FAIR and interactive data graphics from a scientific knowledge graph

Yoo Yeon-jung
유연정
Yeonjung pada bulan Jun 2017
Kelahiran (1999-08-03) 3 Ogos 1999 (umur 25)
Gwangmyeong, Gyeonggi Province, Korea Selatan
Pusat pendidikanUniversiti Dankook
Pekerjaan
  • Penyanyi
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Tahun aktif2016–sekarang
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanYu Yeon-jeong
McCune–ReischauerYu Yŏnchŏng

Yoo Yeon-jung (Hangul유연정; lahir 3 Ogos 1999), lebih dikenali sebagai Yeonjung, ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan. Dia terkenal kerana menjadi ahli kumpulan wanita Korea Selatan-Cina WJSN dan[1] kerana mendapat tempat ke-11 dalam rancangan survival Produce 101, menjadikannya salah seorang daripada ahli I.O.I.[2]

Kehidupan dan pendidikan awal

Yoo Yeon-jung dilahirkan pada 3 Ogos 1999 di Gwangmyeong, Gyeonggi Province, Korea Selatan.[3] Pada tahun 2017, Yeonjung diterima melalui kemasukan ke program teater muzikal Jurusan Persembahan & Filem di Universiti Dankook.[4]

Karier

2016: Produce 101 dan I.O.I

Yeonjung bersama Kim Tae-ha dan Shim Chae-eun mewakili Starship Entertainment dalam program survival-realiti Mnet Produce 101, yang bertujuan untuk membentuk kumpulan wanita sebelas orang ahli yang akan mempromosikan selama setahun di bawah YMC Entertainment.[5] Yeonjung menduduki tempat ke-11 dengan jumlah keseluruhan 136,780 undian pada episod terakhir dan memulakan debutnya sebagai ahli I.O.I.

Pada 4 Mei, kumpulan projek wanita I.O.I memulakan debut dengan album mini Chrysalis.[6]

2016–2021: WJSN, V-1 dan aktiviti solo

Semasa masih aktif dalam I.O.I, Yeonjung diperkenalkan sebagai ahli ketiga belas WJSN.[1] Yeonjung membuat debut rasminya dengan WJSN pada 17 Ogos 2016. Mereka mengeluarkan album mini kedua mereka The Secret dengan kesemua 13 ahli.[7] Yeonjung berkolaborasi dengan Yoo Seung-woo untuk lagu "I Will Be On Your Side" yang dikeluarkan pada 10 November 2016.[8][9] Yeonjung, bersama rakan kumpulan Dawon, mengeluarkan lagu "Fire & Ice" sebagai sebahagian daripada runut bunyi untuk The Snow Queen 3: Fire and Ice. Lagu itu dikeluarkan pada 16 Disember 2016.[10][11] Pada 31 Mei 2017, Yeonjung mengeluarkan runut bunyi "You're Dazzling" untuk siri televisyen Queen for Seven Days.[12][13][14] Yoo berkolaborasi dengan Brother Su dan mengambil bahagian dalam runut bunyi Love Playlist 2 dengan lagu "Toy".[15] Dia muncul di DinDin "#Drive".[16][17] "Meloholic" telah dikeluarkan untuk drama OCN Meloholic.[18][19] Dia kemudian berkolaborasi dengan Maktub dalam single "Marry You".[20][21]

Yeonjung mengeluarkan dua runut bunyi untuk siri televisyen pada tahun 2018, "Your Name Is..."[22][23][24] dan "Stay With You".[25][26] masing-masing untuk drama The Undateables dan Where Stars Land. "Tell Me, Please" telah dikeluarkan sebagai bahagian kedua runut bunyi Melting Me Softly pada 14 Oktober 2019.[27][28] Yeonjung juga membuat debut lakonannya, membuat kameo dalam drama A Korean Odyssey.[29]

Pada bulan September 2019, Yeonjung turut serta dalam rancangan program survival V-1, untuk memilih Ratu Vokal di antara pelbagai ahli kumpulan wanita, di mana hanya 12 orang wanita teratas ahli kumpulan dalam undian akan maju dan tampil di persembahan.[30][31] Yeonjung akhirnya memenangi pertandingan itu setelah mengalahkan Siyeon Dreamcatcher di final.

Pada bulan September 2020, Yeonjung mengambil bahagian dalam MBN Lotto Singer.[32] Dia mengeluarkan lagu "Spider Lily" pada 31 Oktober 2020, sebagai bagian dari runut bunyi untuk More Than Friends.[33][34]

Pada 4 Mei 2021, Yeonjung dan ahli I.O.I meraikan ulang tahun debut ke-5 mereka dengan rancangan siaran langsung reunion bertajuk "Yes, I Love It!".[35]

Yeonjung bersama Dawon mengambil bahagian dalam Immortal Songs: Singing the Legend. Mereka membuat persembahan dengan Xitsuh dan Koo Jun-yup dan akhirnya menjadi pemenang akhir.[36][37] Pada 10 Ogos, Yeonjung dan Dawon mengeluarkan lagu cover Starlight" oleh Taeyeon untuk NORAE-ing LIVE of Time.[38][39] Pasangan itu terus membuat kemunculan di Jo Se-ho Jo Se-ho's Wine Bar.[40][41] Yeonjung berkolaborasi dengan MJ dari Sunny Side untuk lagu "Guardian Angel", yang dikeluarkan pada 31 Oktober 2021.[42]

2022–sekarang: Debut muzikal

Yeonjung, bersama-sama dengan Seola, mengeluarkan runut bunyi "100 percent" pada bulan Januari 2022, sebagai sebahagian daripada runut bunyi Best Mistake 3.[43] Dia juga bersedia untuk membuat debut muzikalnya sebagai watak wanita utama dalam Lizzie pada 24 Mac 2022.[44] kemudian, pada bulan Julai 2022, Yeonjung menyertai drama pentas Crash Landing on You, adaptasi daripada siri televisyen itu. Yeonjung akan memainkan watak Seo Dan, watak asal Seo Ji-hye dalam versi drama TV.[45]

Diskografi

Sebagai artis utama

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan Album
KOR
[46]
"Stronger"
(bersama Dawon)[b]
2022 [c] Sequence
"—" menunjukkan lagu yang tidak menduduki carta atau tidak dikeluarkan di kawasan tersebut.

Sebagai artis featuring

Title Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan Album
KOR
[46]
"#Drive" (#드라이브)
(DinDin featuring Yoo Yeon-jung)
2017 Single bukan-album
"—" menunjukkan lagu yang tidak menduduki carta atau tidak dikeluarkan di kawasan tersebut.

Kolaborasi

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan Album
KOR
[48]
"I Will Be On Your Side" (내가 니편이 되어줄게)
(bersama Yoo Seung-woo)
2016 Single bukan-album
"Marry You"
(bersama Maktub)
2017 92
"Guardian Angel" (수호천사)
(bersama MJ)
2021
"—" menunjukkan lagu yang tidak menduduki carta atau tidak dikeluarkan di kawasan tersebut.

Penampilan runut bunyi

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan Album
KOR
[46]
"Fire & Ice"
(bersama Dawon)
2016 The Snow Queen 3: Fire and Ice OST
"You're Dazzling" (눈부신 그대) 2017 Queen for Seven Days OST Part 1
"Toy" (서툰 고백)
(bersama Brother Su)
Love Playlist 2 OST Part 2
"Meloholic" (멜로홀릭) Meloholic OST Part 4
"Your Name Is..." (너의 이름을...) 2018 The Undateables OST Part 2
"Stay With You" (마음이 하는 일) Where Stars Land OST Part 6
"Tell Me, Please" (꼭 말해줘) 2019 Melting Me Softly OST Part 2
"Spider Lily" (피안화) 2020 More Than Friends OST Part 7
"Drawing of the Beginning" (시작의 드로잉) 2021 My Roommate Is a Gumiho OST Part 3
"100 percent"
(bersama Seola)
2022 Best Mistake 3 OST Part 1
"—" menunjukkan lagu yang tidak menduduki carta atau tidak dikeluarkan di kawasan tersebut.

Filemografi

Drama televisyen

Tahun Tajuk Peranan Nota Ref.
2017 A Korean Odyssey Lee Da-in Kameo (Episod 1) [51]

Rancangan televisyen

Tahun Tajuk Peranan Nota Ref.
2016 Produce 101 Peserta Pertunjukan survival yang menentukan ahli I.O.I
Berada di kedudukan ke-11
[52]
2019 V-1 Peserta Pemenang [53]
2020 Lotto Singer (로또싱어) Peserta [54]

Teater

Tahun Tajuk Tajuk Korea Peranan Nota Ref.
2022 LIZZIE 리지 Alice Russell Debut teater [55]
Crash Landing on You 사랑의 불시착 Seo Dan [56][57]

Anugerah dan pencalonan

Nama anugerah, tahun penyampaian, kategori, penama anugerah dan keputusan pencalonan
Anugerah Tahun Kategori Calon/Karya Keputusan Ref.
Korea Musical Awards 2023 Best Newcomer Award (Female) Lizzy Tercalon [58]

Nota

  1. ^ Sebagai ahli I.O.I sahaja.
  2. ^ Lagu dikeluarkan di bawah WJSN, tetapi merupakan lagu solo oleh Dawon dan Yeonjung.
  3. ^ "Stronger" tidak memasuki Circle Digital chart top 200, tetapi muncul di nombor 93 pada component Download chart.[47]

Rujukan

  1. ^ a b Kim, Yu-young (2016-07-11). "I.O.I's Yu Yun-jung to join Cosmic Girls". KPOP Herald. Dicapai pada 2016-07-12.
  2. ^ "I.O.I Will Make Its Official Debut". BNTNews UK. Dicapai pada 2017-06-30.
  3. ^ "연정 프로필" (dalam bahasa Korea). Naver.
  4. ^ "우주소녀 유연정 18학번 된다 "단국대 뮤지컬과 수시 합격"(공식)". Newsen (dalam bahasa Korea). November 13, 2017. Dicapai pada December 20, 2019.
  5. ^ "'프로듀스 101' 판타지오 연습생, 천진난만한 등장에 '꽈당'". Sports Today (dalam bahasa Korea). January 22, 2016. Dicapai pada October 31, 2018.
  6. ^ Jeon Su Mi (4 Mei 2016). "I.O.I Debuts and Releases ′Dream Girls′ MV". mwave.interest.me. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2017. Dicapai pada 6 Disember 2018.
  7. ^ Lee, Ho-yeon (2016-07-28). "'유연정 합류' 우주소녀, 8월 컴백 카운트다운 "13개의 비밀"". Herald Pop (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2016-08-05.
  8. ^ "유연정X유승우 '내가 니편이 되어 줄게' 차트 상위권 안착". Naver (dalam bahasa Korea). November 11, 2016. Dicapai pada April 8, 2021.
  9. ^ "유승우X유연정, '내가 니편이 되어줄게' 듀엣 낙점…힐링케미 폭발 예고". Naver (dalam bahasa Korea). November 8, 2016. Dicapai pada April 8, 2021.
  10. ^ "우주소녀 유연정-다원, 17일 '눈의 여왕3: 눈과 불의 마법대결' OST 공개". Top Star News (dalam bahasa Korea). December 16, 2016. Dicapai pada February 2, 2020.
  11. ^ "'우주소녀' 유연정X다원, '눈의 여왕3' OST 17일 0시 전격 공개". Sedaily (dalam bahasa Korea). December 16, 2016. Dicapai pada February 2, 2020.
  12. ^ "우주소녀 유연정, '7일의 왕비' OST로 데뷔 첫 솔로곡 '눈부신 그대' 발매". Diodeo (dalam bahasa Korea). May 31, 2017. Dicapai pada February 2, 2020.
  13. ^ "우주소녀 유연정, '7일의 왕비' OST 첫 주자 발탁 "OST계 유망주 등극"". Beff Report (dalam bahasa Korea). May 29, 2017. Dicapai pada February 2, 2020.
  14. ^ "WJSN's Yoo YeonJung Sings Her First OST For "Queen For Seven Days"". Kpopmap (dalam bahasa Inggeris). May 30, 2017. Dicapai pada February 2, 2020.
  15. ^ "브라더수X우주소녀 유연정, 웹드 '연애플레이리스트 시즌2' OST 오늘(7일) 오후 6시 공개". Sedaily (dalam bahasa Korea). July 7, 2017. Dicapai pada February 2, 2020.
  16. ^ "딘딘(Din Din), 4개월만에 신곡 '#드라이브' 발표…'사이다보컬' 유연정 지원사격". Top Star News (dalam bahasa Korea). August 16, 2017. Dicapai pada April 8, 2021.
  17. ^ "딘딘, 우주소녀 유연정 손잡았다…17일 신곡 'Drive' 발표". Naver (dalam bahasa Korea). August 8, 2017. Dicapai pada April 8, 2021.
  18. ^ "우주소녀(WJSN) 유연정, '멜로홀릭' OST 참여…14일 공개". Top Star News (dalam bahasa Korea). November 13, 2017. Dicapai pada February 2, 2020.
  19. ^ "우주소녀 유연정, '멜로홀릭' OST 오늘(14일) 공개". Hankyung (dalam bahasa Korea). November 14, 2017. Dicapai pada February 2, 2020.
  20. ^ "'Marry Me' 여자 버전 나온다…유연정, 'Marry You' 오늘 발매". Naver (dalam bahasa Korea). December 13, 2017. Dicapai pada April 8, 2021.
  21. ^ "우주소녀 유연정, 역시 꿀성대…'Marry Me' 답가 화제". Naver (dalam bahasa Korea). December 14, 2017. Dicapai pada April 8, 2021.
  22. ^ "우주소녀 유연정, '훈남정음' OST '너의 이름을...' 발매". Beff Report (dalam bahasa Korea). May 30, 2018. Dicapai pada February 2, 2020.
  23. ^ "우주소녀 유연정, 오늘(30일) '훈남정음' OST 발표..감성 발라드". Chosun (dalam bahasa Korea). May 30, 2018. Dicapai pada February 2, 2020.
  24. ^ "우주소녀 유연정, 오늘(30일) '훈남정음' OST '너의 이름을...' 공개". Hankyung (dalam bahasa Korea). May 30, 2018. Dicapai pada February 2, 2020.
  25. ^ "우주소녀 연정, '여우각시별' OST '마음이 하는 일' 12일 정오 발매". Sports DongA (dalam bahasa Korea). November 12, 2018. Dicapai pada February 2, 2020.
  26. ^ "우주소녀 연정, '여우각시별' OST여섯 번째 주자 낙점". Seconomy (dalam bahasa Korea). November 12, 2018. Dicapai pada February 2, 2020.
  27. ^ "우주소녀 유연정, '날 녹여주오' OST 합류…달콤 러브송". Hankyung (dalam bahasa Korea). October 11, 2019. Dicapai pada February 2, 2020.
  28. ^ "우주소녀 유연정, tvN '날 녹여주오' OST 참여... '꼭 말해줘'". Beff Report (dalam bahasa Korea). October 11, 2019. Dicapai pada February 2, 2020.
  29. ^ "우주소녀 유연정, '화유기' 깜짝등장..귀신들린 도전자" (dalam bahasa Korea). Naver. 2017-12-23. Dicapai pada 2020-02-14.
  30. ^ "걸그룹 보컬 서바이벌 'V-1', 누적 득표수 22만 표 돌파" (dalam bahasa Korea). Ilgan Sports. 2019-07-19. Dicapai pada 2019-09-16.
  31. ^ "'V-1' 본선 진출자 12인 공개…걸그룹 보컬퀸 누가 될까" (dalam bahasa Korea). TV Report. 2019-08-25. Dicapai pada 2019-09-16.
  32. ^ "'로또싱어' 유연정, '슬픈 인연' 열창…"한계 어디까지?" 찬사". Naver (dalam bahasa Korea). November 26, 2020. Dicapai pada April 9, 2021.
  33. ^ "우주소녀 유연정, '경우의 수' OST '피안화' 발표! 은유적 가사+가창력으로 애절함 극대화". Entermedia (dalam bahasa Korea). October 31, 2020. Dicapai pada April 9, 2021.
  34. ^ "우주소녀 유연정, '경우의 수' OST 참여 '피안화' 공개". tenasia.hankyung.com (dalam bahasa Korea). October 31, 2020. Dicapai pada April 9, 2021.
  35. ^ "I.O.I to celebrate 5th debut anniversary with a reunion show, here's everything you need to know". I.O.I to celebrate 5th debut anniversary with a reunion show, here's everything you need to know | Bandwagon | Music media championing and spotlighting music in Asia. (dalam bahasa Inggeris). 2021-05-04. Dicapai pada 2021-05-05.
  36. ^ "'불후' 구준엽, 우주소녀X서출구와 함께 여름 특집 우승(종합)". Naver (dalam bahasa Korea). 2021-07-17. Dicapai pada 2021-08-20.
  37. ^ "[불후의 명곡] '여름 가요대전' 최종우승...구준엽&다원&연정(feat. 서출구, sideways) - 이유같지 않은 이유". Naver (dalam bahasa Korea). 2021-07-17. Dicapai pada 2021-08-20.
  38. ^ "우주소녀 다원X연정, 태연 'Starlight' 커버 공개 '메인보컬즈 케미'". news.nate.com (dalam bahasa Korea). 2021-08-12. Dicapai pada 2021-08-20.
  39. ^ "우주소녀 다원·연정, 태연 'Starlight' 커버…메인 보컬즈 케미". sportsseoul.com (dalam bahasa Korea). 2021-08-12. Dicapai pada 2021-08-20.
  40. ^ "우주소녀 연정X다원, 와인 술방 공개…조세호도 '당황' (와인바)". Naver (dalam bahasa Korea). 2021-08-13. Dicapai pada 2021-08-20.
  41. ^ "우주소녀 연정X다원 '조세호의 와인바' 출격". Naver (dalam bahasa Korea). 2021-08-13. Dicapai pada 2021-08-20.
  42. ^ "수호천사". melon.com (dalam bahasa Korea). 2021-10-31. Dicapai pada 2022-03-14.
  43. ^ "100 percent". Melon (dalam bahasa Korea). January 4, 2022. Dicapai pada March 14, 2022.
  44. ^ "WJSN's Yeon-jung will show a new transformation with her first musical, "Lizzie." The overwhelming atmosphere in the profile". Fannstar (dalam bahasa Inggeris). February 15, 2022. Dicapai pada March 14, 2022.
  45. ^ Kim Won-gyeom (July 7, 2022). "우주소녀 유연정, 뮤지컬 '사랑의 불시착' 서단 역 맡는다" [Cosmic Girls' Yoo Yeon-jung to take on the role of Seo Dan in the musical 'Crash Landing on You] (dalam bahasa Korea). spoTV News. Dicapai pada July 7, 2022 – melalui Naver.
  46. ^ a b c Peak Gaon Chart Digital Chart Ranking
  47. ^ "2022년 28주차 Download Chart" [Week 28 of 2022 Download Chart]. Circle Chart (dalam bahasa Korea). Korea Music Content Association. Dicapai pada July 26, 2022.
  48. ^ Peak Gaon Chart Digital Chart Ranking
  49. ^ "2016년 46주차 Download Chart".
  50. ^ "2017년 50주차 Download Chart".
  51. ^ [단독]우주소녀 유연정, '화유기' 카메오 출격 '첫 연기 도전'. Naver (dalam bahasa Korea). November 27, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2017-11-27.
  52. ^ Seon, Mi-kyung (2 April 2016). "'프로듀스101' 전소미, 1위 지켰다…이변없는 I.O.I 멤버 11인 확정[종합]". Nate (dalam bahasa Korea). OSEN. Dicapai pada 15 December 2019.
  53. ^ 우주소녀 연정 집으로 데려가줘♪ V-1 1화. tvN via YouTube. August 7, 2019. Dicapai pada September 16, 2019.
  54. ^ "MBN 인생역전 뮤직게임쇼 "로또싱어" 우주소녀 연정 출연! (2020-09-28)". 추억을 만드는 홍로그 (dalam bahasa Korea). 2020-09-28. Dicapai pada 2020-11-15.
  55. ^ Yoo Byung-chul (February 14, 2022). "우주소녀 연정, 첫 뮤지컬 '리지'로 보여줄 새로운 변신…프로필 속 압도적 분위기 '시선 집중" [Cosmic Girls' Yeonjung, a new transformation to show in the first musical 'Lizzy'... The overwhelming atmosphere in the profile 'focused attention'] (dalam bahasa Korea). Korea Economy TV. Dicapai pada February 14, 2022 – melalui Naver.
  56. ^ Jo Yeon-kyung (July 5, 2022). "[단독] '전천후 열일' 우주소녀 유연정 '사랑의 불시착' 서지혜役 발탁" [[Exclusive] Cosmic Girls Yoo Yeon-jeong in 'All Weather' Selected as Seo Ji-hye in 'Crash Landing on You'] (dalam bahasa Korea). JTBC. Dicapai pada July 5, 2022 – melalui Naver.
  57. ^ Shin Young-eun (July 6, 2022). "사랑의 불시착' 민우혁·이규형·이장우→테이·이이경, 캐스팅 라인업 공개" [Crash Landing on You' Min Woo-hyuk, Lee Kyu-hyung, Lee Jang-woo → Tei, Lee Yi-kyung, casting lineup revealed] (dalam bahasa Korea). Meil business. Dicapai pada July 6, 2022 – melalui Naver.
  58. ^ Kim, Na-yeon (December 20, 2022). "한국뮤지컬어워즈, 후보 공개..'데스노트' 9개 부문 최다 노미" [Korea Musical Awards, nominees revealed..'Death Note' the most nominations in 9 categories] (dalam bahasa Korea). MT Star News. Dicapai pada March 18, 2023 – melalui Naver.

Pautan luar