28 Mac merupakan hari ke-87 (hari ke-88 dalam tahun lompat ) dalam takwim Gregorius . Tinggal 278 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Guru di Republik Czech .
Peristiwa
Loji kuasa nuklear di Pulau Tiga Batu
37 – Maharaja Rom Caligula menerima gelaran-gelaran Prinsipat kurniaan Senat .
193 - Pengawal Praetoria membunuh Maharaja Rom Pertinax dan menjual singgahsananya kepada Didius Julianus dalam satu jualan lelong .
364 – Maharaja Valentinianus I melantik adindanya Flavius Valens sebagai penguasa bersama Rom.
845 - Mengikut saga Norse legenda , penyerang Viking di bawah Ragnar Lodbrok menawan Paris dan menuntut wang tebusan yang amat banyak.
1794 – Perikatan pimpinan putera Coburg menumpaskan tentera Perancis di Le Cateau .
1795 - Pembahagian Poland : Fief utara Komanwel Poland–Lithuania , Duci Courland dibubarkan dan menjadi sebahagian Empayar Rusia .
1809 – Perang Semenanjung : Perancis menumpaskan Sepanyol di Pertempuran Medelin .
1862 - Perang Saudara Amerika : Serangan terhadap Wilayah New Mexico oleh angkatan tentera Negeri-Negeri Gabungan dihentikan dalam Pertempuran Genting Glorieta .
1910 – Henri Fabre menjadi orang pertama yang menerbangkan pesawat laut setelah Fabre Hydravion dikenderainya berlepas dari landasan berair berhampiran Martigues , Perancis.
1913 – Guatemala menyertai perjanjian hak cipta Buenos Aires .
1930 – Constantinople dan Angora masing-masing bertukar namanya menjadi Istanbul dan Ankara .
1939 – Perang Saudara Sepanyol : Generalissimo Francisco Franco menakluki Madrid .
1969 – Pemuisi Yunani dan pemenang Hadiah Nobel , Giorgos Seferis , mengeluarkan kenyataan menentang pemerintahan tentera di negaranya menerusi siaran BBC World Service .
1979 - Peleburan teras separa reaktor nuklear Three Mile Island (gambar) berhampiran Harrisburg , Pennsylvania menyebabkan sekitar 43 kCi (1.59 PBq ) kripton beradioaktif terbebas ke udara.
1990 – Presiden A.S. George H. W. Bush mengurniakan anugerah Pingat Emas Kongres kepada mendiang Jesse Owens .
1994 – Di Afrika Selatan, orang-orang Zulu dan penyokong Kongres Kebangsaan Afrika bertempur di pusat bandaraya Johannesburg , menyebabkan 18 orang terkorban.
2005 - Gempa bumi Nias melanda Sumatera Utara , Indonesia, mengorbankan kira-kira 1,300 orang.
Kelahiran
Kematian