggunakan putih telur dan ada yang menggunakan keseluruhan telur. Kuih Makmur menggunakan putih telur tidak begitu gebu dan agak rangup, sementara yang menggunakan keseluruhan telur lebih gebu dan lemak, dan rapuh.
Ketika penyediaan, doh tidak perlu diuli terlalu lama kerana haba dari jari-jemari akan mencairkan lemak di dalam doh dan sekiranya tepung ditambah, kuih makmur yang terhasil akan menjadi keras.
Kuih makmur berasal dari kuih Ma'amoul yang popular di Timur Tengah, berkemungkinan dibawa oleh orang-orang yang mengembara atau menuntut di Timur Tengah dan disesuaikan dengan citarasa dan bahan-bahan tempatan yang lebih mudah diperolehi seperti kacang tanah, berbanding resipi asal yang memerlukan kurma, kacang walnut atau pistachio sebagai inti.
Kuih makmur ini popular di Malaysia dan ada terdapat dijual secara meluas terutama pada musim perayaan. Ia amat lazat, mudah dihasilkan dan harganya juga berpatutan.
Nama Makmur berkemungkinan berasal dari Ma'amoul [mɑʕmuːl] ( dengar), sejenis pastri dari Timur Tengah yang mempunyai rupa dan tekstur yang seakan-akan sama. Ianya popular di Syria, Lebanon dan negara-negara Levant lain, terutamanya pada bulan Ramadan.[1]
Kuih makmur ini adalah popular diseluruh Malaysia dan jualannya amat menggalakkan. Kuih ini ada dijual di mana-mana, tidak perlu ditempah lebih awal. Bagaimanapun penghasilannya adalah bermusim.
Kuih makmur mempunyai rasa yang amat manis dan berlemak dan ia juga mudah lerai dan hancur, dengan itu kurang digemari kerana dianggap menyelekehkan. Selain itu rasanya yang manis itu menyebabkan seseorang yang memakannya merasa melekit pada tekak atau digelar lekat ditekak.
Kuih makmur kurang diminati dikalangan golongan muda sebagai makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang manis. Selain itu ia dianggap mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dengan itu dianggap kurang baik bagi kesihatan. Ia juga melekit pada jari orang yang memakannya, dan mudah lerai menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya, dan perlu membasuh tangan selepas memakannya.